Wednesday, August 21, 2019

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :)

Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan semoga ia juga menjadi pedoman kepada kita semua:

"Panggillah aku hanya dengan, wahai hamba-Nya"
Ia adalah namaku yang paling mulia"

Bila Allah telah memberi manusia status hamba.. Itulah status yang mulia di sisi manusia.. Sedang apa yang kita fikir dari seorang hamba adalah mereka yang bersujud pada manusia. Dengan erti tunduk dan patuh sentiasa pada manusia. Hina neraca dunia yang telah menggambarkan seburuk-buruk tempat manusia..

Tetapi bila Allah telah menggunakan perkataan hamba dalam kebanyakan ayat-ayat di dalam Al-Quran, sungguh itulah tempat yang mulia.

Menjadi hamba tiada yang rugi walau perlu mengorban diri. Bukan mengorban tapi bersabar.. Kerana menjadi hamba kepada Yang Esa tidaklah menyujud tanpa makna.. Malah ia membuka ruang kelemahan hamba untuk menyandar pada yang Maha Kuat.. Justeru kelemahanku akan menguatkanku.

Bila sudah menerima status hamba, maka yakinilah yang akan jaga adalah Pemilik Hamba.

Jadi, itulah matlamat agung yang Allah beri kepada makhluknya.. Dan yang paling teristimewa...

Manusia. Abidullah.


Friday, August 16, 2019

Pulau Besar, Melaka

Assalamualaikum,

Pada 14 Ogos 2019 yang lepas, kami telah menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang penuh dengan sejarah islam yang dikenali sebagai pulau besar. Melayari bahtera sejarah sudah tentu ada perkaitannya dengan kita pada setiap individunya. Dan Alhamdulillah Allah telah memberi kesempatan kepada kami berenam untuk mengoreksi sedikit sebanyak sejarah yang berada di salah sebuah pulau di Melaka. 



Infomasi tentang Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail


Dan ada beberapa tempat yang lainnya seperti gua yunus yang sempat kami singgah.

Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh baca artikel ini: 

Perkaitan yang boleh ana konggsikan daripada sudut pandang ana adalah.. Memang benarlah misi islam  pada dahulunya adalah untuk disebar.. Daripada tanah arab ke seluruh dunia sehingga tiada fitnah seperti firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39:

Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.
Islam adalah sebuah agama yang suci.. Malah syahadah kita disetiap hari telahpun menunjukkan kesucian agama yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Setelah sahaja Nabi Muhammad wafat, bermulalah kehidupan manusia pada akhir zaman..

Di mana, zaman yang akan penuh dengan fitnah dan lama kelamaan ia mula mengelamkan cahaya yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada dunia..

Tidak lupa juga sang negeri di tanah malaya ini yang menjadi tapakan ulama yang menyebar syiar islam.. Yang membenih harapan baru kepada masyarakatnya. Sudah tentu sangat dihargai.. Pelbagai aktiviti khurafat menodai islam yang sekian lama bertapak di sini..

Ada kubur berhadapan dengan kubur Sultan Arifin. Tak dikenal pasti kuburan milik siapa.

Lembaran surah yasin yang berada di perkarangan kubur Sultan Arifin.


Kami berpeluang untuk berjumpa dengan penduduk pulau yang mengenali selok belok sejarah tentang Pulau Besar ini. Ummi panggilannya.. Menceritakan perkara yang diada-adakan di pulau ini yang sebetulnya tiada dalam sejarah.

Mendengar kisahnya yang penuh dengan hati yang cuba ummi sampaikan.. Dan melihat kami dengan harapan kami juga dapat mengembangkan islam. Huu,

Besar harapan ummah kepada kami.. Dan di saat telah meterainya pilihan untuk menjadi pelopor agama ini.. Maka, tanggungjawab tak usah dikata..

Rasanya memang kami datang untuk meneguhkan lagi kenapa kami memilih jalan ini.

Thursday, August 8, 2019

Hari ini..

Assalamualaikum ;)


Tiada yang dapat lari daripada ketetapan Allah yang berkuasa meletakkan segalanya pada kadar yang tepat. Setiap renek pokok kepada kepanasan yang masih boleh menghangatkan binatang-binatang di gurun pasir tanpa membakarnya. Cukup sempurna pada setiap kadarnya. Allah tidak memerlukan thermometer pada ukuran hanya 0℃ hingga 100℃. Untuk matahari yang telah melebihi hadnya. masih tidak membakar manusia, sudah tentu pada kadar jarak dan posisi yang tidak sedikit pun terlebih dan terkurang. Perkadaran yang jika ia terlari pada ketepatannya.. Akan binasa akibatnya..

