Thursday, August 8, 2019

Hari ini..

Assalamualaikum ;)


Tiada yang dapat lari daripada ketetapan Allah yang berkuasa meletakkan segalanya pada kadar yang tepat. Setiap renek pokok kepada kepanasan yang masih boleh menghangatkan binatang-binatang di gurun pasir tanpa membakarnya. Cukup sempurna pada setiap kadarnya. Allah tidak memerlukan thermometer pada ukuran hanya 0℃ hingga 100℃. Untuk matahari yang telah melebihi hadnya. masih tidak membakar manusia, sudah tentu pada kadar jarak dan posisi yang tidak sedikit pun terlebih dan terkurang. Perkadaran yang jika ia terlari pada ketepatannya.. Akan binasa akibatnya..

Dan begitulah fitrah kadar manusia yang Allah juga telah cipta. Meletakkan kapasiti manusia untuk mendapat dua matlamat hidup. Menjadi hamba [surah ke-51, ayat ke 56] dan menjadi pemakmur bumi [surah ke-2, ayat ke 30]. Jika tiadalah salah satunya, bumi ini hilang perkadarannya. Jauh dari keseimbangan yang berjalan seiring dengan kadar ketaatan mereka yang ijbari. Seperti bumi yang punya matahari tanpa bulan. 

Seperti itulah, binasalah manusia menghamba diri kepada bumi ;( Keluar dari ukuran Allah. Untuk mereka yang keluar dari perkadaran ini, tidak pernah dihukum selari.. Tetapi dibuka harapan lagi. Tak pernah Allah berlaku zalim kepada kita kerana manusiawi yang telah leka dan alpa sentiasa. Mengejar bumi yang tiada makna dan akan hilang nyatanya.. Sudah buta diberi huluran.. Lambat laun supaya dapat mengenal erti melihat semula. Itulah sifat Allah kita.

Yang tidak pernah meninggalkan dan kekal setia. Menemani mereka yang cuba dalam mentaati dan mereka yang melakukan dosa sentiasa. Tiadalah Allah se-nano saat pun pergi. Dan masih lagi manusia memilih buta sebagai pancaindera yang utama.. Bergelumang ria diheret tuhan nafsu yang berdiri di hati. Menjadi hamba ikhtiari jauh tak kesampaian ke jiwa fitrahnya..


Relakanlah hati dipimpin Yang Maha Melihat, kerana sudah hakikat.. Suluhan mata manusia jauh dari kejelasan menjernihkan jiwa yang sentiasa kotor. 
Dan seperti semalam.. Ia telah pergi. Allah telah menukar angka pada detik yang menghabisi 1440 minit.. Dan sinar si hamba purnama yang setia di tengah kelam.. Masih berdiri harapan.. Dan sentiasa akan ada harapan pada mereka yang meyakini islam.

Peganglah hati itu pelan-pelan, dan relakan ia dijernihkan dan disulam Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia di dalam kelam. Sudahpun Al-Quran itu telah sampai kepada mereka dalam bentuk Kalam. Hanyasanya manusia perlu percaya bukan sahaja pada waktu kecewa tapi segenap penjuru usia.. Selamat menghimpun usia yang disulam kasih olehNya.. Ketahuilah pada saat kita melarikan kaki sejauh cinta dariNya.. Dia setia merangkul dosa untuk dihapuskanNya..


Allah pilih. Dan tetaplah ya Rabb memilih <3 

"Orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang beriman. Allah adalah pelindung orang-orang beriman."
[3: 68]




No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...