Sunday, September 29, 2013

Dunia bersifat sementara akhiratlah selama-lamanya

Assalamualaikum,

PMR menjelang, tak lupa juga SPM yang lagi beberapa hari lagi bakal menemui calon-calonnya. Gerak gempur pula sangat rancak berjalan sekarang. Saya, masih terkapai-kapai lagi. Belum cukup ilmu yang ada untuk dikukuhkan. Lagi beberapa minggu lagi persediaan yang perlu dibuat. Serius, memang padat sekarang hari saya. Seringkali pulang dari sekolah pada pukul 4.00 petang. Demi menjanjikan masa depan yang berjaya, masa terluang aku relakan. Insha Allah usaha ini dinilai Allah. Selain mengejar keindahan dunia sementara, saya menyimpan azam untuk hari kebangkitan kelak. Saya tahu, mungkin usaha yang sekelumit ini tidak sebesar mana pun. Tapi, siapa manusia menilai kita? Mungkin dengan usaha ini menyelamatkan saya dari bara api durjana. Siapa tahu? Insha Allah. 

Saya harap selepas ini yang keluar daripada mulut saya hanya dengan redha Allah. Amin. Saya mengimpikan hidup yang diberkati bukan yang dikhianati. Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa. Itulah yang saya buat. Taat kepada mereka nescaya kita diberkati. Biarlah dikongkong, tetapi diredhai. Biarlah disekat pilihan, tetapi diredhai. Mungkin banyak hikmah dan rahsia disebalikknya. Saya faham, saya sebagai anak perempuan yang akan mencecah akhir remaja ini perlu dilindungi di dalam sangkar emas dan dipelihara seperti mutiara kerana lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai.

Saya bukanlah sempurna yang sering menginginkan kesempurnaan. Tetapi itu yang saya rancang. Tanpa sifat harus Allah yang menjadikan, maka ia tidak akan menjadi. 

Dunia, dunia, dunia.. 
Betapa megahnya kamu
Ramai yang mengejar untuk mendapatkan isimu
Walhal mereka alpa
Siapa yang memenuhkan perutmu

Tolonglah umat manusia
Tinggalkan sebentar dunia yang fanak
Kejarlah nur yang sedang menyinar
Kerana ia tidak akan menyinar selamanya

Kerana akal dibina untuk diguna
Kerana Allah ada dimana-mana

Saya ingat ada satu kata-kata hikmah yang mengatakan orang yang bijak menggunakan lidah untuk bertanya dan menggunakan akal untuk berfikir. Jadi, fikirlah kamu tentang Allah. Saya cuma ingin menyampaikan kerana ada hadis juga yang mengatakan sampaikanlah walaupun satu ayat. Ayuhlah kita ramai-ramai mengimarahkan sunnah Nabi kita sendiri. Pahala yang besar dapat mengamalkan sunnah nabi di zaman kerosakan umat. Membaca doa-doa harian juga adalah sunnah. Kalau kita tak berdaya melakukan yang berat, yang ringan kita cuba jinak-jinakkan kepada diri kita sendiri. Belajarlah berdiri sebelum berlari :)


Syukur, membaca novel sedikit sebanyak membentuk jati diri yang matang. Baru habis baca novel Ya Maulana karya Hana Ilhami. Menyentuh sanubari. Memang best sangat. Berazam nak jadi watak dalam novel tu. Summayah, memang baik. Ada watak Perempuan Lindungan Kaabah yang dimasukkan Encik Fareez dari Teguh Landskape. Banyak ilmu yang saya dapat. Ilmu dunia mahupun akhirat, seiring dikaitkan dalam setiap masa. Itulah novel yang padat dan mempunyai jalan cerita yang menarik tak sia-sia membelinya dengan harga RM35.00. Saya sangat sarankan supaya baca daripada beli novel yang menceritakan tentang keagungan cinta manusia sementara jea baik beli buku ni.


