Wednesday, December 26, 2012

Mengenang kembali ;)

Assalamualaikum,
Lagi beberapa hari jea nak menjelang 2013. Saya kenang balik semua yang saya post dulu. Sebahagian post saya tunjuk, dan yang lain tu saya masih save dekat draft. Tak sangka saya dah pindah sekolah. Tak sangka aku dah tak jumpa RAINADALINSAMHAZ dan tak sangka dah tak boleh belajar dekat SMK Taman Desa Skudai lagi ;). Walaupun SMKTUN besar, terkenal dan lain-lain. Bagi aku, SMKTDS yang paling ceria dan enjoy.

Hmm, rindunya :) Haritu saya sms nad. Unfortunately, dia tak balas. Lama tak bersembang. Kalau nak jumpa, memang haram laa =^=. Apa laa cerita nad sekarang.. Teringin nak berkumpul dengan diorang.

Haihhhh, anyway good luck korang SPM 2013 k :3, korang sentiasa didalam ingatan ;#

Mathematics :)

MATHEMATICS

may not teach us how to add love or minus hate.
But it gives us every reason to hope
that every problem has a
Solution :h:
Assalamualaikum,
Cuba korang bayangkan macam mana agaknya, ikan tanpa air ? Seperti juga manusia tanpa udara dan perasaan tanpa cinta. Cewahhh, ayat memang wtf gilaa kan? Oky, ayat tu memang tak ditujukan kepada sesiapa. Terlintas kat akal nak buat macam tu. Nak belajar buat karangan laa katakan -,-. Oky, pasal post yang sebelum ni, rasa malu tu belum hilang lagi, masih terasa dan terbayang dalam fikiran. Memang aku rasa nak menangis -,-.

Nasib baik laa esok cuti kan ? Dapat laa aku pulihkan rasa bengang aku , eaaa.. Haihh, dan aku rasa tanak masuk kelas agama lagi -,- Oky, OVER. Aku tau sebab aku selalu over.

Sahabat atau kejayaan?

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Pada zaman sekolah desa dulu saya ngan Nadia selalu cakap pasal tajuk ni ' Fatimah, kalau aku kan, aku lebih rela pilih kawan. Kalau kita berjaya pun kalau takda kawan tak bermakna apa-apa pun.'. Dan saya tak fikir orang yang berjaya takda kawan. Macam mustahil kan? Well, kita kena betulkan niat, berkawan kerana Allah begitu juga dengan cinta. Cinta kerana Allah. Dan, hari ni bukan saya nak cerita pasal nonesense lagi okai. Tapi, persahabatan memang penting untuk kita melalui segala detik indah mahupun yang kurang manis. Saya pernah laluinya. Sahabat memang memainkan peranan penting dengan membentuk kita. Saya pun pernah tersalah arah untuk menentukan hala tuju saya. Sahabatlah yang membetulkan balik landasan masa depan saya.

Sahabat bukan sahaja tempat untuk kita bercerita masalah tetapi juga berkongsi rasa. Kawan biar 1000, musuh biar 1. Bhaha, saya sangat menghargai apa yang saya ada. Ada orang yang setia berdamping dengan saya dan mendengar keluhan saya yang ntah pape. Dialah yang memberi motivasi serta dorongan. Dialah yang menyokong dari belakang mahupun depan. Saya ingat lagi kawan baik masa zaman tadika dulu. Saya ingat lagi kawan yang mendampingi saya semasa saya mengalirkan air mata. Dan sekarang, saya amat menghargai korang semua. Semua sekali!

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...