Friday, April 24, 2015

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 2

Assalamualaikum,

Setelah panjang bercerita tentang apa yang saya belajar for asasi untuk kedua-dua sem, now cerita pasal kolej and some random things that should be known if you want to go for asasi uitm.

Kolej kediaman. Alhamdulillah. Saya bagi 4.8 bintang! For serious, saya rasa kolej dia yang paling mantap.. Idk about other kolej yang bukan PALAM. Tapi, orang ramai pun cakap jugak macam tu. Hee. Kat sana ada 3 jenis blok. Blok Rafflesia (R1, R2, R3, R4, R5 dan R6), Blok Angsana (A1, A2, A3, A4 dan A5) dan Casuarina (C1, C2, C3, C4 dan C5) (tak tahu if ada tertinggal). Saya dapat duduk Blok A2. Which is the only blok angsana untuk budak asasi perempuan. Maybe masa saya daftar tu.. saya datang lambat. But that's fine. Gempak apa. Tempat strategik. Dekat ngan surau, kafe rafflesia dan kafe angsana pun tak jauh. Rumah tu ada 4 bilik. But depends laa. Ada rumah yang lima bilik. So, total housemate sepatutnya lapan. Belakang katil tu ada locker besi.

Blok saya ada 9 tingkat. Don't worry, semua blok ada lif! Saya yang duduk tingkat 2 pun selalu jea pakai lif. Surau, bilik TV dan dobi ada di tingkat 1. Kalau korang kempunan nak tengok TV boleh pi tingkat 1. Dobi.. Masa saya ada 5 mesin basuh. Setiap basuhan RM2.50. Saya memang basuh pakai mesin jea.. Then, selalunya mesin nak syiling lama.. Ye.. agak susah nak kumpul. 20 sen dan 50 sen jea selalunya diterima. Ada satu jea mesin yang pakai duit kertas. Ada water cooler kat tingkat yang terpilih.. Maybe. For me tingkat 3. So, kalau rasa tekak nak minum air sejuk pi jea tingkat 3. Kat bawah blok pun ada "Mesin gedegang" a.k.a mesin air. If you need something like air 100 plus, ice lemon tea or carbonated drinks just turun blok dan RM2 for each bottled water. 

If you feel sick and no energy to go for a class.. Pergi Unit kesihatan (UK) kat bawah. I kena turun tangga kejayaan. Yes, "IF YOU FEEL LIKE NO ENERGY". Haha, saya tak tahu kenapa dia buat kat bawah instead kat kolej (atas). Asalnya ada jea elok kat atas. Pastu dia pi dekat bawah pulak. Maybe dia nak orang betul-betul tak boleh kot pi sana. 

Satu bilik, dua orang.

Ada penyidai baju kat ruang tamu serta internet! Bawak jea wire LAN. Satu bilik ada satu. Pastu pandai-pandailah download connectify untuk menyumbang wifi untuk kegunaan selain lappy anda sahaja.

Untuk barangan elektrik, kena bayar RM10 setiap barangan. Setiap sem kena bayar sekali dan anda akan dapat stiker. Stiker bukti anda telah membayar. Periuk nasi tak boleh bawak. Toaster boleh.




Kafe ada dua. Kafe Angsana dan Kafe Rafflesia. Saya suka kafe-kafe kat sini sebab boleh order via SMS. Serius senang. Kalau malas nak cedok makanan berlauk. Order dan cakap nak amek pukul berapa. Simple. Semua makanan panas mostly ada. And don't forget to try nasi putih plusss telur bungkus. Lejen menu tu.. Haha. Kat sana ada cool blog, burger, cendol, ABC, waffle, coffee shop and even roti canai. Yes, roti canai kat Kafe Angsana. Tapi serius ramai gila kalau hari weekends. Sometimes, I have to wait for an hour. But that's ok. As long as saya dapat makan roti canai. Haa. Now, kat sana sesuai sangat untuk berjogging pagi-pagi. Sejuk, nyaman pluss boleh tengok matahari terbit. Such a nice scenary:


with housieeee <3

Not just that, you can ride a bike. 