Baru balik MPH, tertarik dengan novel yang bertajuk Jangan Baca Novel Ni. Dapat juga membelinya. Memang pelik dan misteri. Malam ni bercadang nak baca. Pada kulit buku belakang, penulis menyatakan supaya baca novel ni perlu berteman. Bunyi menakutkan kan? Tapi takpa... Saya nak tengok sejauh mana saya punya semangat!

Ya Allah, aku berniat untuk meraih cintaMu, kuatkanlah ikatan cinta ini agar aku sentiasa didakapanMu. Ya Rabb, sesungguhnya hanya engkau selayaknya dicintai. Dari Engkau aku datang, Dan dari Engkau jualah aku kembali.

Wednesday, September 18, 2013

Jom kita pergi berperang!

Assalamualaikum,

Kita pergi berperang dengan nafsu :) tau!

{Jangan melihat siapa yang berbicara, Dengarlah apa yang dibicarakan}

Aku masih berharap cikgu masih ingin memberi kami ruang untuk menjelaskan segala-galanya. Alhamdulillah tadi, selepas kelas, aku salam cikgu dan cikgu menyambutnya. Aku berterima kasih dan cikgu menjawab sama-sama. Aku tak tahu semua itu cuma lakonan di hadapan kelas atau bukan. Bersangka baik :) Terima kasih Allah, kau tenangkan hati aku. Baru aku rasa bersemangat nak belajar balik! 

Keputusan Percubaan SPM, setakat ni result Alhamdulillah, BM dapat A dan MATHS dapat A+. Memang patut pun -,- Sebab subjek tu semua calon SPM wajib ambil. Tapi, tengok lah subjek Sains nanti. Terlopong mulut, mata terbliaq agaknya. Minta ada peningkatan. Ameen. Almaklumlah, markah ini sangat bernilai untuk membuat pemohonan. Teringin nak dapat biasiswa kan? Hoho -,- Banyak-banyaklah berdoa. Pencapaian terbaik aku apabila Kimia kertas 1 dapat markah yang tertinggi dalam kelas 45/50. Alhamdulillah. Walaupun pencapaian ni takdelah meletop mana pun berbanding kelas 5SN1, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya aku teringin nak skor A dalam Kimia. 

BM pula, karangan aku termasuk diantara karangan yang 'AGAK' baik. Aku pun tak tahu baik mana. Tapi, aku rasa sebenarnya pencapaian karangan bahagian B hanya sederhana. Malah, ayat yang aku gunakan hanya ringan dan bukan BOMBASTIK. Ingat lagi tak pasal karangan hobi yang aku pilih? 73/100. sejujurnya, markah karangan aku masa US2 lebih baik. Mungkin usaha aku kena dipertingkatkan lagi. Cikgu kata, cikgu terkesan apabila membaca karangan aku yang biasa-biasa tu. Berbanding Syafiyah yang mendapat markah 80/100 memang sudah terang lagi bersuluhlah kan? Karangan yang sangat-sangat hebat. Dia seorang pencinta bahasa dan ingin melanjutkan hasratnya dalam bidang Linguistik :) Aku faham, memang selayaknya dia dapat markah cemerlang kan. Siap letak lirik lagu lagi tau. Boleh cuba ni. Hehe, saya pun main cuba-cuba juga. Saya letak hadis Rasulullah dalam karangan saya.

Aku ni bukan perempuan yang memeluk patung beruang sewaktu tidur, aku juga bukan perempuan yang berbaju kurung. Aku cuma perempuan biasa. Hatiku bukan selembut sutera tapi, aku masih ada perasaan. Aku cuba menjadi seperti maksud namaku, Siti Fatimah Masturah. Siti aku tak pasti apa maksudnya, tapi orang kata maksudnya nenek -,- Hehe. Fatimah, anak Rasulullah. Masturah yang bermaksud terpelihara. Aku berharap aku terpelihara dari segala hasutan dan maksiat. Ameen.

