Wednesday, November 26, 2014

Minggu depan dah masuk sem 2!

Assalamualaikum,

Cepat masa berlalu? Huhu, takdelah cepat mana.. sebab cuti ni tak banyak buat apa-apa. Cuma siapkan baju kurung dalam masa 2 bulan XD Lama kot. Haha. Semoga semester 2 adalah lebih baik :)

Wednesday, November 12, 2014

Keputusan final sem 1

Assalamualaikum,

Seperti sedia maklum. Saya merupakan penuntut asasi sains di Uitm. Final telahpun saya tempuhi. Banyak detik gundah-gulana saya semasa di bilik peperiksaan. Seperti putus asa dan sebagainya. Saya cuma nak cakap. Asasi memang susah bagi saya. Tambah lagi saya tak pernah berjauhan dengan keluarga. Saya tak pernah terputus internet di rumah. Tapi lain cerita di sana. Susah woo.. Ada jugak terfikir nak quit asasi. Memang giveup. Tapi.. saya lihat balik usaha saya selama ini untuk sampai ke tahap ini. Tak mungkin saya nak mengalah. Apa yang saya terima hari ini saya sangat bersyukur. Lagi-lagi mak ayah pun gembira :) 


Saya harap niat saya masih tak lari. Saya nak dapat redha Allah serta ibubapa. Semoga sem 2 lebih baik.. 

Review novel: Membakar Syurga Mengguyur Neraka karya Hana Ilhami

Assalamualaikum,


NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang  membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.
“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA
“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL
RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?
Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.
Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.
“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA
“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA
“Rahul...” - DONA
Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.
“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI
Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?

* Saya memang minat penulisan Hana Ilhami. Sebab dia selitkan mesej yang berguna dan informatif. Novel Perempuan Lindungan Kaabah serta Ya Maulana memang memikat hati saya. Novel kali ini agak berlainan sedikit.. Dari segi watak dan cerita. Novel melayu sekarang kan sering mengisahkan kehidupan Datuk/Datin. Novel ini agak berat sebab ia menceritakan banyak tentang golongan gay, lesbo, transgender. Banyak ilmu baru dapat saya ketahui. Info tentang perkara tersebut memang menjadi kebimbangan serta isu masa kini. Saya beri 4.3/5.

Review novel: AKHIR karya Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum,


Tak payah sinopsis. Anda dah tau buku ini tentang apa. Yang anda perlu tau sekarang, ini yang AKHIR. Tak ada dah lepas ni. Sebab saya dah letih. Lelah hidup dalam kegelapan. Biar buku ini meniadi AKHIR kepada sebuah kisah. Juga kepada setangkai nyawa yang dalam beberapa tahun ini berayun longlai. Sava tak mau seksa dia terus. Saya bukan kejam. Saya hanya seorang yang menyampaikan sebuah cerita, tentang sebuah novel hitam yang kewujudannya hanya mengundang rasa-rasa sakit, pedih, ngilu, pelik, takut, kecewa, marah, benci...SEDIH. Rasa-rasa yang saya tak pasal-pasal juga kena lalui sebagai penulis. Semua ini, hanya kerana nak mengisi masa lapang anda. Jadi nah. Ambil dan baca. Buku ini mungkin tidak sebagus yang anda harapkan. Tapi ini yang terAKHIR. Sekurang-kurangnya hargailah ia atas sebab itu.
Akhir merupakan buku terakhir dari trilogi Jangan Baca Novel Ni.

*Novel bersiri ni tak pernah mengecewakan. Daripada novel pertama, Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk dan sekarang novel yang terakhir. Ada jea seram dia. Memang tak dijangka pengakhirannya begitu. Saya bagi 4.8/5.

Thursday, October 16, 2014

MUET speaking test habis!

Assalamualaikum,

Hari ni hari yang sangat ternanti-nanti untuk habis! So, yea. Dah habis dah pun. Although it has a little bit dissapointment.. But it's okay. Allah dah tetapkan semua ini terjadi. Yang penting saya dah usaha. Boleh pulak saya tersalah hurai point saya.. Nasib baik examiner tolong betulkan. Pastu saya dapat cover balik. Mintak-mintak point saya tu okay laa jugak. Sebab dia tegur pastu saya terus cakap sorry dan teruskan dengan huraian spontan! Haha.. disaster dah first-first. Nervous ni tak nak hilang sebab candidate A pun nervous.

Tak apa... Task B. Haih.. First-first candidate A kata sebelum mula test ni dia nak start. Boleh pulak dia kata "Bagaimana dengan awak candidate B? Apa awak rasa dengan setiap point yang ada ni?". Saya rasa terkejut. Dan saya teruskan laa jugak. Tapi saya cakap pasal saya sokong point saya. Pastu dia cakap "Minta maaf tapi saya nak awak pergi satu per satu point tersebut". Haha. Nampak tak kena tegur lagi? -,- Tapi saya cakap laa. Ni discussion tak kisah nak amek mana-mana. Dia yang tanya orang pastu nak cakap pulak. Buat rasa cuak jea. Nasib baik examiner tu pun back up saya. Dia kata tak kisah hurai mana-mana. Pastu saya suruh candidate A start. Sebab dia kata nak sangat sebelum test tu.

Yes.. disaster. -,-. Lepastu.. Kitorang pun membebel-bebel. Pastu ada sorang ni yang disagree jea kerja dia. Kitorang punya tajuk "Who can help students in studies" A) A school teacher B) A good student C) A tuition teacher D) A family members. Saya B. Saya ingat saya yang kena be a good student. So, kesadisan berlaku. Tapi In Sha Allah yang saya cover tu ok. Yang disagree ni asek cakap pasal teacher jea... Dia seorang guru. Kitorang semua agree family members. Haha, last-last dia macam reda jea. Haha.

By the way, semua group saya lelaki -,-. Sorang budak PALAM. Dia pulak asek bercakap jea. Huhu. Dia memang saya tabik. 

Apa yang saya boleh cakap.. Saya berdoa agar examiner tu baik hati. Amin.... Dan saya kalau boleh nak dapat band yang tinggi jugak sebab saya tak nak ulang.. Huhu.

Sunday, October 5, 2014

Short update about my life :)

Assalamualaikum,


Lama di negeri orang. Dari menjadi seorang penduduk Johor Darul Takzim berubah kepada seorang perantau di negeri Selangor Darul Ehsan. Dari seorang pelajar sekolah menengah menjadi seorang siswi. How time passed by.. Terlalu cepat untuk ditulis satu per satu memori yang terlakar dalam sudut minda ini. Sangat bersyukur ke Hadrat Illahi yang memberi peluang untuk saya menjelajah kecantikan hidup sementara ini.

