Wednesday, April 15, 2015

Asasi Sains 2014/2015 TAMAT!

Assalamualaikum,



Last day final!

Kehadapan blogku yang sudah lama tak diupdate, akhirnya tuanmu ini sudahpun menamatkan satu bab dalam buku hidupnya :D Meh kita selak bab SEM 2. Apa agaknya yang berlaku. Lets check it out together!

Sem 2 bagi saya adalah sem yang terbaik dalam 2 sem yang saya lalui sebagai pelajar asasi. Sebab saya belajar daripada peribahasa "Tak kenal, maka tak cinta". Masa sem 2 nilah banyak benda yang saya kenal. Kenal yang betul-betul kenal. Kenal diri sendiri, kenal sahabat-sahabat dan kenal lecturer. 

Sem 2 ni agak mencabar emosi sikit. Sebab sem lepas mak ayah ada laa jenguk.. Pastu tak pernah tinggal kat PALAM sebulan lebih. But not for sem 2, Saya tak balik for three months! Then, my parents pun tak datang jenguk. Biasalah jauh kot. Haha, But that's ok. Because I learned how to be independent. Haha, Pecah rekod for me at least because saya tak pernah balik rumah or balik PALAM dengan bas. Yes, for seriously. For me yang duduk Johor, saya pun suprisingly tak percaya. But then, I don't know how to face degree life if saya tak pernah ada pengalaman naik bas. 

Besties Muahhhh <3

Sem 2 ni jugak merapatkan saya dengan kawan-kawan. Saya belajar untuk menjaga hati kawan, walaupun kadang-kadang saya ni teruk gila sampai melukakan hati orang. Serious, I feel so bad if I did that. Saya bersyukur dikurniakan sahabat yang mendekatkan saya dengan Pencipta. Yang memimpin saya jika saya tersimpang ke haluan yang salah. Ada satu saat, yang saya menangis bagai nak rak sebab saya rasa diri saya hina sangat. Lirik lagu biasa, yang menyentuh jiwa:

Oh muslimah, memandangmu menyejuk hati,
Menundukkan nafsu hati yang goyah,
Keayuan wanita solehah,
Indah peribadi, tulus hatinya,
.
.
.
Oh muslimah, kau rajin mengaji,
Islam kau jadikan ikutan sejati.

Sebagai wanita, saya rasa saya tak layak jadi wanita solehah macam sahabat-sahabat saya. Saya rasa saya tak layak pun menjadi sahabat baik kepada mereka. Sebab saya tak seperti mereka. Bertudung labuh, berpakaian longgar, menjaga pandangan, memahami isi Al-Quran. Sedangkan saya? Macam orang tak pernah kenal apa itu Solehah. Alhamdulillah sikit-sikit saya belajar. In shaa Allah istiqamah. Terima kasih sahabat, Nur Syazana, Wan Ummu Najla, Farah Zahidah dan keseluruhan sahabat-sahabat yang sering berada disamping saya selama ini. Syukur dapat sahabat seperti kalian. If I have to list down all the kindness that you gave me, it is not enough to said here. But apa yang saya nak cakap; You have a special place in my heart that I will not let that space filled with anybody else.

Housemates!

Now, my housemate yang gila-gila. Haha, Kalau nak cakap pasal housemate ni pulak, bibir saya ni asyik nak tersenyum-senyum jea. Haha, suka nak cakap pasal housemate. Orait, for sem 2, we have a six people total in A2203. Sorang mek kelate bilik A, Alia Maisarah. Saya (Johor) with Khairunnisa' (Selangor) bilik B, Nurin Qisteena (Johor) bilik C dan bilik paling meletop BILIK D yang berpenghunikan Nurin Najihah (Johor) dan Nur Amira (Johor). Well, apa yang penting Bilik B selalu jadi kedai kopi. Haha, selalu jadi bilik persinggahan. Sem 1 dulu saya agak janggal laa jugak ada housemate ni. Biasalah diorang ni kan from sekolah yang hebat-hebat. Saya ni sekolah biasa-biasa jea. Haha. Alhamdulillah ramai Johor, In shaa Allah ada kelapangan kita jumpa. 