Gym pun ada juga. Tapi tak pernah masuk. Haha. Kat mana? Kat Dua-dua kafe ada. Bahagian atas. Kafe raf untuk perempuan. Angsana untuk lelaki. Court basket ball. futsal dan badminton pun ada :)

Aktiviti koko ada. Banyak kalau anda nak pilih. Ada Cross-stich, menjahit, traditional games, chess, enviroment, recycle, extream games, cycling, memasak, usahawan and banyak lagi. As for me, saya pilih memasak :D

Koko penting! Selalunya dia buat weekdays. And depends on the lecturer yang mengendalikan. Sometimes once a week. Sometimes, once for two weeks. Memasak ada dapur! And kat kolej selalu ada aktiviti yang menyediakan kupon. Korang kena kumpul kupon at least 3 untuk tampal kat kad koko.

Kat bawah (kampus) ada beberapa fakulti seperti FSK 7, FSK 1,5, FSK 2,3,4, FF1, FF2, FF3, FF4. Library pun ada, PTAR for short, Perpustakaan Tun Abdul Razak for long. Kebanyakan arkitektur kat situ berbentuk bulat. Such as kefe, surau and library.


:)

And, I knew that you have heard about TANGGA KEJAYAAN. Well, for sem 2 I rather go through the stairs than take a bus. Yes, you can take a bus. Serious, mestilah tak semua larat. Bas kena bayar RM1. 



Nak pi berseronok sat after a long study. Boleh pi luar. Pasar malam, tesco, giant and the popular place for asasian is SCM, Setia City Mall. Naik bas u90 bayar RM2 untuk SCM. 



That's all for now :D



Wednesday, April 22, 2015

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 1 (PELAJARAN)

Assalamualaikum,

Terlalu banyak pengalaman di Uitm PALAM ni sebagai pelajar asasi. Tak payah berdrama sebab minggu lepas dah. Haha. Orait.. This is what I can conclude based on my batch. Hope, ia membantu sesiapa..

Jika anda pelajar Asasi Sains, anda akan mengambil 6 subjek iaitu:

1. CTU (Pendidikan agama islam)
2. ELC (Bahasa Inggeris)
3. Biology
4. Chemistry
5. Physics
6. Mathematics

CTU dan ELC akan menyumbang pointer dalam CGPA mengikut CGPA Uitm tapi bukan UPU. Maksudnya subjek ni tak boleh ambil mudah. CTU basically, belajar pendidikan islam yang kebanyakannya anda dah tahu. But, lebih mendalam. Ada hafazan dan tilawah serta ulaskan surah yang anda hafal based on ayat. Ikutlah korang kena mana. Masa sem 1 hafal surah Al-Mulk. Sem 2 surah As-Sajadah. Dua-dua wajib hafal 15. If 30 lagi bagus. ELC pulak untuk sem 1, ada speaking, reading, listening dan writing test. Macam MUET. Tapi penandaan MUET lebih strict. Sem 2 ada speaking and writing test. Tapi, kami kena buat assignment (Essay) ; ada article, outline, citation etc. Buku untuk CTU dan ELC dalam RM20-RM30 sebuah.

BIOLOGY
Sem 1;
Chapter 1: Macromolecules
Chapter2: Cells
Chapter 3: Plasma Membrane Transport
Chapter 4: Enzyme
Chapter 5: Energy (Photosynthesis & Cellular Respiration)
Chapter 6: Homeostasis
Chapter 7: Ecology

Sem 2:
Chapter 1: Genetics
Chapter 2: Reproductive System
Chapter 3: Nervous and Hormonal Control
Chapter 4: Circulatory System
Chapter 5: Immune System
Chapter 6: Respiratory System
Chapter 7: Digestive System

Buku kami guna Raven. Memang tebal. 3kg kot buku tu. Tak timbang lagi. Harga lupa berapa. But RM100+ maybe laa. Buku ni boleh guna sampai degree dan sepanjang belajar lagi. Not just for asasi. Sem 1 dan 2 guna buku ni..


