Monday, September 7, 2015

Degree. LIFE!

Assalamualaikum,

3 hari Minggu Mesra Mahasiswa berjalan, saya dah jadi macam zombie.. Haha, tidur pagi and bangun pun pagi.. Saya diberi ujian tiada roomate. Bukan saya seorang.. Ada jugak beberapa.. Semasa MMM berjalan, saya tidur di bilik kawan yang tiada roomate jugak. Saya kenal dia sejak sekolah menengah lagi. Tapi kenal macam tu jea.. Hmm, bilik saya hujung sana. Bilik dia hujung sini. Dia blok berlainan dengan saya. Susah. Satu perkataan yang saya boleh terjemahkan daripada keadaan yang saya alami.. Saya yakin kepayahan tidak akan kekal. Ia akan pergi seiiring dengan masa. Sebagai seorang muslim, saya perlu sabar dan berdoa ;)

Dengan niat kerana Allah, In shaa Allah segala urusan, walaupun payah.. Allah akan memberi pertolongan dalam bentuk yang tak dapat kita jangka. Sudah untung keluarga saya tinggal sangat dekat. Ujian saya cuma sekecil hujung kuku jika nak dibandingkan dengan orang lain..

Saya ada ramai kawan yang saya kenal, namun kami berbeza program serta kolej.

Selepas ini saya berazam untuk mahir dalam pemanduan walaupun benda tu paling saya tak suka supaya saya boleh bawak kereta pergi sana dan tak susahkan mak ayah. Rakan-rakan.. Doakan perjuanganku.

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...