Chem lab (Farihin, Fatimah, Faza, Azizi)

 Bio lab (Izzah, Fatimah, Faza, Dzulhilmi)


Physics lab (Jazlanah, Fatimah, Izzah, Ikhlas)

Ok, kalau pasal pelajaran.. Saya rasa asasi ni biasa laa stress. Kerja berlambak. Itu normal. But for me, first time rasa belajar jea. Dulu SPM heaven. Haha. Yelaa ada orang masakkan, ada orang basuhkan baju, ada orang hantar pi sekolah. Now, kerja saya hari-hari pi kuliah, turun naik tangga beli makanan, buat lab, tuto tiap minggu, tidur pukul 1 pagi. Sem 1 dulu lagi, Asal lepas lab mesti ada group discussion kat kafe. But sem 2, masing-masing nak buat sendiri, just bahagi-bahagi tugas. Lab saya alhamdulillah semuanya lancar.. Cuma sometimes.. Lelaki biasalah. Banyak cekadak gak. Haha. Tak lah.. Biasalah tu.. Macam saya ni tak buat hal.. Haih. Manusia kan banyak ragam.

Now, my group! D8. Serious group paling Soleh dan Solehah in Shaa Allah. Ikhtilat terjaga. Bagus kelas ni.. Saya yang masuk group ni rasa bahagia. Alhamdulillah dikurniakan classmates yang sangat baik. Kami masa kuliah kat lecture hall pun separate lelaki dan perempuan. Actually dalam lecture hall ada 5 groups. Kesemua lima grup tu kami asingkan lelaki dan perempuan. Kebanyakan grup-grup lain bercampur. Yang bercouple duduk sama-sama. Alhamdulillah. Sayang grup D8. 

Kalau nak cerita satu per satu pengalaman sem 2 sampai lusa pun tak habis. Haha, harapan saya sebagai seorang pelajar lepasan asasi 2014/2015 kepada sahabat-sahabat saya semoga kalian berjaya di akhirat dan di dunia.Amin.. Pasal UITM PALAM saya akan buat entry lain. Hehe.

Kelas terakhir with Madam Julie (Pensyarah Fizik)

BTW.. Diorang gelak saya panggil TELUR MATA LEMBU. Is that weird? Or it just me?

Monday, January 5, 2015

Result MUETku!

Assalamualaikum,

Hari ni result MUET sesi November 2014 keluar! Hari tu, speaking test macam nak gila kan bercerita. Haha. Yes, dengan  keadaan semua group saya lelaki dan this is my first time amek MUET. So, apa kesudahannya? Alhamdulillah. Capai target. Saya target dapat band 3. Saya diberi rezeki dapat band 4!. Alhamdulillah syukur. Tapi, untuk sambung perubatan masa nak grad nanti dia memang nak band 5. Huhu. Tapi saya tak nampak talent saya kat bidang perubatan. Hehe. Apapun tahniah kepada calon lain. Doakan kejayaan saya dimasa hadapan :)

Wednesday, November 26, 2014

Minggu depan dah masuk sem 2!

Assalamualaikum,

Cepat masa berlalu? Huhu, takdelah cepat mana.. sebab cuti ni tak banyak buat apa-apa. Cuma siapkan baju kurung dalam masa 2 bulan XD Lama kot. Haha. Semoga semester 2 adalah lebih baik :)

Wednesday, November 12, 2014

Keputusan final sem 1

Assalamualaikum,

Seperti sedia maklum. Saya merupakan penuntut asasi sains di Uitm. Final telahpun saya tempuhi. Banyak detik gundah-gulana saya semasa di bilik peperiksaan. Seperti putus asa dan sebagainya. Saya cuma nak cakap. Asasi memang susah bagi saya. Tambah lagi saya tak pernah berjauhan dengan keluarga. Saya tak pernah terputus internet di rumah. Tapi lain cerita di sana. Susah woo.. Ada jugak terfikir nak quit asasi. Memang giveup. Tapi.. saya lihat balik usaha saya selama ini untuk sampai ke tahap ini. Tak mungkin saya nak mengalah. Apa yang saya terima hari ini saya sangat bersyukur. Lagi-lagi mak ayah pun gembira :) 


Saya harap niat saya masih tak lari. Saya nak dapat redha Allah serta ibubapa. Semoga sem 2 lebih baik.. 

Review novel: Membakar Syurga Mengguyur Neraka karya Hana Ilhami

Assalamualaikum,


NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang  membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.
“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA
“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL
RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?
Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.
Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.
“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA
“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA
“Rahul...” - DONA
Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.
“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI
Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?