CHEMISTRY

Sem 1:
Chapter 1: Matter and Stoichiometry
Chapter 2: Electronic Structure of Atoms and Periodicity
Chapter 3: Chemical Bonding
Chapter 4: State of Matter
Chapter 5: Thermochemistry

Sem 2: 
Chapter 1: Organic Chemistry
Chapter 2: Chemical Kinetic
Chapter 3: Chemical Equilibrium
Chapter 4: Acid and Base
Chapter 5: Electrochemistry

Buku kami guna Mc Grawhill. Harga around RM90. Ada 2 buku. Beli sekali. Batch saya ada kad yang mengandungi kod. Kod tu untuk daftar Connect McGrawhill ni. Kat situ kami kena buat assignment dan kuiz online. Ada limit masa.


PHYSICS

Sem 1:

Motion in One Dimension
Vectors and Two-Dimensional Motion
The Laws of Motion
Energy
Momentum and Collisions
Rotational Motion and The Law of Gravity
Rotational Equilibrium and Rotational Dynamics
Solids and Fluids
Thermal Physics
Energy in Thermal Processes
The Laws of Thermodynamics
Vibrations and Waves
Sound

Sem 2:

Electric Forces and Electric Fields
Electrical Energy and Capacitance
Current and Resistance
Direct-Current Circuits
Magnetism
Induced Voltages and Inductance
Alternating-Current Circuits and Electromagnetic Waves
Reflection and Refraction of  Light
Mirrors and Lenses
Wave Optics
Quantum Physics
Atomic Physics
Nuclear Physics
Nuclear Energy and Elementary Particles

Haaa!  Macam banyak kan? Actually sama jea ngan subjek lain sebab dia banyak tajuk.. Tapi belajarnya sikit jea. Biasalah banyak kira-kira. Teori.. Gitu laa. Kami pakai buku Serway Vuille text book.


MATHEMATICS

Sem 1: 

Chapter 1: Number System
Chapter 2: Polynomials
Chapter 3: Functions
Chapter 4: Matrices and Systems of Linear Equations
Chapter 5: The Derivative
Chapter 6: Applications of Derivative
Chapter 7: Data Description
Chapter 8: Events and Probability

Sem 2:

Chapter 1: Vectors
Chapter 2: Trigonometric Functions
Chapter 3: Integration
Chapter 4: Applications of Integration
Chapter 5: Introduction to First Order Differential Equations
Chapter 6: Numerical Methods
Chapter 7: Random Variables
Chapter 8: Special Probability Distributions

Math tak wajib beli buku teks. 

All in all, Semua subjek ada disediakan lecture notes. Depends on your lecturer suruh pakai buku or lecture notes. For me, physics memang kena angkut buku serway tu dari atas ke bawah (turun naik tangga kejayaan). Lecture notes disediakan di i-Learn dalam folder lecturer masing-masing. Kelas tutorial ada untuk subjek Math, Bio, Chem dan Physic. Kelas tutorial ini, anda akan diberi tutorial or "Kerja sekolah" macam tulaa. Kalau dalam lecture hall or soalan tutorial yang tak faham tu nanti tanya lecturer dalam kelas tutorial. Pastu kami kena lalui kuiz, assignments, presentation, test 1, test 2 and lab reports untuk carry marks. Carry marks total 50% for all subjects. 50% lagi final test. GPA tu nanti campur sem 1 dan sem 2 punya bahagi dua dapatlah final CGPA. So, konslusinya kena mantap untuk kedua-dua sem.