Seorang perempuan yang tidak pasti apa yang terjadi pada dirinya yang dulunya hidup bergantung.. Kini semuanya sendiri.. SENDIRI. 

So.. SEM 1 dah habis. Apa ceritanya?

Alhamdulillah, saya dapat mengatasi sedikit-sebanyak onak dan duri dalam melintasi kehidupan ini. Sebagai seorang siswi yang mengambil Asasi Sains. What do you expect? Bakal doktor? Bakal dentist? Bakal Veterinar? Definately. Pelajaran yang sangat expres. Sempat saya merasai sebenar-benar stres. Buat kerja hari-hari pun kerja tak akan habis. Trust me. Lab report, Tutorial, Assignment, Kuiz, Hafazan, Test yang bertubi-tubi. SPM dulu belajar 2 tahun kan.. Bayangkan 1 semester, 4 bulan jea belajar dan seterusnya FINAL. 


Mula-mula masuk UiTM PALAM.. DISASTER. I feel like I cannot go through all these drastic changes that happened in my life. It's hard.. Like every second my eyes watering. Remembering my perfect life.. Yes, sangat susah. dihimpit pelbagai bayangan dan aura negatif yang mengatakan saya tak boleh. 


But now, terkenangkan semua perasaan tu, It is a massive success for me! Thank you to Allah that gives me the strength until I made it to this stages, parents, family and my supportive friends.



It's nice to know friends that are from another state, that have different background stories and you can even share your own to them. Since, my life is not similar to those typical teenager that enjoy their life time with chillin' with their friends, watching movies and all teenage stuff. I am a girl that spend most of my time at school and home sweet home. Where we can get the free wifi.. Yes. The place where I can do whatever I want. A place where I can get something that I want easily.


In this university life, I learned how to socialized with other. I am shy but talk active when we are close enough. Kehidupan di universiti seperti kehidupan baru.. Seperti terlahir untuk kali kedua. Baru saya tahu bagaimana menaiki bas. Baru saya tahu bagaimana nak bergaul. These 'Baru tahu' really amazing experience for me. 

Terima kasih Allah, memberi saya ruang untuk menjadi saya yang lebih baik. 

Persahabatan itu manis

Thursday, May 29, 2014

Saya dah dapat lesen :

Assalamualaikum,

Pada 20 Mei yang lalu, saya telah menjalani Ujian memandu dengan pegawai JPJ. Alhamdulillah, dengan sekali percubaan saya lulus dengan mudah. Ujian di litar mengambil masa dalam 5-8 minit sahaja. Ujian memandu di jalan raya pun begitu. Allah memakbulkan doa saya supaya dimudahkan. Saya diberi jalan yang paling pendek dan saya tak sempat untuk menukar gear 2 pun. Hari saya ambil ujian ni ada 120 lebih calon. Jadi sampai petang baru laa ujian ini berakhir. Biar saya ceritakan pengalaman berharga ini.





1. Saya menguruskan pendaftaran dan mengambil no giliran. Saya dapat no 36 sesi 2. Maksudnya saya sesi yang agak jauh. Setiap sesi ada 50 lebih orang.

2. Saya menunggu di dalam bilik yang berhawa dingin. Menunggu untuk buat ujian litar. Dalam saya menunggu giliran saya, 4 orang sebelum saya semua gagal.. Saya dah rasa gundah-gulana. Ramai gagal sebab kat bukit jea dah panik. Banyak yang mengundur ke belakang balik. Diorang panik sebab lepas dah angkat tangan, pegawai tu terus suruh jalan. Memang pegawai jpj tu nak cepat sebab ramai lagi yang dia nak uji. Jadik ramai yang tak imbang betul-betul clutch dengan minyak. Tips: Tenang jea, lepas tarik handbreak, angkat tangan. Angkat clutch sikit-sikit, tambah minyak. Bila rasa kereta tu dah berganjak ke depan terus turunkan handbreak.

3. Lepas bukit, parking. Ada juga parking gagal. Biasanya diorang gagal sebab lupa step. Parking memang ada beberapa step yang perlu diikut. Step ikut yang diajar oleh cikgu korang. Sebab cikgu guna lain-lain step. Ada yang gagal sebab langgar tiang belakang. Tips: Ikut step betul-betul. Jangan main agak jea. Lepas tu tengok cermin pandang belakan masa nak mengundur nak masukkan kereta ke dalam petak parking.

4. Lepas parking, tiga penjuru. sebenarnya saya paling suka tiga penjuru ni. Sebab risikonya enjin mati atau terlebih olah gerak jea. Oke, di litar anda boleh mati enjin di mana sahaja kecuali di tiga penjuru. Jadi sesiapa yang asyik mati enjin tu jangan risau sangat untuk parking dan bukit. Tips: Kalau rasa masa angkat clutch tu bergegar macam nak mati, tekan clutch tu sikit. Pastikan hanya 3 olah gerak. Masuk, undur, keluar.

5. Oke, dah habis ujian litar. Ujian jalan raya pula. Saya tak boleh cakap banyak sangat pasal jalan raya sebab saya tidak diuji 100%. Masa saya, saya dapat kereta E, di sekolah saya semua viva. Baru-baru lagi. So, dari segi kereta mantap! Saya masuk kereta penuh debaran. Saya memberi salam "Assalamualaikum, tuan." Suasana kereta tu sejuk, radio terpasang, Pegawai yang tengah menyanyi -,-. Saya nak buat 5 perkara sebelum memandu, dia kata tak payah, saya bagi markah percuma kat awak. Sejujurnya, saya memang dapat yang sporting dan pegawai yang banyak meluluskan orang. So, saya bertuah. Jalan pun keluar dari sekolah turun bukit (sekolah saya kalau keluar memang terus turun bukit). Tak sampai habis bukit suruh U-turn balik, dekat BUKIT. Saya dah laa tak pernah nak U-turn atas bukit. Dia suruh saya pusing dan terus tekan minyak. Kalau saya terlaju dia yang brekkan. Masuk jea sekolah balik, parking dan tak payah matikan enjin. Tu jea.. Dia tick jea sembarang. Saya dapat 17/20. -,- Tips: Buat 5 perkara, kalau dia suruh jalan, ikut jea cakap dia. Tapi pakai tali pinggang keledar. WAJIB. Bagi signal nak keluar. Masa berhenti tu, garisan putih tu paras-paras dengang cermin kat dashboard tu. Maksudnya masih nampak. Lepastu penting sangat untuk lihat kanan kiri. Yang lain tu kalau jpj suruh laju kat depan sekolah, korang kena ikut cakap dia. Cakap terima kasih lepas dah habis buat.