Monday, September 16, 2013

Peliharalah akidahku Ya Rabb

Assalamualaikum,

Semakin hari, semakin kita diambang kiamat. Ingatlah wahai manusia! Seindah mana pun dunia, sayangnya ia hanya sementara. Akhiratlah yang selama-lamanya. Sudah alpakah aku ya Allah. Dosaku bergunung malah pahalaku hanya dipangkal jari. Betapa kerdilnya aku disisimu.. Membuak-buak nikmat yang diperolehi, tetapi, dalam sekelip mata nikmat itu ditarik. Mungkin, aku kurang mengingatiMu. Jika Allah memberi nikmat yang lebih, mengapa tidak aku melebihkan kesyukuranku kepada Allah?


Terima kasih wahai penulis novel. Aku berasa sedikit terharu dan insaf. Walaupun novel Perempuan Lindungan Kaabah itu sudah lama diterbitkan dan hobi membaca novel baru sahaja bermula. Novel yang sangat menarik. Sarat dengan informasi dan kehidupan seorang muslimah. Siapa aku nak membuka aurat? Siapa aku untuk meninggalkan solat? Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri lebih membuat amal. Aku ingin membuat pendekatan dengan Islam. Walaupun aku terlahir sebagai Islam dan dididik dengan cara Islam. Aku mahu meneroka lebih. Moga Allah mengekalkan niat ini di dalam hati.

Aku sangat berharap, ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku. Aku tahu Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dia takkan biarkan aku keseorangan. Aku sangat yakin.


Sunday, September 15, 2013

Saturday, September 14, 2013

Maafkan aku wahai guru

Assalamualaikum,

Kalau kita menangis hari-hari pun tak guna kan? Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, tak akan mengundur masa kan? Jadi, aku cuba mem-positifkan diri aku daripada berfikiran yang pelik-pelik. Aku cuba bangkit walaupun susah. Aku tahu aku ada Allah untuk membantu. Mungkin sedikit sebanyak aku boleh cerita apa sebenarnya yang mengganggu emosiku sejak dua hari ini. 

Jam sudah menunjukkan pukul 1.05 tengahari kalau tak silap masa itu. Masa itu, memang kelas sebelah dan beberapa orang dari kelas aku sudah berpusu-pusu untuk balik. Kalau diikutkan, memang sudah selesai waktu sekolah cuma belum lagi doa dibacakan. Kalau dah kelihatan mereka semua pergi, kami pun menusun langkah untuk pulang ke rumah. Semasa berjalan, kami terus berhenti semasa doa dibacakan, di belakang bilik pengawas. Cuma sebahagian bacaan doa sahaja yang kedengaran. Jadi kami pun terpinga-pinga laa kenapa tak dengar kan. Jadi semasa ingin memulakan langkah berjalan lagi tiba-tiba langkahku terhenti disebabkan sekatan oleh PK HEM. Memang cuak masa itu. Syafiyah dapat meloloskan diri.

Mula-mula memang rasa kecewa dengan tindakannya sedangkan kami berjalan sama. Tapi, kalau nak difikirkan dia memang patut pergi.  Dia seorang pengawas dan mungkin akan dihentam lebih keras. PK HEM mula soal siasat tentang apa yang berlaku lagaknya seperti seorang pegawai polis yang sedang menyoal siasat seorang pendatang haram. Aku pun tak tahu, mengapa aku menjawab dengan penuh yakin. Mungkin ingin menyembunyikan rasa cuak. Aku mengaku memang 80% jawapan aku yang beri bukan Mariam mahupun Farahin. PK HEM menanyakan "Kenapa saya tak patut menghukum awak?", "Awak berjalan keluar dari kelas semasa doa dibacakan, logik tak apa yang saya cakap?", "Saya bukan apa, saya cuma menjalankan tugas, lagipun saya sudah menetengahkan isu ini di perhimpunan jadi esok saya akan mengambil tindakan yang tegas.", "Siapa guru akhir awak?". Persoalan guru terakhir itu membuat hati saya sekarang kacau-bilau. 