Pada awalnya, anda akan dibahagikan group mengikut senarai nama. Grup yang anda dapat hasil daripada susunan nama. So, bukan ikut keputusan SPM or whatever.

FOR LAB: Wajib pakai lab coat, RM40+ (Kalau ada kakak/abang punya dulu dari U lain pun ok), kasut bertutup. Lab manual for bio, phy and chem. Jotter untuk bio and chem. Selalunya fizik tak payah buat jotter.

JOTTER: For experiment's procedure (bergambar)

(Contoh)

So, that's all that I can share. Entry ni pun bukan apa. Buat kenangan apa benda laa aku belajaq kat sana. Sekian :D

Tuesday, April 21, 2015

So, My first choice dalam UPU adalah....

Assalamualaikum,


Ok, asasi dah lepas. UPU fasa 1 pun dah lepas. So, ceritanya apa yang saya pilih untuk UPU saya?

Secara jujurnya, saya tak ada cita-cita yang betul-betul saya nak jadi. Selama ni saya just go with the flow. Parents suruh belajar, belajar. And ofcoz sebenarnya saya belajar kerana Allah.. Untuk mendapat redha ibu bapa. I always keep in my mind that redha ibu bapa juga redha Allah. Sampai semua keputusan let parents yang tentukan.

Orait, enough for the intro. My first choice is SARJANA MUDA DIETETIK UiTM. Why dietitians? The requirement yang saya notice about this course is at least CGPA 2.75. But mostly yang saya dengar senior plus haritu pi tanya kat booth dietitians, mereka kata ramai apply. Mestilah diorang pilih the best of the best. Diorang kata, this course tak nak ramai pelajar. So.. I have to compete dengan ramai orang pandai-pandai. Tapi, jika sudah ditakdirkan dapat, kat Uitm pulak tu.. Sujud syukur.... In shaa Allah. Serius nak kat UiTM PALAM. Because I trust that Uni. The enviroment sangat best. Kat puncak, Islam in shaa Allah hidup kat sana. So, parents tak perlu risau. Although jauh sikit dari negeri tempatku membesar. That's ok.. Bila laa I want to act like a big lady.. Haduuuii.



Ok, first and foremost. I like to cook. I have passion in food. I want to discover food. Surely I cook for the love ones. So, I must know what kind of ingredients are the best. And if not.. What is the best subtituition for that particular ingredients. Dulu, at least my hobby lead me to become a professional chef or more specific professional pastry chef. More to dessert. But then, my mom said that if I want to be international chef, I have to deal with wine and some other stuff that prohibited in Islam. So, yes.. I have to set another ambition... And after I entered foundation studies.. Now I know there is a course that put science and food together.. I mean a lot actually. Such as teknologi makanan, sains makanan and yes ofcoz dietetik. 

What can I say.. Saya pilih Uitm sebab no interview and surely because saya ex student Uitm.. Actually my parents want to see me to become a teacher.. But for me, macam terlambat kalau diorang nak suruh saya jadi cikgu. Sebab masa permohonan ipg haritu saya dah lepas UKCG, then interview pun dapat.. Tapi diorang suruh masuk Uitm amek asasi.. IPG yes in shaa Allah keluar-keluar ada kerja.. But now diorang suruh jadi cikgu apply UPSI. At first diorang suruh pilih ikut mana saya minat. Bila dah pilih.. Diorang masih tertanya-tanya.. Kenapa pilih dietetik.. Kalau perempuan jadi cikgu kan elok. At that moment, jantung saya seperti terjatuh. Air mata ofcoz. But kawal suara. Masatu kat PALAM.. and phone call jea.

