Monday, October 26, 2015

Perubahan adalah proses. Bukan drastik.

Assalamualaikum,

Duhai cacatan hati, saya ingin berkongsi tentang "Turning Point" dalam hidup saya. Saya mulanya perempuan yang tidak mengerti tentang ikhtilat, aurat. Bukan tak tahu aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tangan. Maksud saya dengan mendalami lebih dalam tentang aurat wanita. Contohnya, memang kita rasa baik di mata sesama jantina, tetapi lain pula dengan mata jejaka. Sejujurnya, saya ini tidak pernah mengambil peduli tentang ini sebelum ini.

Bukan sahaja aspek baju labuh hingga kelutut atau jubah sekalipun. Ia perlu diteliti dari segi warna, material, cutting dan lain-lain. See? I never thought about that until saya masuk Asasi. Sebab asasi adalah PENGALAMAN PERTAMA BERJAUHAN DENGAN KELUARGA, HIDUP BERDIKARI dan segala macam aktiviti dikawal oleh diri saya sendiri. Just imagine yang saya dah berbelas tahun dijaga di satu tempat.. Tiba-tiba di hantar ke Asasi PUNCAK ALAM.. So, serious kat sana all angle I see lelaki. Serious, like dunia apa yang saya duduk ni. I mean dulu saya bukan lah sekolah perempuan. But for me I am not used to surrounded by guysssss like jalan jea nampak lelaki. Lagi blok sebelah lelaki.. I felt so uncomfortable. Just sharing how actually girls think about guys. Perempuan ni cepat cair. They don't need years to fall in love. Enough just for a minute. Perempuan tengok lelaki jea dah boleh ada perasaan timbul di dalam hati. Sebab tu perlu jaga pandangan. Bukan pandangan aurat jea. Pandangan kita kepada berlainan jantina.


Saya ada idea nak buat post ni sebab semalam ada program. Orang yang duduk depan saya para senior lelaki. So, sepanjang program tu bila senior tu nak cakap dengan kawan dia ofcoz laa pandang tepi.. So at the same time dia nampak gak saya. So, yeaa. Rasa so uncomfortable sebab saya nak tengok gak penceramah tu at the same time asek nampak dia jea. So buat-buat laa tunduk. Lepas habis program tu rasa hati ni macam Eishhhh asek nak memikir jea pasal abang tu -,- I know y'all rasa macam pelik, but that what I felt. 

Ok haha tutup pasal perasaan.. Saya juga pernah menyaksikan sendiri bagaimana seseorang lelaki itu melihat wanita berjalan tanpa bekelip.. Sebab tu there is no point of hijab but still pakai baju ketat, pendek, tak pakai stoking. I once that kind of person. Tak pakai handsock, pakai baju masih tak longgar, pakai tudung singkat, pakai inner ketat. Saya masih dalam proses dan saya tahu membaiki diri tak pernah ada kesudahannya. Takkan saya nak buang semua baju, tudung semua terus? Nope. Berperingkat. Yang ketat-ketat tu bagi laa adik. Kerana PERUBAHAN ADALAH PROSES, BUKAN DRASTIK. BERUBAH SECARA BERPERINGKAT ADALAH SUNNAH DALAM PERUBAHAN. 

So, Alhamdulillah.. Saya dipertemukan dengan in shaa Allah sahabat hingga ke jannah. Diorang sangat membantu. Walaupun saya tak bertudung labuh seperti mereka, mereka tidak kisah dan mereka banyak tarbiyah diri ini. Walaupun ada masa saya fikir saya ini begitu tidak layak untuk bersama-sama mereka, dan cuba menjauh.. Tetapi kenapa perlu saya berbuat begitu sedangkan Allah yang hantar mereka untuk saya.. Sejak berkawan dengan mereka, baru mata saya terbuka dan sedar betapa selama ini saya tidak perasan.. Saya berazam dan memberanikan diri membeli tudung yang lebih panjang ukurannya dari sebelum ini. Tudung labuh pertama,saya beli bersama mereka.

That was my turning point that I won't forget how it bought me to this day. How it really affect my life, my style.. Saya berkongsi kerana saya tidak perasan tentang semua ini sebelum ini. Saya sendiri seperti tersasar. Saya ingin sekali menjadi seperti mereka. Terima kasih sahabat! Membuka mata yang selama ini tertutup. Alhamdulillah Allah buka mata hati saya. Saya ingin mendapat redhaNya.. Bukan meraih pujian manusia. Susah nak jaga hati. Semoga kita semua dipelihara Allah. Aamiin.. 

3 comments:

  1. Stay strong my dear. mira is here! hihi

    ReplyDelete
  2. Stay strong my dear. mira is here! hihi

    ReplyDelete
  3. Ok mira.. Bila laa kita boleh jumpa. Lama tak jumpa mira. Ingat lagi mira nak sangat jadi arkeologi dulu. Hehe ( • ̀ω•́ )✧

    ReplyDelete

 
Siti Fatimah Masturah Official Blog