6. Pegi kaunter, serahkan surat tersebut. Kalau nak tau gagal ke lulus selak jea kertas tu. Haha.

Begitulah pengalaman saya. Saya pun tak sangka dah dapat lesen. Tapi, saya tak sempat nak memandu lagi. Minggu depan dah masuk Uitm. Sekarang pun busy memanjang.

TIPS: Kalau anda dapat sesi yang last-last lagi bagus sebab diorang tengah malas dan suka luluskan sahaja.

Tuesday, May 13, 2014

Saya pilih Uitm, akhirnya.

Assalamualaikum,


InsyaAllah saya akan ke UiTM Puncak Alam. Asasi Sains... Yea, memang perlu belajar bersungguh-sungguh. Belajar apa je yang senang kan? Saya sahut cabaran ini. Walaupun mula-mula berat..

Temuduga IPG TIDAK AKAN SAYA HADIRI kerana saya ingin membuka peluang kepada orang lain pula.

Semoga segala proses dipermudahkan oleh Allah. Ameen.

Sunday, May 11, 2014

IPG? UPU? Matrikulasi??!

Assalamualikum,

Alhamdulillah, tempat untuk saya melanjutkan pelajaran luas. Keputusan UPU saya:


Saya berpeluang ke Matrikulasi, saya berpeluang menghadiri temuduga IPG dalam bidang Sains (SK) dan Asasi Sains di UITM.

InsyaAllah solat Istikharah itu saya akan lakukan. IPG saya tidak tentu dapat. Ayah saya menyokong penuh ambil Asasi tersebut. Saya.. ragu-ragu. Sebab saya tak yakin kepada diri saya yang saya boleh lakukan yang terbaik. Sebab SPM saya pun.. Bio dapat B. Tapi, Alhamdulillah Fizik, A- dan Kimia, A+.

Ayah saya kata bolehh. Ayah saya kata pun dia tak sangka dia dapat jadi macam sekarang. Ayah saya kata budak-budak pandai semua masuk UM, UPM dll. Jadi, UITM ni boleh laaa. Saingan sesama sendiri. Hmm, Kalau tak ambil Asasi macam rugi. Kalau dapat CGPA 3.50 keatas ada peluang untuk melanjutkan ke program Farmasi, Perubatan atau Pergigian. Kalau CGPA 2.50 ada banyak program lain berkaitan Sains contohnya Sains Kesihatan. Kalau tak ambil IPG pun macam rugi.. Sebab kerja itu pasti. Dan, temuduga itu saya akan hadiri juga.

Memang kebanyakan kawan saya dapat UITM. UITM di Malaysia sangat banyak berbanding Universiti lain di Malaysia. Tetapi Asasi Sains dekat Puncak Alam. 

Semoga saya membuat pilihan tepat. Ameen.

Tuesday, May 6, 2014

Dah sampai masanya untuk pelajar lepasan SPM 2013 sibuk!!

Assalamualaikum,

Tingkatan 6 telah membuat pendaftaran, Matrikulasi pula akan membuat hari pendaftaran pada hujung bulan ini. Sibuk?! Semestinya laa kan? Nak beli barang-barang untuk ke tempat belajar yang telah ditetapkan. UPU juga akan keluar tidak lama lagi. 

Saya akan menghadiri temu duga ipg di Batu Pahat pada 14 Mei. Kali ini saya dapat di tempat yang agak jauh sedikit. Tapi, keluarga saya tidak ada masalah kerana Batu Pahat merupakan kampung saya :DD Sebelum ini saya menjalani UKCG di Johor Bahru sahaja. Perjalanan kira-kira 20 minit sahaja.

Saya juga bakal menduduki ujian memandu JPJ 20 Mei ini!!! Serius, kecut perut dengar ujian ni. Jika ada tips dan kata-kata semangat memang dialu-alukan. Saya memang nak nangis dengan ujian ni.. Macam tak ada keyakinan. QTI hari tu ok sebab mereka memang memberi peluang luas untuk lulus. Walaupun saya lupa tukar gear yang lebih rendah ketika kereta sedang perlahan. Teruknya!! Bukan itu sahaja. Semasa sampai di institut memandu, saya ingin menamatkan pemanduan saya dengan parking di kotak parking yang disediakan. Saya parking kereta senget. Dan pemeriksa megarahkan saya membetulkan kedudukan kereta saya. Padahal tak senget sangat pun.. -,-

Anyway, saya belajar dengan seorang kakak. Saya praktikal cuma dua kali tak termasuk praktikal selepas teori tu. Saya rasa jumlah masa pun tak lebih dari 6 jam. Setelah saya habis memandu praktikal kedua tak sampai 1 jam pun lepas tu saya terus disuruh buat QTI. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa gundah-gulana saya semasa tu. Saya cuma terkilan dengan masa yang tidak cukup diajar tu. Saya bayar mahal untuk masa tu. Huhu, takpelah rezeki saya telah ditulis. Saya perlu solat hajat dan doa agar lulus JPJ dengan sekali cuba. Kerana saya sudah kesuntukan masa.

Saya akan mendaftar ke Kolej Matrikulasi pada 26 Mei. Ujian JPJ hanya akan berlangsung pada hari Selasa sahaja.

Memang bulan ini merupakan bulan yang sibuk! Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ameen.

Tuesday, April 29, 2014

My favourite youtubers :)

Assalamualaikum,

Mereka merupakan antara penyeri hari saya yang kadang kala membosankan :D
(Klik gambar untuk link)

1. Its Judys Life
Hari-hari saya tonton daily vlog dia 




2. Grav3yardgirl

Selalu membuat hari saya lebih baik

3. Sam Tsui

Dia penyanyi youtube yang berbakat. :) 

Dan selanjutnya adalah saluran masakan:






Saturday, April 26, 2014

IPG? Matrikulasi? UPU?!