Dan begitulah fitrah kadar manusia yang Allah juga telah cipta. Meletakkan kapasiti manusia untuk mendapat dua matlamat hidup. Menjadi hamba [surah ke-51, ayat ke 56] dan menjadi pemakmur bumi [surah ke-2, ayat ke 30]. Jika tiadalah salah satunya, bumi ini hilang perkadarannya. Jauh dari keseimbangan yang berjalan seiring dengan kadar ketaatan mereka yang ijbari. Seperti bumi yang punya matahari tanpa bulan. 

Seperti itulah, binasalah manusia menghamba diri kepada bumi ;( Keluar dari ukuran Allah. Untuk mereka yang keluar dari perkadaran ini, tidak pernah dihukum selari.. Tetapi dibuka harapan lagi. Tak pernah Allah berlaku zalim kepada kita kerana manusiawi yang telah leka dan alpa sentiasa. Mengejar bumi yang tiada makna dan akan hilang nyatanya.. Sudah buta diberi huluran.. Lambat laun supaya dapat mengenal erti melihat semula. Itulah sifat Allah kita.

Yang tidak pernah meninggalkan dan kekal setia. Menemani mereka yang cuba dalam mentaati dan mereka yang melakukan dosa sentiasa. Tiadalah Allah se-nano saat pun pergi. Dan masih lagi manusia memilih buta sebagai pancaindera yang utama.. Bergelumang ria diheret tuhan nafsu yang berdiri di hati. Menjadi hamba ikhtiari jauh tak kesampaian ke jiwa fitrahnya..


Relakanlah hati dipimpin Yang Maha Melihat, kerana sudah hakikat.. Suluhan mata manusia jauh dari kejelasan menjernihkan jiwa yang sentiasa kotor. 
Dan seperti semalam.. Ia telah pergi. Allah telah menukar angka pada detik yang menghabisi 1440 minit.. Dan sinar si hamba purnama yang setia di tengah kelam.. Masih berdiri harapan.. Dan sentiasa akan ada harapan pada mereka yang meyakini islam.

Peganglah hati itu pelan-pelan, dan relakan ia dijernihkan dan disulam Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia di dalam kelam. Sudahpun Al-Quran itu telah sampai kepada mereka dalam bentuk Kalam. Hanyasanya manusia perlu percaya bukan sahaja pada waktu kecewa tapi segenap penjuru usia.. Selamat menghimpun usia yang disulam kasih olehNya.. Ketahuilah pada saat kita melarikan kaki sejauh cinta dariNya.. Dia setia merangkul dosa untuk dihapuskanNya..


Allah pilih. Dan tetaplah ya Rabb memilih <3 

"Orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang beriman. Allah adalah pelindung orang-orang beriman."
[3: 68]




Friday, March 30, 2018

Dear past self,


Untukmu,

Kau akan menjalani pelbagai fasa kehidupan.. Dan ditengahnya kau jumpa kekeliruan, tapi. Kau kuat. Kau memilih untuk meneruskan ke fasa yang jauh lebih mencabar. Walaupun hanya kau dan Tuhan sahaja yang tahu berapa titis air mata yang mengalir semasanya. Di situ, kau cuba sepuasnya.. Menjadi mainan kawan-kawan, dengan keterpaksaan kau ubah dirimu masuk ke dalam "acuan kebahagiaan".. Memuatkan sahaja... Dan, sesak. Sesak dada. Merasakan semuanya, dan melalui semuanya..

Kau tempuh ia seorang-seorang. Menangis seorang-seorang. Kesat air mata seorang-seorang. Menjahit senyuman seorang-seorang.

Dan.. Lupakan semuanya seorang-seorang. Berjalan lagi ke fasa yang lain..

Hujan ribut mulai reda, pelangi indah muncul tiba-tiba.. Akhirnya kau dapat menapak keluar dari sangkar yang selama ini disalut emas.. Namun, luasnya luar menandingi nilainya..

Tetapi, pelangi juga hilang dan tidak kekal lamanya...

Mula episod baru di kehidupan baru.. Hati ini seakan sudah kenal dengan rasanya.. Bila ia terdetak dengan kehadiran duka..