Soalan lain memang aku akui dengan jujur. Aku cakap aku mengaku yang aku memang masih berjalan semasa doa dibacakan. Aku mengaku aku buat silap dan aku sanggup menerima hukuman kerana aku tahu aku yang salah. Persoalan guru tadi memang saya jawab pertanyaan tu. Dan aku tak sanggup membiarkan pertanyaan dibalas dengan muka kosong. Tidak logik kalau aku cakap aku tak tahu siapa cikgu yang mengajar aku fizik. Dan tidak logik juga kalau aku menipu sebab aku tahu, kalau aku menipu Allah tahu.

PK HEM bertentang mata dengan aku. Jaraknya diantara aku juga memang beberapa jengkal sahaja. Aku memang tak pernah bertentang mata dengan lelaki lama selama dengan PK HEM. Belakang aku pula sudahlah dinding. Seperti dihimpit. Aku memang bercakap jujur dan mungkin aku cuma menipu yang aku memberi alasan untuk ke tandas. Ye.. tapi lepas tu aku pergi ke tandas. Perbualan kami dengan PK HEM lebih kurang 20 minit. PK HEM juga sudah catit segala percakapan kami seperti seorang wartawan.

Sejak insiden itu, aku memang tak sangka yang Cikgu Fizikku hatinya disakiti. Sebab bagi aku, aku hanya menjawab dengan jujur. Lagipun, bukan dia seorang sahaja yang terkena, Farahin juga mengatakan bahawa Cikgu Salwa kelas sebelah juga mengizinkan anak muridnya balik semasa doa dibacakan. Dengan keadaan kelas kami yang tak berguru, kami hanya mengikut langkahnya. Dan, aku tidak tahu yang guruku itu tengah menaanda kertas kelas kami. Cikgu tak memberitahu kami mengapa dia tidak masuk ke kelas sebaliknya meninggalkan kelas yang bising begitu.

Tiba-tiba keesokan harinya, semasa perhimpunan, cikgu mencari kami dan cakap "Kenapa kamu balik awal semalam lepastu cakap dekan PK HEM saya tak masuk kelas? Awak tahu tak saya tengah menanda kertas awak! Nanti kalau kertas tak bertanda marah! Lantak awaklah kalau dapat kertas tiga minggu lagi!". Aku memang begitu tersentak cikgu begitu marah saya, Mariam dan Farahin. PK HEM pun sama. Sepatutnya dia tak patut menyatakan nama kami sebaliknya semua bukan salah kami sahaja malah satu kelas kami. Aku ingat lagi wajahnya yang begitu geram. Memang air mata mahu menitis tapi aku tahan.

Sejurus itu, Syafiyah datang kepadaku, dia meminta maaf atas kesalahannya meninggalkan kami. Dia juga mengaku salah dia kerana ajak kami balik sama semasa doa sedang dibacakan. Aku tak berasa terkilan dengan sikapnya. Aku cuma cakap nanti kita minta maaf dengan cikgu sama-sama. Dia pun akur. Hukuman tegas yang PK HEM sebut-sebutkan itu hanya ingin menakut-nakutkan kami. Tiada tindakan hanya nasihat ringkas yang diberikan. Aku pun tak kisah kalau disebat sekalipun. Kerana, masalahnya sekarang aku telah sakiti seorang guru. Aku memang tak percaya. Selama ini aku sangat menjaga pergaulanku dengan guru. Kalau boleh selembut-lembutnya aku bercakap dengan guru.

Saya, Syafiyah, Farahin dan Mariam mengatur langkah ke bilik SPBT, ruangan Cikgu Fabilah. Kita orang masuk sama-sama. Sejurus kami mengatakan maaf dan ingin menjelaskan apa yang berlaku, Cikgu terus menghalau kami supaya masuk ke kelas dan tak hingin mendengar apa yang kami ingin jelaskan. Cikgu juga mengatakan dia yang salah. Aku masih menegaskan diriku supaya bersuara. Rupa-rupaya cikgu menyuruh kami pergi dan kalau tidak dia akan berang. Sejurus keluar dari bilik itu, aku pun menangis semahu-mahunya. Selama hidup aku, aku tak pernah dihentam begitu. Itulah air mata pertamaku sejak aku di sekolah itu.