Assalamualaikum,

Saya dapat masuk ke Matrikulasi :) Sejak saya dapat tahu bahawa markah koko saya dapat C, saya tak menjangka dan tak berharap dapat masuk ke Matrikulasi. Tetapi, kalau dah rezeki tak kemana. Jadi di sini saya ingin memberi tahu bahawa walaupun anda dapat markah koko C, itu  bukan the end dan putus asa. Kawan saya berbangsa india dia memperoleh keputusan SPM yang lebih baik daripada saya dan markah kokonya B pun tak dapat masuk ke Matrikulasi. Saya rasa Matrikulasi memberi peluang luas kepada bumiputera.

Saya ditempatkan di Matrikulasi Johor, seperti pilihan utama yang saya minta. Dan, saya pun menetap di negeri tersebut. Jadi, saya rasa bersyukur sangat. Masa perjalanan dalam 1 jam lebih. 

Oke... Tapi di sini saya ada kekeliruan. Saya memang nak masuk IPG. Haritu saya dah menjalani UKCG. Sekarang, cuma menunggu keputusan jika saya layak untuk menghadiri temu duga tersebut. Dalam kalendar yang telah disediakan, keputusan kelayakan masuk ke IPG pada 10-22 JUN. Walhal pendaftaran ke Matrikulasi 26 Mei ni. Yuran pendaftaran Matrikulasi juga perlu dilunaskan sebelum pendaftaran. 

Saya menghadapi pelbagai kemungkinan. Jadi, saya menyusun stratergi untuk masuk ke Matrikulasi dahulu, jika saya layak ke IPG saya akan keluar dari Matrikulasi dan masuk ke IPG. Rumit.

Susah nak dijelaskan :( Kalau boleh saya memang nak sangat masuk IPG, Matrikulasi hanya pilihan kedua. Saya pun kalau boleh tak nak masuk U lagi.

Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum,

Hari ni saya telah pun pergi ke UKCG di IPG Kampus Temenggor Ibrahim. Ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Kecerdasan Fizikal. Saya tiba di sana pukul 7.30 pagi dan ujian bermula pada 8.30 pagi. Calon tidak perlu berdaftar dulu dan terus masuk ke dewan peperiksaan. Benda yang boleh bawa cuma pensel, pemadam, surat tawaran, surat slip kedatangan dan ic sahaja. 

Sebelum peperiksaan bermula, saya tunggu di pintu depan dewan peperiksaan dan tertampal senarai nama dan meja semasa peperiksaan di papan kenyataan luar dewan. Perlu ditandatangan dan saya meja yang ke-73. Memang jauh -,- Ada 100 kot calon yang tersenarai. Tetapi tidak semua hadir. Alhamdulillah, sikit jea tinggal daripada berpuluh-puluh ribu! Ada dua bahagian yang perlu dijawab. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan. Masanya hanya 45 minit. Saya cukup-cukup jea. Tak susah. Sebab ia berkenaan dengan personaliti kita. Bahagian A ada dua sahaja pilihan jawapan A ata B. Manakala bahagian B ada empat pilihan jawapan. Memang sejuk sangat dewan tu. Dan serius! Macam SPM rasanya.

Next, lepas habis jea Ujian Bertulis terus pergi ke bilik lain untuk mengambil Ujian Kecergasan Fizikal. Dimulakan dengan menimbang berat badan dan ukur ketinggian di stesen 1. Berat saya 44.6 kg dan tinggi 153 cm. Saya berada dalam keadaan yang tidak normal kerana saya mempunyai BMI 16. Saya tak pasti BMI atau bukan. Sebab orang lain yang akan kirakan. Setahu saya, saya dah masuk lingkungan 18. Oke, lepas tu kita akan ke stesen 2 hingga 5. Stesen 2 ada ujian Bangkit Tubi Variasi. Saya dapat markah penuh. Stesen 3 ada ujian Kilas Sisi saya dapat 35 sahaja. Jadi saya dapat markah 12. Kalau 40 dapat markah penuh 15 markah. Saya tak sanggup nak buat percubaan yang kedua sebab penat sangat! Stesen 4 pula Quadrant Jump. Ini pun agak mencabar. Tapi dengan sekali percubaan saya berjaya mendapat markah penuh! Alhamdulillah. Kat sana memang banyak sangat abang-abang dan kakak-kakak yang akan catat markah kita. 

Dan yang terakhir... Dan yang PALING MENCABAR!!! Ujian Bleep. Ujian ni kena lari ulang-alik macam saie (Bak kata mak cik duduk sebelah saya) Mula sahaja beep terus lari.. Ada dua kon. Satu permulaan dan lagi satu tandanya tamat. Berlari dari satu kon ke satu kon tersebut. Kita perlu sampai ke kon sebelum beep berbunyi. Ujian ini ada 6 level, dalam setiap level tu ada pecahan lagi dalam 8 pecahan. Jadi 8 x 6 = 48 kali!!! Saya rasa saya tak habis level satu pun. Dah tak larat... Serius -,- Abang yang jaga saya tu support "Go UK!!" (Abang tu tanya saya banyak kali.. kod kat ic tengah-tengah 87 tu lahir kat mana. Saya cakap kat UK [Macam iklan burung murai tu. BURUNG APA? BURUNG MURAI....]). Haha, Tapi apakan daya... Setakat itu sahaja kudrat yang mampu. Lepas tu kita dah boleh balik. Dan.. Kena naik atas menggunakan tangga yang SANGAT TINGGI. Cuba banyangkan nak pengsan ni -,-

And yet.. Persaingan memang sengit! Ingat jadi cikgu senang.. Ingatkan kalau subjek yang kita suka tu dapat A yang lain tak dapat skor tak guna juga. Jadi cikgu kena sekurang-kurangnya 5A. Lepas tu kena jalani ujian yang mencabar ni. Baru saya faham, jadi cikgu itu perlukan banyak peringkat. Tak macam masuk U biasa. Dah dapat terus daftar.

Tapi, saya sangat bersyukur tak ada ujian tekan tubi!! Rasa lega sangat. Sebab 1 tekan tubi pun memang tak boleh nak angkat badan. Rebah terus. Padahal sebelum pergi ujian ni dah berlatih dulu pumping kat rumah. Semua keluarga saya boleh buat. Saya sorang jea -,- Padahal abang saya yang badan agak besar tu pun boleh buat. Saya yang under weight ni tak boleh buat -,-.