* Saya memang minat penulisan Hana Ilhami. Sebab dia selitkan mesej yang berguna dan informatif. Novel Perempuan Lindungan Kaabah serta Ya Maulana memang memikat hati saya. Novel kali ini agak berlainan sedikit.. Dari segi watak dan cerita. Novel melayu sekarang kan sering mengisahkan kehidupan Datuk/Datin. Novel ini agak berat sebab ia menceritakan banyak tentang golongan gay, lesbo, transgender. Banyak ilmu baru dapat saya ketahui. Info tentang perkara tersebut memang menjadi kebimbangan serta isu masa kini. Saya beri 4.3/5.

Review novel: AKHIR karya Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum,


Tak payah sinopsis. Anda dah tau buku ini tentang apa. Yang anda perlu tau sekarang, ini yang AKHIR. Tak ada dah lepas ni. Sebab saya dah letih. Lelah hidup dalam kegelapan. Biar buku ini meniadi AKHIR kepada sebuah kisah. Juga kepada setangkai nyawa yang dalam beberapa tahun ini berayun longlai. Sava tak mau seksa dia terus. Saya bukan kejam. Saya hanya seorang yang menyampaikan sebuah cerita, tentang sebuah novel hitam yang kewujudannya hanya mengundang rasa-rasa sakit, pedih, ngilu, pelik, takut, kecewa, marah, benci...SEDIH. Rasa-rasa yang saya tak pasal-pasal juga kena lalui sebagai penulis. Semua ini, hanya kerana nak mengisi masa lapang anda. Jadi nah. Ambil dan baca. Buku ini mungkin tidak sebagus yang anda harapkan. Tapi ini yang terAKHIR. Sekurang-kurangnya hargailah ia atas sebab itu.
Akhir merupakan buku terakhir dari trilogi Jangan Baca Novel Ni.

*Novel bersiri ni tak pernah mengecewakan. Daripada novel pertama, Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk dan sekarang novel yang terakhir. Ada jea seram dia. Memang tak dijangka pengakhirannya begitu. Saya bagi 4.8/5.

Thursday, October 16, 2014

MUET speaking test habis!

Assalamualaikum,

Hari ni hari yang sangat ternanti-nanti untuk habis! So, yea. Dah habis dah pun. Although it has a little bit dissapointment.. But it's okay. Allah dah tetapkan semua ini terjadi. Yang penting saya dah usaha. Boleh pulak saya tersalah hurai point saya.. Nasib baik examiner tolong betulkan. Pastu saya dapat cover balik. Mintak-mintak point saya tu okay laa jugak. Sebab dia tegur pastu saya terus cakap sorry dan teruskan dengan huraian spontan! Haha.. disaster dah first-first. Nervous ni tak nak hilang sebab candidate A pun nervous.

Tak apa... Task B. Haih.. First-first candidate A kata sebelum mula test ni dia nak start. Boleh pulak dia kata "Bagaimana dengan awak candidate B? Apa awak rasa dengan setiap point yang ada ni?". Saya rasa terkejut. Dan saya teruskan laa jugak. Tapi saya cakap pasal saya sokong point saya. Pastu dia cakap "Minta maaf tapi saya nak awak pergi satu per satu point tersebut". Haha. Nampak tak kena tegur lagi? -,- Tapi saya cakap laa. Ni discussion tak kisah nak amek mana-mana. Dia yang tanya orang pastu nak cakap pulak. Buat rasa cuak jea. Nasib baik examiner tu pun back up saya. Dia kata tak kisah hurai mana-mana. Pastu saya suruh candidate A start. Sebab dia kata nak sangat sebelum test tu.

Yes.. disaster. -,-. Lepastu.. Kitorang pun membebel-bebel. Pastu ada sorang ni yang disagree jea kerja dia. Kitorang punya tajuk "Who can help students in studies" A) A school teacher B) A good student C) A tuition teacher D) A family members. Saya B. Saya ingat saya yang kena be a good student. So, kesadisan berlaku. Tapi In Sha Allah yang saya cover tu ok. Yang disagree ni asek cakap pasal teacher jea... Dia seorang guru. Kitorang semua agree family members. Haha, last-last dia macam reda jea. Haha.

By the way, semua group saya lelaki -,-. Sorang budak PALAM. Dia pulak asek bercakap jea. Huhu. Dia memang saya tabik. 

Apa yang saya boleh cakap.. Saya berdoa agar examiner tu baik hati. Amin.... Dan saya kalau boleh nak dapat band yang tinggi jugak sebab saya tak nak ulang.. Huhu.

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...