UTM yang 5 minit dari rumah pun ada apply jugak. Tapi, biasalah UTM ada apa jea. Teknologi, Kejuruteraan, Kimia, Fizik, Bio ada gak.. But tu lah. Tak ada sains kesihatan. Sayang -__- If not apa susah. Apply UTM. Duduk rumah, makan mak masak, baju basuh pakai mesin. Heavennyaaaaaa! Maybe tulah hikmahnya, nak jadikan saya independent.. Tak boleh duk dekat. Kena jauh sikit. Saya apply choice yang ke-5 and below. UM pun apply gak. But "UM" macam mimpi disiang hari. Haha. Minta farmasi and ekologi tak silap. Memang apply sebab boleh apply tak payah beli no pin baru. So apply jea laa. Harap sangat tak nak masuk UM. 

Based on my reaseach, diorang kata at first memang laa basic.. but then.. it's getting tougher! Seriously saya pun ada naluri gitu. Macam saya akan belajar asasi for the second time. Not enough time to complete all my works. Haha. Stress! Normal untuk semua kos kot.. Kos apa jea tak susah. 

Dietetik = Chef + Doktor + Kaunselor + Nurse. Nampak tak? Haha..

Bila fikir-fikir balik.. Susahnya... but belajar apa jea tak susah fatimah oiiii. Haha. Right? From this moment, Masturah kena redo apa jea bakal menimpa. Dapat dietetik kat PALAM? Alhamdulillah. Kat UKM/Unisza? Dapat kos lain? Serius, UPU ni menakutkan.. But with doa.. In shaa Allah apa yang dihajatkan dimakbul Allah. Amin..

Wednesday, April 15, 2015

Asasi Sains 2014/2015 TAMAT!

Assalamualaikum,



Last day final!

Kehadapan blogku yang sudah lama tak diupdate, akhirnya tuanmu ini sudahpun menamatkan satu bab dalam buku hidupnya :D Meh kita selak bab SEM 2. Apa agaknya yang berlaku. Lets check it out together!

Sem 2 bagi saya adalah sem yang terbaik dalam 2 sem yang saya lalui sebagai pelajar asasi. Sebab saya belajar daripada peribahasa "Tak kenal, maka tak cinta". Masa sem 2 nilah banyak benda yang saya kenal. Kenal yang betul-betul kenal. Kenal diri sendiri, kenal sahabat-sahabat dan kenal lecturer. 

Sem 2 ni agak mencabar emosi sikit. Sebab sem lepas mak ayah ada laa jenguk.. Pastu tak pernah tinggal kat PALAM sebulan lebih. But not for sem 2, Saya tak balik for three months! Then, my parents pun tak datang jenguk. Biasalah jauh kot. Haha, But that's ok. Because I learned how to be independent. Haha, Pecah rekod for me at least because saya tak pernah balik rumah or balik PALAM dengan bas. Yes, for seriously. For me yang duduk Johor, saya pun suprisingly tak percaya. But then, I don't know how to face degree life if saya tak pernah ada pengalaman naik bas. 

Besties Muahhhh <3

Sem 2 ni jugak merapatkan saya dengan kawan-kawan. Saya belajar untuk menjaga hati kawan, walaupun kadang-kadang saya ni teruk gila sampai melukakan hati orang. Serious, I feel so bad if I did that. Saya bersyukur dikurniakan sahabat yang mendekatkan saya dengan Pencipta. Yang memimpin saya jika saya tersimpang ke haluan yang salah. Ada satu saat, yang saya menangis bagai nak rak sebab saya rasa diri saya hina sangat. Lirik lagu biasa, yang menyentuh jiwa:

Oh muslimah, memandangmu menyejuk hati,
Menundukkan nafsu hati yang goyah,
Keayuan wanita solehah,
Indah peribadi, tulus hatinya,
.
.
.
Oh muslimah, kau rajin mengaji,
Islam kau jadikan ikutan sejati.