Selepas itu yang aku terima, aku berfikir untuk berjumpa kaunselor bagi menenangkan insiden tegang ini. Tapi, selepas itu, kami terus masuk ke surau untuk mengikuti kelas Agama. aku masih lagi teresak-esak masuk ke surau tapi dilindungi oleh beberapa sahabatku. Alhamdulillah, mereka tidak lekang memberi kata sokongan dan dorongan. Habis kelas agama, kami kemukakan masalah ini kepada ustazah. Ustazah mula menyuarakan pendapat. Aku akan cuba sedaya upaya pendapat itu. Tunggu sehingga cikgu reda sedikit, lepas tu cuba minta maaf lagi. Jika keadaan sama, cuba masa nak SPM nanti.

Kalau nak kata reaksi kelas, aku rasa memang nama aku yang selama ini tak penah disebut sudah pun menjadi buah mulut orang. Aku masih merasakan, dalam kesedihan yang aku alami, mungkin ada yang sedang ketawa melihat keadaan aku yang sebelum ini langsung tiada masalah lagi-lagi dengan guru. Apa boleh buat? Mulut orang siapa yang boleh tutup?

Selama masalah ini berlaku, hanya aku yang menangis terhinjut-hinjut. Syafiyah masih boleh mengawal air matanya. Farahin dan Mariam hanya menunjukkan tanda-tanda air mata yang ingin menitis. Apa boleh aku buat nasi telah menjadi bubur. Hanya Allah dapat melembutkan hati cikgu itu. Moga-moga maafku diterima. Ameen.

Friday, September 13, 2013

Tabahlah wahai diri

Assalamualaikum,

Sudah ada jawapan daripada setiap soalan yang dikemukan semalam. Ye, hari semalam yang sepertinya kebahagiaan dibelit duri.. Hari bahagia kerana sahabat yang ditinggal bertemu kembali. Walaupun hanya beberapa jam. Meneliti satu per satu wajah mereka memang tak puas. Mungkin diri ini dipilih Allah. Cubaan yang diberikan aku terima seluas-luasnya. Memang aku merasakan bahawa aku bukan seorang hamba yang sempurna. Dijadikan hamba itu memang untuk diuji. Aku sedang diuji. Betul-betul diuji. 


Sudahlah diambang peperiksaan besar. Memang dugaan tahap yang bukan mudah. Aku tahu. Semua yang aku lakukan, aku memang bersalah. Setiap perkara yang aku lakukan aku sesalkan. Bukti air mata yang sering tumpah sudah jelas terpancar betapa sesalnya diri ini. Hari jumaat yang dihiasi kemuliaan tiba-tiba menjadi awan hitam yang rancak. Bertubi-tubi perasaan bersalah melitupi hati. 

Sejujurnya, aku telah menyakiti insan bernama guru. Aku tahu redhaku juga terletak pada redhanya. Aku tahu, aku ini insan yang menagih ilmu darinya. Tapi apakan daya. Insan itulah yang aku sakiti. Betapa berdosanya aku... Aku tak pasti, dalam situasi ini siapa yang bersalah. Aku cuma inginkan hubungan ini sentiasa hangat bukan dingin. 

Pandang pun tidak, hanya kata-kata sinis diberi. Aku menawarkan diri untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya berlaku tetapi ditepis mentah-mentah. Jijik sekali aku dimatanya. Sebaik sahaja keluar dari ruangannya, berjuraian air mata menghiasi pipi. Aku memang salah. Salah kerana mengikut jejak yang salah kerana tidak mengikut prinsip yang selama ini aku pegang. Memang benar, malang tidak berbau. Memang betul kehidupan seperti roda. Ya, aku sedang berada di bawah.

Syukur masih ada lagi yang bersamaku. Rakan-rakan memainkan peranan penting. Apabila dililit pilu, mereka tidak berputus-putus membela aku. Aku bersyukur, bukan aku yang sendiri menghadapi ujian ini. Masih lagikah kasih yang tersisa dalam diri guru itu?