Bila duka datang, seolah-seolah pintu hati menjemputnya datang dan menyuapnya dengan hidangan..

Lagi.
.
.
.

Tiba-tiba,

Allah hadir. Cahaya menyusup. Merampas hati yang dulu milik duka. Mengusir bekas-bekasnya dan diganti baru. Semuanya.

Kau rasa seperti kehidupan baru yang bermula selepas akhirnya yang benar kembali benar. Yang tersalahkan sudah melesap hilang dari perasaan.

Selamat tinggal duka, kau boleh datang sekejap-sekejap bukan berlama-lama. Kerana pada akhirnya duka juga pernah menjadi sebahagian daripada hati manusia.

Untukmu, buatmu Masturah. Yang dulu..

Saturday, September 2, 2017

What is wrong with us?

Assalamualaikum,

Rohingya.

Yes, banyak sekali komen2 yang mengatakan tak payah ambil dorang masuk malaysia. Perangai macam apa. Dorang takde adab. Dorang nanti akan mendominasi dan minta macam-macam lepas kita dah ambil dorang. Yes, true. I understand apa yang cuba disampaikan oleh ramai pihak. 

Sedih bilamana ini realiti umat islam sekarang. Berpecah belah. Sedangkan kita, muslim adalah umat yang satu. Umat nabi Muhammad SAW. Memang benar hadis nabi yang akan datang satu zaman yang orang-orang islam ini akan dilayan seperti makanan yang dihidangkan. Kenapa makanan? Sebab makanan tidak menolak. Tidak melawan balik.

Sahabat2 semua pelik. Kenapa perkara tu berlaku. Adakah orang-orang islam semasa tu sedikit.

Tak.. Malah umat islam ketika itu seperti buih-buih di lautan. 

Then why? Kenapa benda ni berlaku? Kenapa islam tu tak terbela? Sedangkan semasa Perang Badar.. 313 melawan 1000.. Islam menang. Perang mutah 3000 melawan 200,000. islam menang. So what went wrong?

Wahn.

Apa itu wahn? Cintakan dunia. Takut kematian. I'm not saying this only to malaysian. But also to all muslims out there. Jika kita semua.. Negara-negara islam.. Memahami dan memaknai islam sebenar, maka kita sendiri akan merasakan sensitiviti umat islam tu. Sebab hakikatnya umat islam tu bersaudara. Umat islam kita diibaratkan satu tubuh.. Kalau sakitnya satu anggota, sakit jugalah kita. 

If only kita betul-betul merasakan keperluan untuk islam itu bersatu kembali.. In shaa Allah, umat islam terbela. Semua spekulasi tu nombor 2. Sebab benda ni takkan selesai kalau nombor 1 masih tak selesai. Akidah kita. Adakah kita berakidahkan negara? Atau berakidahkan politik semata? Tak. Kita berakidahkan islam. Allah dan rasul.

Bila melihat negara-negara islam yang lain. Contohnya UAE. Mereka adalah negara islam yang kaya. Tapi how far islam have penetrate to their heart? Dengan mewah melampau-lampau.. Hidup untuk hiburan. Adakah ini yang diredhai Allah? Contohnya Malaysia sendiri. Dengan pergi tempat-tempat bersejarah. Mereka tak melihat ia sebagai satu pengajaran pun. Malah bersuka ria dengan pelbagai posing mengambil gambar. Tak merasakan kejatuhan islam yang telah berlaku lama dah! 

Penjajah sangat berjaya! Menjajah mentaliti dan cara hidup kita sekarang. Jauh dari Tuhan. Jika dulu, 24 jam islam berjalan.. Tak tahu sekarang. Ada pula masa-masanya. Sedang Allah menyerahkan tanggungjawab islam tu sepenuh masa kepada kita, lama mana jea kita islam? Masa lain tu apa? Kafir? Munafik? Allahu 😣

Cukuplah masyarakat semua. Yang mengata siapa-siapa yang cuba menggunakan agama. Seeloknya kita sama-sama islam ni.. Kembali pada Al-Quran. Fahami apa yang Allah nak sampaikan kepada sebaik-baik ciptaanNya iaitu kita. Masakan lipas, lalat tu ada fungsi di bumi.. Tapi kita yang sempurna ciptaan ini hanya hidup untuk diri sendiri? Mari kita kembali bermuhasabah kenapa kita diciptakan.. Apakah fungsi manusia sebenarnya menurut Pencipta kita.. Kalau nak jawapan boleh rujuk [51:56] dan [2:30]

Sunday, July 2, 2017

Tahun 2 Sem 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tak terhitung syukur kepada As Syakur.

