Posts

Showing posts from May, 2014

Saya dah dapat lesen :

Image
Assalamualaikum,
Pada 20 Mei yang lalu, saya telah menjalani Ujian memandu dengan pegawai JPJ. Alhamdulillah, dengan sekali percubaan saya lulus dengan mudah. Ujian di litar mengambil masa dalam 5-8 minit sahaja. Ujian memandu di jalan raya pun begitu. Allah memakbulkan doa saya supaya dimudahkan. Saya diberi jalan yang paling pendek dan saya tak sempat untuk menukar gear 2 pun. Hari saya ambil ujian ni ada 120 lebih calon. Jadi sampai petang baru laa ujian ini berakhir. Biar saya ceritakan pengalaman berharga ini.




1. Saya menguruskan pendaftaran dan mengambil no giliran. Saya dapat no 36 sesi 2. Maksudnya saya sesi yang agak jauh. Setiap sesi ada 50 lebih orang.
2. Saya menunggu di dalam bilik yang berhawa dingin. Menunggu untuk buat ujian litar. Dalam saya menunggu giliran saya, 4 orang sebelum saya semua gagal.. Saya dah rasa gundah-gulana. Ramai gagal sebab kat bukit jea dah panik. Banyak yang mengundur ke belakang balik. Diorang panik sebab lepas dah angkat tangan, pegawai tu te…

Saya pilih Uitm, akhirnya.

Image
Assalamualaikum,


InsyaAllah saya akan ke UiTM Puncak Alam. Asasi Sains... Yea, memang perlu belajar bersungguh-sungguh. Belajar apa je yang senang kan? Saya sahut cabaran ini. Walaupun mula-mula berat..
Temuduga IPG TIDAK AKAN SAYA HADIRI kerana saya ingin membuka peluang kepada orang lain pula.
Semoga segala proses dipermudahkan oleh Allah. Ameen.

IPG? UPU? Matrikulasi??!

Image
Assalamualikum,

Alhamdulillah, tempat untuk saya melanjutkan pelajaran luas. Keputusan UPU saya:


Saya berpeluang ke Matrikulasi, saya berpeluang menghadiri temuduga IPG dalam bidang Sains (SK) dan Asasi Sains di UITM.
InsyaAllah solat Istikharah itu saya akan lakukan. IPG saya tidak tentu dapat. Ayah saya menyokong penuh ambil Asasi tersebut. Saya.. ragu-ragu. Sebab saya tak yakin kepada diri saya yang saya boleh lakukan yang terbaik. Sebab SPM saya pun.. Bio dapat B. Tapi, Alhamdulillah Fizik, A- dan Kimia, A+.
Ayah saya kata bolehh. Ayah saya kata pun dia tak sangka dia dapat jadi macam sekarang. Ayah saya kata budak-budak pandai semua masuk UM, UPM dll. Jadi, UITM ni boleh laaa. Saingan sesama sendiri. Hmm, Kalau tak ambil Asasi macam rugi. Kalau dapat CGPA 3.50 keatas ada peluang untuk melanjutkan ke program Farmasi, Perubatan atau Pergigian. Kalau CGPA 2.50 ada banyak program lain berkaitan Sains contohnya Sains Kesihatan. Kalau tak ambil IPG pun macam rugi.. Sebab kerja itu past…

Dah sampai masanya untuk pelajar lepasan SPM 2013 sibuk!!

Assalamualaikum,
Tingkatan 6 telah membuat pendaftaran, Matrikulasi pula akan membuat hari pendaftaran pada hujung bulan ini. Sibuk?! Semestinya laa kan? Nak beli barang-barang untuk ke tempat belajar yang telah ditetapkan. UPU juga akan keluar tidak lama lagi. 
Saya akan menghadiri temu duga ipg di Batu Pahat pada 14 Mei. Kali ini saya dapat di tempat yang agak jauh sedikit. Tapi, keluarga saya tidak ada masalah kerana Batu Pahat merupakan kampung saya :DD Sebelum ini saya menjalani UKCG di Johor Bahru sahaja. Perjalanan kira-kira 20 minit sahaja.
Saya juga bakal menduduki ujian memandu JPJ 20 Mei ini!!! Serius, kecut perut dengar ujian ni. Jika ada tips dan kata-kata semangat memang dialu-alukan. Saya memang nak nangis dengan ujian ni.. Macam tak ada keyakinan. QTI hari tu ok sebab mereka memang memberi peluang luas untuk lulus. Walaupun saya lupa tukar gear yang lebih rendah ketika kereta sedang perlahan. Teruknya!! Bukan itu sahaja. Semasa sampai di institut memandu, saya ingin m…