Aku dah membawa masalah ini kepada ustazah. Mereka yang bercerita, aku masih teresak-esak dan tidak boleh berkata-kata. Ustazah memberi pandangannya supaya tunggu keadaan menjadi reda. Dia juga seorang ibu, mana mungkin dendamnya terlalu dalam. Sekeras-keras kerak nasi, jika direndamkan lembut juga. Aku cuma berdoa agar hatinya dilembutkan. Masa-masa begini aku memang memerlukan kawan.. kawan yang setia.


Thursday, September 12, 2013

Aku tahu, salah aku SAHAJA.

Assalamualaikum,

Hari bahagia yang mungkin berbalut duka. Hari bahagia dirancang kemas beberapa hari sebelum dijalankan. Aku bertanyakan diri aku, "Adakah salah jika aku berkatakan yang benar? Adakah salah jika aku melibatkan orang yang bersalah dalam masalah aku sedangkan memang dia bersalah?" Perasaan yang diulit rasa bersalah sering timbul dibenakku membuatkan aku sentiasa resah. Adakah derhaka jika aku bilang "Cikgu tak masuk kelas tadi waktu Fizik". Memang kenyataan itu yang berlaku dan aku terangkan kepada PK HEM. Aku salah? Kalau diteliti secara mendalam berkemungkinan aku yang bersalah. Aku tahu sedikit sebanyak mengguris perasaan seorang pengajar yang tak kira lelahnya itu. Aku bukan apa, dah itu yang ditanya PK HEM, aku cuma menjawab apa yang sedang berlaku dan memang benar. Aku dihentam bertubi-tubi. Aku rasa.. memang salah aku sahaja. Tiada siapa yang membela diri ini. Aku tahu sewaktu aku ditanya soalan, aku sahaja yang petah menjawab. Aku tahu mulut aku yang bersuara. Aku tahu puncanya aku. Aku tahu semua menunding jari kepada diri ini. Informasi yang benar ini menyakitkan hati. Tapi, aku memang tak boleh bersubahat atau berbohong. Aku tahu apa aku lakukan. Tiada istilah tipu sunat kan? Moga, Allah yang setia dengan hambanya itu yang memberi keajaiban dan tenangkanlah hati ini Ya Allah. Aku tahu aku ni insan yang kerdil yang cuma mengatakan yang benar dan bukan dusta. Sesungguhnya, berbohong itu perbuatan mazmumah bukan?

Ingat wahai manusia, hanya Allah yang tidak jemu mendengar doa dan rayuan hambaNya walaupun anda dihentam keras oleh orang sekeliling. Jauhilah segala yang bakal menimpa ya Allah..

Monday, September 9, 2013

Perasaan dilanda kenangan ;)

Assalamualaikum,

Disaat perasaan diulit rindu, masa tulah saya akan melawat blog SMKTDS. Mata mula berkaca. Melihat orang tersayang terpampang di skrin komputer milik ayah. Terima kasih, hati sedikit tenang. Bagi saya, sukar melupakan kenangan. Kerana kenangan dicipta bukan untuk dilupakan ;) 

Itulah sekolah saya. Saya tak sanggup nak tinggalkan. Di situ kehidupan awal remaja saya. Bermula dari sekolah SMKTDS dan insha Allah berakhir dengan sekolah SMKTUN. Jarak diantaranya hanya dalam 5 km.

Tak sangka zaman akan bersilih ganti dengan cepat. Belum sempat ditulis satu per satu kenangan yang dirasai. Walau, sepahit hempedu tak selama-lamanya ia menjadi pahit. Masa lalulah yang menjadikan saya begini. Menjadi perempuan yang kenal apa itu perempuan. 

Sejujurnya, hingga kini saya belum sebati dengan sekolah SMKTUN walaupun sudah masuk tahun kedua berada di sini. Hal ini demikian kerana tingkatan 4 dan 5 saya hanya dihabiskan di kabin sekolah. Bukan dalam bangunan sekolah kerana kekangan tempat belajar yang tidak mencukupi :) Jadi, kalau nak pergi mana-mana perlukan seorang pengarah jalan. Setakat ulang-alik tandas boleh laa. Tapi, kalau nak pergi kelas tertentu memang minta ampun sangat. Memegang gelaran Pengerusi Puteri Islam SMKTUN sememangnya tidak layak. Saya tiada pengalaman menjadi seorang pengerusi, di sekolah baru pula?