Sem 2 habis 14 Jun 2017. Paper last. 6 subjek:

1. Plant Physiology
2. Enzymology
3. Immunology
4. Reseach Methodology
5. Critical and Creative Thinking
6. Sains, Teknologi dan Manusia

Nak kata tough, sedang-sedang laa. Cuma as usual if you are UTM'ians, tons and tons of work.

Lab enzymology. Lab paling stres. Takde manual. Main redah.. And mostly susah nak faham sebab memang buat teori sendiri masa mula-mula tu.. But lecturer memang sangat sporting.

Kemain mencari bunga untuk herbarium XD akhirnya saya ketemu dengan orkid :3 kat belakang perpustakaan.

Herbarium :D My fav

Lab Plant <3. Lab plant sangat interesting. Kitorang dissect hibiscus, melukis daun, buah-buahan dan plant cell, tanam kacang, ukur pokok, guna lesung tumbuk carrot, makan buah, cari bunga.. :)

Group RM.. Bunga-bunga tu Dayana dan Syasya <3

Group Critical and Creative Thinking c:

Projek Critical and Creative Thinking di Tadika Ihsan
...

Itu typical student kan bila dah habis belajar.. Tapi, sebagai seorang yang sudah ditarbiyah ;) bagaimana?

Thoifah. Sahabat-sahabat menuju Allah.. 

How this semester taught me a lot. Shifted my personality.. 

I learnt to be..

A selfless person

Patient

A stronger person

Calm

Optimistic

Priority

A friend 

A listener

Positive

And importantly, a real muslim..

Real muslim? Apakah? Bukan sudah lahir-lahir islam ke? Tak ke muslim tu? Back then, saya pun rasa begitu.. Lalu aku dikurnia insan.. yang mengingatkan aku tentang dulu masa kehidupan di alam roh. Seluruh manusia menyaksikan syahadahku.. 


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ


Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" [7:172]
Dan tujuan aku terlahir di dunia, dan digelar sebaik-baik ciptaan.. Adalah untuk menjadi hamba dan khalifah.. Hamba kepada Tuhan yang Esa, Allah.. dan khalifah yang memimpin alam..
Tapi, dulu aku pernah bertuhankan yang lain. GF. Ghazwul Fikri (serangan pemikiran).. Sedang aku belajar mendengar lagu. Solat lambat. Kau sahut Tuhan yang mana? Belajar kau? Bila ada discussion and usrah serentak. Bagi alasan discussion.. Usrah tak penting.. Usrah untuk apa? Bukankah mendengar kalam Allah dan kita tadabbur? 
Selalu rasa Al-Quran tu petunjuk. Panduan hidup. How far Al-Quran dan resapi setiap celah hidup kita? Tidakkah kita tahu istinjak kita pun islam. Tidakkah kau tahu sedih kita pun islam. Semua yang kita buat islam. Itu syumul islam dalam diri.
Hasil carian imej untuk islam tertegak dalam diri
Sebelum tarbiyah menyapa diri. Saya nak share satu ayat favourite. Rasa begitu hebat ayat ni. Dan saya rasa Allah telah menghadirkan ayat ni dalam hidup saya.

Itu yang saya rasa.. Bila hidup bersama tarbiyah. Seperti di zaman mekah dulu. Yang pekat dengan jahiliyah. Bila islam hadir ke dalam diri.. Seperti cahaya mula menyusup menerangi hidup. Rasa dikeluarkan dari kegelapan.. Rasa tak terbayang hidup tanpa islam sebenar tu. 

Sem ni saya baru try bersungguh-sungguh untuk tarbiyah ni. Untuk saya urus wasilah-wasilah tarbiyah. Mula buang lagu-lagu yang membuai jiwa, buang perangai selfish. Cuba letak islam yang utama. Cuba.. then struggle ;) MasyaAllah.. 