Anyway, ingatkan tak ada kawan dari sekolah yang sama. Sekali ada sorang. Sarah. Dulu kelas 5SN1. Dia dapat Bahasa Inggeris, saya dapat Sains. Padahal dia tengah menjalani PLKN dia ambil cuti. Mesti penat. Saya kumpulan ke-3 PLKN. Rasa resah jea kenapa dapat kumpulan last. Ramai orang kata ada masalah disiplin kalau last-last ni. Buat takut jea -,-. Ramai yang saya tanya tak adalah yang sama kos sama dengan saya. And yet, ramai ingat saya ambil Agama Islam. Saya tak layak amek kos tu :( Saya tak ambil subjek Al-Quran dan As-Sunnah. Lelaki boleh kira dengan jari jea. Banyak perempuan melayu. So, kena compete laa. Ada sorang OKU dan ada sorang baru jea menjalani pembedahan 4 hari yang lepas. Kesian sangat.. Jalan pun sakit-sakit. Ada sorang ni pula comel. Dia kecil jea. Berat pun 37 kg tinggi 144 tak silap. Macam adik saya yang darjah 5.

Nama pun pengalaman :) Jika rezeki saya lulus UKCG ni saya akan pergi temu duga pula. Apa yang penting saya dah buat sehabis baik.  Tinggal menadah tangan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan dan diterima. Ameen.

Wednesday, April 9, 2014

Gila lilin :D

Assalamualaikum,

Sebelum saya bercerita tentang lilin saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Saya berdoa dan berharap agar dapat diterima masuk ke maktab. Ini baru sahaja langkah pertama. Ada beberapa langkah lagi yang diperlukan sebelum dapat masuk ke maktab. Doakan terbaik buat saya kerana saya akan menduduki Ujian Bertulis dan Ujian Kecerdasan Fizikal 15 April ini.


Okie dokie! Saya pun tak tahulah ini merupakan hobi baru atau sekadar suka sementara sahaja. Yea.. Saya suka lilin wangi or aromatic candle etc. Seriously, saya pegi AEON saya rasa macam nak beli lilin. Dan saya beli. Haha, lepas tu, tengah clearance sale pulak :D Cantek!! Haha, so saya pun beli dan terus pasang kat bilik saya. Saya pasang 2 di sebelah katil, 2 di sebelah meja dan 1 di bilik air. Bukan yang besar. Yang comel-comel tu :3



Bila bau lilin ni.. rasa sangat nyaman. Tak macam sesetengah pewangi atau air freshener tu. Terlampau sangat. Tapi lilin ni baunya maintain jea. Tapi, saya masih lagi mencari bau yang saya inginkan. Mungkin bau makanan atau lebih kepada citrus. Yang saya jumpa banyak vanila, serai, apple, lavender.. Saya cuba cari lilin yang luar biasa namanya,bau yang tenang dan harummm :)



Thursday, April 3, 2014

Saya lulus ujian berkomputer!!!!

Assalamualaikum,

Pagi tadi pukul 7.30 pagi dah bersiap untuk pergi ke tempat ujian ini dijalankan pukul 8.10 pagi kakak Siti datang jemput saya dan saya mula mengambil ujian dalam pukul 9 lebih. Saya semak kerana saya tak nak pisang berbuah dua kali. Dalam 17 minit terakhir tu saya menamatkan ujian saya dengan tangan yang gentar nak tekan 'Ya'. Kumpul tenaga dengan lafaz Bismillah saya tekan. dan dia keluar 'Keputusan'. Saya tekan dan......

I GOT 49/50!!!!

Alhamdulillah. Oke fine, over excited. Ini baru langkah kedua. Lepas ni kene pegi Teori pula. Kena jumpa cikgu garang lagi kat JIMA. Sampai tengahari pula tu. Saya keseorangan dan tidak bersama Mariam. Saya budak baru belajar. Saya baru nak kenal erti kehidupan dan kehidupan luar yang baru saya nak terokai. Jadi.. saya tak tahu sama ada saya boleh survive dengan kehidupan yang banyak liku, onak dan duri ni. Well, itulah yang perlu kita lakukan sebagai seorang manusia yang meningkat usia dan sudah tiba masanya untuk berdikari...-,-

Tuesday, April 1, 2014

Saya bebas daripada rabun warna :D

Assalamualaikum,

Hari ni saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah sebenarnya Klinik Mahmoodiah sebagai pesakit luar bagi mengesahkan saya rabun warna atau tidak. Alhamdulillah there's nothing wrong with my eye. Actually, sebelum saya pergi jumpa doktor pun saya dah google tentang rabun warna ni dan sebenarnya perempuan mempunyai peratusan yang sangat rendah untuk mendapat penyakit rabun warna ni. Lelaki kebanyakan akan menghidap penyakit ini. Kalau nak informasi lanjut sila google kenapa. Kerana ia berkaitan dengan masalah gene.

Klinik kerajaan.... Ramai gila orang dan seriously, bukan kena pegi satu bilik dan satu kauter. Kena pergi  beberapa. Bilik nurse dan baru boleh jumpa doktor. Actually, doktor cuma buat pengesahan. Kita kena menjalani pemeriksaan dengan nurse dulu. Nurse yang suruh kita baca tu dan tengok tu. Ermm, dia suruh saya buat test yang penglihatan 6 meter. Yang huruf tertera kat cermin tu. So far, my eyes do it so well. Dia suruh kita tutup mata kanan dan baca. Lepas tu diikuti mata kiri pula. Tanpa menggunakan cermin mata. Test yang kedua dia suruh kita kenalpasti nombor yang dalam bulatan yang macam kat ujian penglihatan biasa jea. So, saya lulus. Doktor pun cakap, semuanya ok kenapa awak tak pass ujian tu. Nurse pun cakap. Saya cakap laa agaknya tersalah tekan sebab terlalu nervous dan rasa benda tu kacang gila nak mampos!! Yelahh, saya belajar daipada kesilapan. 

Sedara saya yang belah Singapura pun tak lepas ujian memandu test drive tu lagi. Dah berapa kali cuba. Ada 2 orang sedara saya. So, saya rasa....KITA GENG *terharu. Haha... Sekarang ni tunggu surat daripada jpj pulak sahkan dan boleh amek ujian tu lagi. Sekarang saya dah struggle balik nak amek test. Ambik SPM pun tak nervous sangat tau. Sebab ia bertulis bukan tekan. So, kita dapat betul-betul pastikan apa yang kita buat. Apapun.. Doa senjata orang mukmin :D

Sunday, March 23, 2014

Exora Premium :)

Assalamualaikum,



Kami telah pun memiliki Exora Premium ni :) Baru sampai petang tadi. Kereta Innova telah dijual dan ayah saya menggantikannya dengan Exora ni. Sebenarnya saya dan mak saya nak Exora Prime.. Tetapi disebabkan ia rugi satu seat, ada gps dan aksesori kereta yang mewah yang menjadikannya lebih mahal RM8000, jadi ayah saya rasa tidak logik dan memandangkan kami mempunyai keluarga yang besar so ini adalah hasil perbincangan kami, Exora Premium.