Bercakap tentang Puteri Islam, hari Sabtu yang lalu berlangsungnya penilaian koko. Untuk jaminan masuk ke matrikulasi, markah kokorikulum minimanya adalah B. Saya memang dapat markah 60.125% atau kata lainnya minima B. Perkara ini berlaku apabila buku koko tingkatan 3 tiada bersama semasa perpindahan.

Jadi, adik-adik di luar sana, tolong.. Jangan merendahkan markah kokorikulum. Kerana, akak tengah merana terkais-kais mana nak dapat markah koko ni. Kalau ada aktiviti tu catit dan terus minta tandatangan.

Alhamdulillah, dikurnikan PK kokorikulum yang sangat prihatin membuatkan senarai panjang aktiviti sepanjang bulan dan kita hanya menyalin dan minta tandatangan. Hari terbuka dan Pelancaran Bulah Bahasa pun dikira sebagai aktiviti. Selesai sudah, Alhamdulillah, Kau memang pengasih lagi maha pemurah. Tahu sahaja hambamu ini memerlukan pertolongan.

Kenangan dibina biarlah utuh, kerana setiap satu muka yang pernah tergambar pada hari-hari di SMKTDS tak pernah cuba saya lupuskan. Baik yang nakal, yang cuba ngurat, yang marah, yang sindir dulunya pahit bertukar manis. Sering menjadi drama imbas kembali di kotak fikiran setiap kali teringat. Tiba-tiba senyum sendiri. Tegur jika alpa kerana memang, dunia itu fanak ;)

Sunday, September 8, 2013

Saya, Wang dan Novel!

Assalamualaikum,

Lagi beberapa hari Peperiksaan Percubaan SPM tamat. Hati yang berkobar-kobar kian pudar. Hoho, ye laa tu. Semenjak novel menjadi koleksi, jerawat pun kian diternak dimukaku yang dahulunya susah nak tumbuh jerawat. Tanpa meletakkan baja penyubur jerawat pun, jerawat secara sepontan dengan bangganya timbul. Hampeh! Tak pasal-pasal pinjam krim anti-jerawat kepunyaan adik. Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat pecah meninggalkan kesan.. Haiss. Tak tahu kenapa. Kuat berangan? Hari-hari berangan -,- Ingat lagi petua Cikgu Azura, kalau nak dapat markah baik dalam sejarah kena berangan-angan. Kita kena masukkan peristiwa sejarah tersebut dalam diri kita. Sebagai anologi, saya berangan menjadi watak Tunku Abdul Rahman yang berunding untuk mendapatkan kemerdekaan di London, dengan bangganya menandatangani perjanjian tersebut.

Ye ye, Hmm.. Kalau nak buat koleksi, modal mestilah ada kan? Dari mana saya memperolehi modal ya? Boleh dikatakan saya membanting tulang membawa bekal hari-hari untuk mengalas perut. Tak kisah lah bekalan apa yang saya bawa. MESTI bawa setiap hari. Saya amalkan membawa roti berbentuk panda berintikan sapuan coklat Nutella kegemaran ramai dan juga dua biji tomato cheri. Perlu ada keseimbangan dalam pemakanan. Amalkan makanan sihat! Tapi, tak lah hari-hari bawa yang sama. Kalau mak masak, bawa masakan mak. Tak gitu? Duit yang dibekalkan disimpan rapi dalam poket. Kalau beli barangan keperluan sekolah seperti alat tulisan dan buku pelajaran saya akan tuntut hak dibawah tanggungan ibu bapa daripada orang tua saya. Sebagai ibu bapa, mereka WAJIB memberi keperluan pendidikan yang selesa. Jadi, tak ada alasan untuk pakai duit poket sendiri. Hehe, kalau boleh test pad sekolah pun pakai duit ibu bapa. Itu adalah tips menjimat wang dengan bijak tanpa menggunakan taktik yang salah lagi membawa padah. Kalau boleh, duit RM50 mesti tidak boleh diusik dari tabung. Duit tersebut hanya digunakan waktu kecemasan seperti ibu bapa yang belum dapat gaji untuk memberikan duit poket mahupun ibu bapa mahu meminjam pada saat itu. Sebagai anak, kita juga perlu berbakti kepada mereka. Jangan kejam sangat.