Rasa belaian Allah.. Bila kita melalui ayat-ayat Al-Quran. Bila kita tengok surah Dhuhaa ayat 3, 

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. [93:3]

Al-ankabut ayat 2,
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Tak ke damai hati kita? Belum lagi cerita tentang syurga yang dijanjikan.. MasyaAllah.. Bila hati kita yakin dengan Allah, walau ujian datang.. Kita akan damai dengan ujian tu.. Macam Bilal dan sahabat-sahabat lain. 
Ini merupakan langkah awalku dalam tarbiyah ini, doakan saya.. untuk sentiasa kuat dalam menjalani arus yang tak selari ini.. Bila islam itu dianggap sangat asing. Semoga kita semua dapat menghidupkan islam dalam diri.. In shaa Allah.


PETAK: 16-20 Jun 2017 





Menuju Syurga. Bersama. In shaa Allah, Aamiin 

Sunday, May 28, 2017

Sebaik-baik ciptaan. Kita.

Assalamualaikum :)

Bila dikira-kira, hampir setahun aku dijalan menuju matlamat hidup. D&T. Yang dulunya aku anggap aku cuma insan kerdil tiada apa yang boleh aku lakukan untuk dunia. Cukup untuk aku, keluarga.. Mungkin masyarakat? Tidakku sangka, mungkin sahaja jika tidak aku faham kenapa aku ini dijadikan Tuhan sebagai Khoiru ummah (sebaik-baik umat), umat ini akan menjadi semakin tenat. Kenapa sahaja disuruh Syaitan dan Malaikat tunduk kepada tanah liat. Andai sahaja sekarang aku tidak tahu kenapa.. Kenapa aku disebut tuhan sebagai yang istimewa itu. Padahal kejadianku dari satu bentuk yang hina tapi dimuliakan.

Apa yang dimuliakan Tuhan aku ini? Nak dikata punya keajaiban, aku cumalah jasad yang perlukan rehat, makan, air, kasih sayang. Jasadku tidak mulia..

Kemudian.. apa.. apa yang membuatku mulia?

Lupa aku. Manusia punya 2 unsur:

1. Jasadi
2. Rohani

Rohani aku, kau, dan kita. Ia dari Tuhan. Cebisan Tuhan yang kita ada. ROH ITU YANG DIMULIAKAN.
[15:29]

Roh itu yang punya pilihan, kita manusia ISLAM IKHTIARI.. Yang boleh memilih antara patuh atau ingkar berbeza dengan harakat alam buana (spt gunung, tumbuh-tumbuhan etc) yang islam ijbari (taat yang dipaksa/dimestikan kepada Allah)

Alam ini sangat taat kepada Allah, sedangkan manusia di bumi ini.. melanggar hukum tuhan. Tidak sejajar. Maka akan berlaku pertembungan. 

Jika tidak kerana manusia-manusia yang masih menjalankan kerja yang ditetapkan Allah (abid dan khalifah) bahawasanya hancurlah bumi. Dengan hadirnya orang beriman inilah bumi ini masih bergerak. Kerana alam ini dicipta untuk manusia. Manusia dicipta untuk memakmurkannya. Bukan untuk bercanggah dengan hukum Tuhan.

Bersama-samalah dengan alam.. Lihatlah alam dari sisi Al-Quran.

.

Sesungguhnya, hanya 2 pilihan yang kita punya. Adakah kita mahu tergolong sebagai tentera Allah atau tentera Syaitan. 

Jika kita tidak memilih berada dalam tentera Allah, mungkin sahaja kita berada di barisan tentera Syaitan yang pengakhirannya adalah Jahannam. Nauzubillahhiminzalik.. Semoga kita dijauhkan.

[40: 50-52]

Semoga kita berada di gerabak yang sama. Semoga roh pemberian tuhan ini dapat menjalankan yang Haq di bumi Allah. Kerana kita itu yang sebaik-baik ciptaan. Bukanlah Malaikat, Syaitan, Bintang, Gunung-gunung.. Mana mungkin sebaik-baik ciptaan itu tidak punya tujuan yang penting. Bersama-sama kita dengan alam buana ini berkerja. Menegakkan Syahadah yang tertangguh di bumi seluruhnya. Laksanakanlah khalifah. 

Mulia aku kerana dakwah. Tanpa dakwah aku cuma lebihan dunia.


Janganlah kita menjadi sia-sia setelah kita diberi title sebaik-baik ciptaan. Saya menyeru kalian, bersama-sama turut serta menegakkan yang Haq, dan menjatuhkan yang batil. 

Bersama-sama 

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...