Friday, April 27, 2012

Aku tahu kau tak peduli..


Yes, Apa yang saya maksudkan dengan post title diatas? Dear classmates, saya akan melanjutkan percutian saya sampai hari Selasa! As you all knows.. Selasa hari pekerja kan? Saya ambil cuti hari Isnin. Yea, althought suka pasal tak payah belajar Math, Addmath, Chemist... Wel, ayah saya ajak pergi ke Seremban atas urusan kerja disana. Kenapa ajak? Err, ntah :

Ayah : Masturah takda periksa kan Isnin ni?
Saya : Takda..
Ayah : Nanti ikut ayah pergi Seremban.
Saya : Err, tapi kan nak dekat periksa. Nanti cikgu bagi benda yang penting?
Ayah : Alaa, nanti tanyala kawan.
Saya : Oky. (sedih)

Dah habis baca? Hmm, tapy, kalau aku ikut pun aku terperap dalam hotel tak tahu nak buat apa. Boleh percaya kea aku belajar kat sana? Aku rasa makan, tidur, tengok tv dan ulang balik benda yang sama. Saya nanti dekat Seremban 3 hari 2 malam! OMG, Sudahlah saya tak datang hari Isnin, nanti lusa (Ahad) saya tak datang teknik menjawab darjah khas pula! Macam mana kalau Ustaz marah -,-. Padahal dah cakap awal-awal.

Andd, kesedihan bukan sahaja berakhir di situ. Yang paling saya tak boleh lepaskan.. 

Saturday, April 21, 2012

Rocket Super Generation selamat dilancarkan tadi

Kinda Yay! Haha, aku ingat kiteorang punya tak jadi, tapi alhamdulillah, dengan izin-Nya menjadi laa rocket kiteorang. Yang masuk 30 group, kite yang ke-10 ! Pagi tadi hujan di sekitar daerah skudai dan sewaktu dengannya. Memang buntu gila, macam mana nak buat pertandingan masa hujan? Err, terpaksa belajar waktu yang pertama hingga ke-tiga.

Lepas tu, macam biasa, *bunyi macam van ice-cream, pengumuman yang melibatkan kiteorang pun di-announcekan. Tapy, masa tu hujan renyai-renyai lagi. Tapi, kene buat jugak. Oky, time kiteorang aku 'tukang tarik tali'. Mariam 'tukang pegang board supaya tak bergerak' dan Ain sebagai 'tukang pam :)'. Part paling best masa air tu tepercik kat kiteorang. Macam ape sehh muka. Tu yang untuk target laa. Yang parachute tu pun kiteorang tak sangka yang parachute tu terbuka! Punye laa macam apa kan kiteorang, siap Yay lagi. Tapi, lupa kon tercampak kat mana. Nasib baik ada hamba Allah bagi kat kita. Cuba bayangkan kita pakai plastik sampah yang warna hitam tu? Yang berat, tebal.. Haihh, memang putus harapan masa fikir pasal tu.

Although kita tak menang, at least pengalaman tu dah ada kan? Manalah tau, kalau ada rezeki, tahun depan nak cuba lagi XD. Tapy, kita tak dapat bayangkan muka kita masa tarik tali tu sekuat hati -,-. Mesti teruk gila kan? Kalau ada orang amek gamba, kita tatau laa nak cakap apa -,-

Friday, April 20, 2012

Water rocket? Err..

Yea yea, assalamualaikum :)
Apa maksud saya dengan tajuk kali ini? Oky, straight to the point, Kiteorang (Saya, Siti Fatimah MasturaH binti Musa, Mariam binti Mohd. Azhar dan Ain Khadijah) masuk pertandingan water rocket bersempena dengan bulan sains dan teknologi! Yea, memang saya tak begitu aktif bab-bab masuk pertandingan or other stuff like that. Kalau tak aktif, kenapa aku masuk? Sebab... Cikgu Fizik, Pn. Fabilah menggalakkan memaksa kiteorang masuk dengan beralasankan ini adalah salah satu aktiviti dalam fizik yang kamu belajar." So, saya nak semua orang masuk". Tak semua laa orang yang masuk water rocket kat kelas saya. Yang lain, dieorang masuk pertandingan cooking solar, solar car, explorace dan lain-lain.

Guess name group kiteorang apa? 'Super Generation'! Bhahaha, tapi, nama group ni bukan daripada aku mahupun mariam tapi, ni hanani punya laa. Hasil gabungan SUPER JUNIOR + GIRLS GENERATION. Yea, Hanani memang kreatif bab-bab macam ni :). Najwa dengan Farahin pula 'One Direction', katanya, "kan rocket tertumpu dekat satu arah kan? So, aku bagi laa nama one direction". Manakala Hanani dengan Amalina pula, nama dia 'Super Direction', tahu jea laa kalau ada hanani, so nama kumpulan diorang daripada nama SUPER JUNIOR + ONE DIRECTION bergabung! Oky, memang merepek, tapy kekadang gelak juga bila terfikir balik.

Pertandingan tu bermula pada hari esok iaitu hari Sabtu bersamaan 21 April 2012. Oky, aku memang takda pengalaman bab-bab water rocket ni. Tapy, kalau tak masuk, esok kene belajar. Cewahh, menunjukkan kemalasan -,-. LOL. Periksa lagi bape minggu jea mana bole macam ni. Tunggu jea laa esok jadi apa. Tady, dah cuba buat dari tingkat 4 aku tunggu kat bawah, dia jatuh dalam masa 4 saat jea! Oky, actually, kita kena buat 2 rocket. Satu untuk rocket tu mendarat tepat pada sasaran dan yang lagi satu, nak dia berada di udara selama yang boleh. 4 saat? Apa yang boleh korang cakap? Seriously, cepat gila. Aku tak sempat tarik nafas yang kedua, dah sampai dah kat bawah -,-. Ahaha. Pffttt..
 
Siti Fatimah Masturah Official Blog