Selain itu, saya juga sering mengikut lawatan sambil berbelanja di pusat membeli belah bersama keluarga. 

Tawaran Istimewa!

Wang pendaftaran: Free
Wang pengangkutan: Free
Ditanggung semuanya oleh ketua penganjur a.k.a ketua keluarga dari awal sehingga akhir lawatan ;)

Haa! Masa tulah kita ambil keperluan kita selengkap-lengkapnya! Contohnya, syampu dan snek. Kalau pergi sendiri dah sah-sah laa kita yang kena bayar kan? Peluang ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan :) Saya memang dah 17 TAHUN atau perkataan lainnya Sweet Seventeen. Tapi, Saya tak kisah asyik berkepit dengan mereka. Nak pergi pasar, majlis undangan ataupun rumah terbuka. 80% kebarangkalian saya akan menyertai sama berbanding dengan adik-beradik yang lainnya. Jenuh mereka nak mengikutnya. Dah besar laa katakan. Tak cool... Dan sejujur-jujurnya saya memang puteri lilin :) Tak hangout dengan kawan-kawan lain macam remaja lain selalu buat. Wel, for the first time, memang rasa boring dan stress asyik duduk rumah. Tapi, saya tidak berputus asa memerah otak mencari solusi danperkara yang boleh dilakukan di rumah seperti memasak. And mungkin itu reason yang membuatkan saya ni 'agak' susah nak bersosial. Tak pasti, tapi mungkin.

Hari ini pun, kami pergi ke Angsana mall. Tujuan utama membeli AL-Quran untuk nenek saya yang berada di Singapura. Peribahasa melayu mengatakan sambil menyelam minum air, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hehe, saya ambil sebuah novel. Semasa memilih memang sangatlah rambang mata dan susah untuk menetapkan novel manakah yang perlu saya pilih. Sudahlah berbukit-bukit susunan novel itu. Ketinggian saya ni boleh dikatakan gagal jika menjadi pramugari. Hoho, Rasanya, dah mengalahkan bilangan tawaf dah meneliti novel-novel tersebut. Tambah lagi dengan sudut novel yang tak lekang dek pembaca tegar novel. Berhimpit-himpit sampaikan terlanggar buku yang berhampiran. Merah pipi sekejap. Memang adat ea langgar orang masa memilih novel? Dah dua kali daa -,- Belek punya belek sinopsis, akhirnya memilih novel 'Ya Maulana' yang berukuran lebih kurang kamus dwibahasa yang beharga RM35.00. Yang bayar? Cik Abah laa.. Bukan apa, dah menawarkan untuk bayar sendiri ditolak mentah-mentah nak buat apa kan? Rezeki.. Alhamdulillah :) Eh, tapi kan.. Kalau Sang lelaki yang membaca novel, pelik tak? Perempuan memang sinonim dengan novel, tetapi lelaki antonim dengan novel, kan? Mungkin 1 daripada 50 orang lelaki yang mempunyai hobi membaca novel kan? Hehe, mesti sangat romantik lelaki yang 'layan' novel ni? Hehe..

Begitulah kisah Saya, wang dan novel! Wee~

{Esok periksa Fizik woi! Tak belajak lagi. Wee~}

Friday, September 6, 2013

Review novel Dia yang Aku Pilih

Assalamualaikum,
Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.
Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita. Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?
 “Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih”
Bagi saya novel ini tak berapa nak kena sangat lah. Banyak konflik dan cemburu. Bertindak ikut emosi. Tapy, dalam konflik ada bahagian yang bahagia. Rate: 4/5

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...