Sebagai wanita, saya rasa saya tak layak jadi wanita solehah macam sahabat-sahabat saya. Saya rasa saya tak layak pun menjadi sahabat baik kepada mereka. Sebab saya tak seperti mereka. Bertudung labuh, berpakaian longgar, menjaga pandangan, memahami isi Al-Quran. Sedangkan saya? Macam orang tak pernah kenal apa itu Solehah. Alhamdulillah sikit-sikit saya belajar. In shaa Allah istiqamah. Terima kasih sahabat, Nur Syazana, Wan Ummu Najla, Farah Zahidah dan keseluruhan sahabat-sahabat yang sering berada disamping saya selama ini. Syukur dapat sahabat seperti kalian. If I have to list down all the kindness that you gave me, it is not enough to said here. But apa yang saya nak cakap; You have a special place in my heart that I will not let that space filled with anybody else.

Housemates!

Now, my housemate yang gila-gila. Haha, Kalau nak cakap pasal housemate ni pulak, bibir saya ni asyik nak tersenyum-senyum jea. Haha, suka nak cakap pasal housemate. Orait, for sem 2, we have a six people total in A2203. Sorang mek kelate bilik A, Alia Maisarah. Saya (Johor) with Khairunnisa' (Selangor) bilik B, Nurin Qisteena (Johor) bilik C dan bilik paling meletop BILIK D yang berpenghunikan Nurin Najihah (Johor) dan Nur Amira (Johor). Well, apa yang penting Bilik B selalu jadi kedai kopi. Haha, selalu jadi bilik persinggahan. Sem 1 dulu saya agak janggal laa jugak ada housemate ni. Biasalah diorang ni kan from sekolah yang hebat-hebat. Saya ni sekolah biasa-biasa jea. Haha. Alhamdulillah ramai Johor, In shaa Allah ada kelapangan kita jumpa. 

Chem lab (Farihin, Fatimah, Faza, Azizi)

 Bio lab (Izzah, Fatimah, Faza, Dzulhilmi)


Physics lab (Jazlanah, Fatimah, Izzah, Ikhlas)

Ok, kalau pasal pelajaran.. Saya rasa asasi ni biasa laa stress. Kerja berlambak. Itu normal. But for me, first time rasa belajar jea. Dulu SPM heaven. Haha. Yelaa ada orang masakkan, ada orang basuhkan baju, ada orang hantar pi sekolah. Now, kerja saya hari-hari pi kuliah, turun naik tangga beli makanan, buat lab, tuto tiap minggu, tidur pukul 1 pagi. Sem 1 dulu lagi, Asal lepas lab mesti ada group discussion kat kafe. But sem 2, masing-masing nak buat sendiri, just bahagi-bahagi tugas. Lab saya alhamdulillah semuanya lancar.. Cuma sometimes.. Lelaki biasalah. Banyak cekadak gak. Haha. Tak lah.. Biasalah tu.. Macam saya ni tak buat hal.. Haih. Manusia kan banyak ragam.

Now, my group! D8. Serious group paling Soleh dan Solehah in Shaa Allah. Ikhtilat terjaga. Bagus kelas ni.. Saya yang masuk group ni rasa bahagia. Alhamdulillah dikurniakan classmates yang sangat baik. Kami masa kuliah kat lecture hall pun separate lelaki dan perempuan. Actually dalam lecture hall ada 5 groups. Kesemua lima grup tu kami asingkan lelaki dan perempuan. Kebanyakan grup-grup lain bercampur. Yang bercouple duduk sama-sama. Alhamdulillah. Sayang grup D8. 

Kalau nak cerita satu per satu pengalaman sem 2 sampai lusa pun tak habis. Haha, harapan saya sebagai seorang pelajar lepasan asasi 2014/2015 kepada sahabat-sahabat saya semoga kalian berjaya di akhirat dan di dunia.Amin.. Pasal UITM PALAM saya akan buat entry lain. Hehe.

Kelas terakhir with Madam Julie (Pensyarah Fizik)

BTW.. Diorang gelak saya panggil TELUR MATA LEMBU. Is that weird? Or it just me?

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...