Kereta ni ada DVD player ditengahnya dan ada reverse camera. So far ok lah. Cuma saya rindu Innova yang dulu. Huhu, sebenarnya Innova sudahpun 7 tahun. Jadi, pelbagai ragam yang kereta itu buat. Enjin mati di tengah jalan. Cuba betulkan pun tak betul-betul. So yah, kena lepaskan. Saya cuma tak suka satu jea pasal kereta ni. Dalam kereta jenama Proton, semua warna hitam. Saya tak suka warna hitam di dalam. Kalau sakit, bertambah sakit kalau tengok warna hitam. Tak taulah. Agaknya saya baru jea baik demam kot. 

Bayangkan seminggu saya demam, sakit tekak, Dua hari kat tempat tidur dalam bilik. Memang seksa hidup tanpa nikmat kesihatan. Satu hari sebelum dapat result SPM baru saya baik. Baru ada selera makan. Berat badan pun dah naik semasa cuti ni. Sekarang saya 43 kg. Haha, BMI saya dah normal, dah tak under weight. 

Anyway, semalam punya semalam sedara saya datang rumah, order pizza. Lepas tu ayah saya bagi alasan untuk celebrate result saya. Lepas tu hari ni kata, kereta Exora ni hadiah result saya jugak. Haha, kan -,- Takdelah, ayah saya gurau jea. Takpelah, yang penting result saya ni membanggakan ibu bapa saya walaupun kawan-kawan saya yang lain dapat naik pentas sebab result cemerlang. Yelah, selama ni apa yang kita minta, mereka semua tunaikan. Nak kamus elektronik laa, buku rujukan laa. Sekarang ni diorang suka dengar result saya dah bersyukur sangat! Alhamdulillah mungkin ini hikmah disebalik perkara hitam yang menimpa saya ;)

Friday, March 14, 2014

Home made ice-cream :)

Assalamualaikum,
Hari ni saya buat ais krim sendiri di rumah memandangkan cuaca panas. Tapi, tekak tengah sakit ni. Takpalah. Memang mudah dan resepinya tidak sama dengan resepi-resepi ais krim yang lain.


Dah kena senduk dek orang. Haha, Takpalah..


Resepi ni memang mudah dan rasanya sedap. Memang tekstur dan rasa seperti ais krim vanila yang ori cuma mungkin rasa krim dia lebih kerana pakai whipping cream. Dan resepi ini berinspirasikan video di bawah:



Wednesday, March 12, 2014

Saya gagal..

Assalamualaikum,

Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP test hari ni. So.. Yea. Saya menaip dengan perasaan duka dan anda pun sudah tahu mengapa. Mungkin terlalu awal untuk saya mengambil KPP test ni. Dengan fizikal dan mental tidak bersedia mungkin.

Memalukan? Yea.. Sebab? Saya gagal di ujian penglihatan lagi! Yea, saya tahu. Benda yang tidak dijangka. Saya telah buat latihan di buku. Saya pun tak tahu. Masa sampai di tempat nak ambil ujian tu dikenakan bayarang RM10 untuk ambil gambar. Nama dipanggil dan pegawai di sana berkata "Komputer no 2, pilih orang awam.". Saya pun masuk dengan nervous. Komputer kat sana memang yang lama punya. Keyboard pun keras jea. Saya pun agak kekok sebenarnya nak guna komputer yang dah lama saya tak guna. Hmm, Saya isi no kad pengenalan dan pilih orang awam. Saya pun menjawab soalan. Ada 8 soalan. Dan semuanya sangat mudah. Setelah selesai menjawab 8 soalan, dia memberi dua pilihan iaitu Selesai atau Semak. Saya betul-betul ingatkan ada 50 soalan lagi nanti semak bersama-sama. Jadi saya tekan laa Selesai. Dan dia tulis anda gagal 7/8. Sekali lagi diberi peluang untuk menjawab dan saya tak semak. Sebab saya dah yakin dan baca jawapan betul2 cuma tak semak semula. Jawapan sama yang diberikan 7/8. Saya salah satu jea. Dan satu itu menjadi tanda tanya. Kedua-dua tersebut merupakan soalan yang berbeza. Saya ingatkan komputer tu rosak kea apa.. Jadi saya tanya kakak kaunter tadi rosak kea apa. Lepas tu dia kata "Awak ada jawab warna salah ea tadi?" " Dah habis, tu jea". Saya pun macam pelik jea laa. Nak jawab tak macam.. Hmm, 

Sementara Mariam masih ada di dalam sambung mengambil ujian. Nak nangis kat situ tak boleh pun. Tunggu Mariam lebih kurang 15 minit, saya pun msg mak saya mengatakan saya gagal. Mak saya kata takpa cuba lagi. Tapi sebaknya tuu. Hari ni saya pakai kasut baru yang dibelikan oleh ayah dan mak. Jadi, saya ingatkan saya boleh buat sehabis baik. Mariam lulus dengan 45 markah. Dia baca secara kasar. Lagipun Mariam kerja di siang hari sedangkan saya goyang kaki di rumah. Cuma Allah jea yang tahu betapa malunya saya masa tu.. Ujian warna.. GAGAL!

Kesedihan bukan habis di situ. Dengan gagalnya ujian tersebut maka serta merta nama saya dah di black list-kan daripada mengambil ujian, saya tidak layak melakukan ujian ini semula. Kalau nak bersihkan nama balik kena tunggu proses yang rumit jugalah. Bukan setakat bayaran. Oleh kerana gagal ujian warna tersebut, saya perlu menunggu surat JPJ yang diuruskan kak Siti Hawa, saya perlu mendapatkan surat tersebut dan pergi ke hospital kerajaan dan mendapatkan tanda tangan doktor yang nanti memeriksa saya. Dapat rasakan tak? Saya tahu laa sejak semalam saya rasa demam dan tekak pun rasa macam bengkak jea.. Adakah ia faktor menyumbang kepada kegagalan ini? Tapi, berkemungkinankah saya rabun warna? :( Rabun warna tak boleh amek lesen. Tapi, ye kea?!! Selama ni tak pernah pulak salah warna. Hmm, 

Rasa bahagia bila dapat sokongan daripada ibu bapa. Terima kasih mak, ayah ;)

Alhamdulillah hujan lebat sekarang, dah lama tak hujan panas memanjang. Rahmat turun semasa saya bersedih..

Apakah hikmah disebalik kesedihan ini Ya Allah?

Saturday, March 8, 2014

Hari pertama di institut memandu

Assalamualaikum,

Yea, saya pelajar lepasan SPM yang baru sahaja nak mengambil lesen. Dan saya tahu ramai yang sudah dapat lesen pun. Tahniah. Disebabkan Mariam ingin mengambil lesen sekarang, jadi saya mengambil kesempatan untuk mengikutnya juga. Saya daftar di J.I.M.A Sdn Bhd. Saya amek lesen kereta sahaja. Ada 16 orang dalam kelas tu. Memang kita tak berkenalan sebab mereka yang lain umur berbeza-beza. Dan beberapa orang jea yang umur sama, dua orang kot campur Mariam.



Tak nak cerita panjang. Sebab hari pertama memang pagi sampai petang. So ya. Guru2 pun menerangkan secara ringkas dan kita kena baca sendiri yang lain. Saya lebih rela belajar bio satu hari.. Seriously, I mean belajar secara mendengar dan mencatat sahaja. Seriously, belajar macam orang yang dah besar. And yet, asek kena tanya soalan jea. Padahal hari pertama. Saya tak sempat buat apa-apa dan dia tanya soalan yang agak mencabar minda. Tanya kelajuan di hadapan sekolah berapa, tanya Malaysia ada berapa wilayah, tanya Malaysia ada berapa buah negeri, tanya perbezaan peraturan dan undang-undang, tanya siapa yang layak menggugurkan lesen. Tanya blind spot tu apa. Seriously, saya dah fokus semaksimum mungkin dan cuba memahami. Sepanjang cuti, saya memang buka dokumentari tapi tentang orang istimewa. Bukan pengetahuan am ataupun pengetahuan dunia teknologi. Disebabkan segalanya dalam 1 hari, Mana mungkin saya tahu satu buku tu? Saya belum ulang kaji dan tanya soalan yang mencabar.. 

Kursus KPP ni ada 2 sesi. Sesi yang pertama dengan Cikgu Ab. Rahman. Umurnya dalam lingkungan 50 tahun. Dan dia hafal setiap yang mukasurat buku panduan memandu tu. Serius.. Tiba-tiba nanti dia suruh buka mukasurat itu.. no itu.. yang bertajuk itu.. SERIOUSLY, gila banyak dah dia ulang baca buku ni. Saya tahu dia banyak sangat ilmu sampai semua keluar, geografi, matematik, kejuruteraan makenikal, bahasa malaysia semua keluar. Dia kata salah kita cakap melanggar double line. Sepatutnya, memotong double line. Okee. Harder than I thought. Biasalah orang yang sangat prihatin serta bertanggungjawab terhadap pemanduan. Mereka sangat menitik beratkan segala aspek. Saya macam budak darjah satu tiba-tiba masuk kelas darjah 6. Yang saya tahu start kereta jea.

Sesi yang kedua pula, dia tak bagi tahu nama dia siapa dan berumur laa juga. Yea, kedua-dua sesi ni menanyakan soalan secara individu mahupun semua tapi seorang demi seorang. Memang dia tanya secara spontan.. Kadang-kadang dia tanya tu tiba-tiba jadi saya yang fokus ni tiba-tiba tersentap dan lambat jawab.. So yea Sometimes, ada laa dia sindir-sindir kan. Well, suatu tempat yang menempatkan orang-orang yang dah DEWASA jadi mungkin dia ingat kita dah biasa. Dia dah mengajar bape tahun. Saya budak baru belajar. Terima kasih cikgu, saya belajar daripada kesilapan. Hari ni memang banyak info dunia serta yang lain yang saya dapat. IDK, tapi saya kuatkan diri. Sindiran bukan batu penghalang untuk saya lulus ujian memandu. Since hari ni baru dapat buku, so In Shaa Allah saya akan study. Nasib baik yang ajar kita latihan tu nanti akak yang peramah serta baik. Saya tak lah banyak pengalaman kan. Jadi apa salahnya kalau baru nak timba pengalaman. Lepas ni saya akan mengadiri kelas lagi pada hari Rabu akan datang. STUDY!!! Dah lama tak bukak buku. Dah berapa bulan -,-

So that's all. Btw, saya jumpa
Dia..

Dan saya tak jangka dapat jumpa dia. Setelah beberapa tahun..But kami cuma buat tak nampak, mungkin saya jea.. Hmm.

Saturday, March 1, 2014

Sambungan Jangan Baca Novel Ni?!

Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, diantara hobi saya ialah membaca novel. Hobi ini sebenarnya kian merundum disebabkan beberapa faktor. Antaranya, harganya yang agak mahal dan sekarang duit mingguan yang saya dapat daripada ayah saya pun tidaklah banyak mana pun. Tambahan pula saya ni tak bekerja sepertimana rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tanpa membuang masa, saya ingin berkongsi berkaitan dengan novel ni:

Sumber: Google
Novel apakah?! Tanpa tajuk dan kulitnya hitam tanpa sepatah kata mahupun satu huruf?

Sebenarnya, novel tersebut merupakan sambungan daripada novel yang telah saya nyatakan pada tajuk di atas. Agak menarik dan saya pun baru membelinya. Saya mendapat info tentang buku ini daripada FB Fatin Diana, seorang blogger terkenal. Ni belakang buku:

Sumber: Google

Okie fine, buat teman tidur nanti :D Saya tak tahu, saya macam tertarik dengan misteri dan hantu bagai ni. Entah kenapa. Hmm, beberapa minggu yang lalu saya teringin nak tengok balik cerita seram yang saya takut gila dulu! Cerita seram yang bertajuk LEPRECHAUN keluaran tahun 1993. Selalu tergambar hantu tu kat bawah katil.. dan kat mana-mana jea. Lagi-lagi kalau sorang-sorang.. Masa kecil.. Dan yes Chucky.. Hantu tu -,- 





Nevermind, Beberapa minggu lagi keputusan SPM keluar.. Haha.. -,-



Tengok! Ada pelangi dekat rumah Totol :D Macam tulah keajaiban yang saya inginkan untuk result saya..

Totol makan ikan mati jea.. Dia tak ganas, baik jea.





Saturday, February 15, 2014

I got a new pet!

Assalamualaikum,

Haiwan peliharaan seperti kucing dan ikan hiasan sering kali pilihan utama pencinta haiwan kerana sifat dan ciri-ciri yang lain. Enough with that intro and straight to the point. Kami sekeluarga menerima ahli baru! And guess what, kita akan memelihara kura-kura dewasa. Selalunya orang lain punya comel-comel kan. Tetapi, kita besar punya. Namanya Totol. Adik saya berumur 5 tahun memberinya nama tersebut berinspirasikan ninja turtle. Disebabkan adik saya pelat, sebutan turtle menjadi totol. Hehe. 

Macam mana kami dapat? Well, abang saya selalu memancing di TASIK UTM. Tiba-tiba kura-kura tersebut berjalan..? merangkak di sisi abang saya dan abang saya pun ambil dia. Totol merupakan kura-kura jantan dan spesisnya adalah biasa. 

Pada mulanya, memang saya geli-gelaman nak sentuh dia. Tapi, lama-lama dah ok :)

Totol diletakkan di dalam akuarium sekali-sekala untuk berenang :)

Dan ini tempat tidur dia :D Totol tengah tidur. 

Kadang-kadang kami akan biarkan Totol berkeliaran di rumah.

Saya telah membuat no bake cheese cake. Sebenarnya menggunakan sedikit nutella kedalam adunan cream cheese. Tapi, nutellanya tak rasa sangat. Crustnya sepatutnya menggunakan regular vanilla cream Oreo tapi masa itu saya cuma ada grape ice-cream flavour. Sedap :)

 Kali pertama membuat cheese cake :o


Dan saya juga telah membuat kek kukus coklat bersama chocolate ganache sebagai frostingnya.

 Oke, sprinkles tu sebenarnya saya tak nak letak. Disebabkan banyak sangat sprinkles kat rumah dan takut expired so saya pun letak di atasnya.

kek dan topingnya.

Friday, February 7, 2014

Title-less

Assalamualaikum,

Bismillah (Memulakan sesuatu)
Yes, saya disini ;)

Tetiba rasa mengamati lagu Let her go. Rasa terimbau pula kenangan lalu. Rasa macam banyak yang telah saya lepaskan ;) Sadisss. Bolehkah membawa diri seorang diri? Pendamping sementara apa yang kita jangka? Idk, saya rasa macam ketinggalan sesuatu yang sangat bermakna. Penyesalan tanpa henti. Pelik? kan. 


Just keep on going. Tak payah kesah dengan orang yang tak perlukan kita. Tak suka kawan makan kawan. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu daripada kebaikan yang kita taburkan kepada seseorang. Tapi sayang, niat kita sudah berdebu. Tidak lagi untuk mendapatkan redhaNYA. Buat apa kan? Jadi, Biar semua orang murka tapi jangan sesekali Allah murka kita kan? Dunia ini ujian.

Pernah terfikir, siapa nak tolong bagi pahala kat kita nanti masa kat padang mahsyar? Semua terumbang-ambing dengan dosa sendiri. Akhirnya, kita kena selamatkan diri kita sendiri. Buat apa nak tambah dosa. Insha Allah, saya nak tanam azam. Tapi azam ni dah lama sebenarnya, saya nak mendalami isi kandungan Al-Quran. Selama ini saya cuma baca tanpa menghayati. 

Allah tidak gemar dengan orang yang terkenal. Biarlah orang mengata. Awak memberi pahala awak kepada saya.

Terima kasih Ar-Rahman, memberi kebahagian dalam lautan keperitan ini. Alangkah bertaburan nikmat yang saya rasai.


Indah sebuah persahabatan itu kalau dijaga. Indah ikatan itu jika bersatu. Anyway, last day sebelum SPM. Meja saya depan meja ni. Pakai tudung sekolah. Macam skema pulak kan.

Alhamdulillah (mengakhiri sesuatu)

Thursday, February 6, 2014

Kek coklat, hanya memerlukan 2 bahan sahaja?!

Assalamualaikum,

Terpulang kepada anda mahu percaya ataupun tidak. Dengan hanya menggunakan telur dan coklat masakan anda mampu menyediakan kek coklat. Nikmatilah video yang saya sediakan:


Kek ini memang akan bantat kerana tiada langsung penambahan ramuan yang boleh membangkitkannya menjadikan ia bentuk kek yang sempurna. Don't judge book by its cover kan? Saya ada recreate dan ini hasilnya. Memang tak cantik.. Tapi, kek ni sesuai untuk orang yang tak ada idea nak buat apa dah -,-

Mine ada tekstur seperti brain kat atas dia. Actually saya sapukan home made rosselle syrup dan taburkan gula aising.

Secara jujur, kek ni memang rasa kek coklat. Selamat mencuba!

Thursday, January 2, 2014

Perkembangan saya sebagai pelajar lepasan SPM :D

Assalamualaikum,

Selepas kebosanan memanjang layan drama korea  (Saya sudah cuba sedaya upaya untuk meminati drama korea, memang tak serasi dan saya ta boleh teruskan dan saya sedar banyak masa telah terbuang), saya cuba bangkitkan minat saya yang kian kecundang gara-gara SPM sebagai batu penghalang dengan kembali bermain perkakas serta barangan dapur dan campur adukkan bahan-bahan dan terciptanya sesuatu daripadanya. Puihh! terbelit-belit ayat -,-. Haha, terbiasa dah formal dalam penulisan. 

Saya cuba berbagai resepi dan kebanyakannya terdiri daripada sajian petang dan manisan. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Nimatilah gambar daripada kamera yang tidak berkualiti tinggi ini!

Choco Mousse Brownies 

 Oopsss -,-

 Mini pavlova :3

 My first ever bread!! Haha, saya tak pandai nak ratakan permukaan roti.. So, memang hodoh -,-

 Sausage roll :)



 What you call this? (BTW, saya guna resepi roti yang sama dengan sausage roll)
 Cream puff (entry sebelumnya sudah pun disediakan)

But! Satu lagi yang masih lagi belum selesai. I mean, hajat saya sejak SPM belum bermula lagi.. Saya teringin sangat nak buat apple pie. The perfect one! Serve with vanilla ice cream. Tapi, saya masih mencari dan terus mencari resepi serta masa yang sesuai untuk memulakan misi tersebut. Saya dah cuba beberapa kali tetapi hasilnya tidak sebaik yang disangka. Saya inginkan crust yang tidak rapuh dan inti yang tidak terlalu manis. Inilah homework saya ketika cuti yang sedang berjalan ini. Perlu buat research! :D




Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...