Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum,

Hari ni saya telah pun pergi ke UKCG di IPG Kampus Temenggor Ibrahim. Ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Kecerdasan Fizikal. Saya tiba di sana pukul 7.30 pagi dan ujian bermula pada 8.30 pagi. Calon tidak perlu berdaftar dulu dan terus masuk ke dewan peperiksaan. Benda yang boleh bawa cuma pensel, pemadam, surat tawaran, surat slip kedatangan dan ic sahaja. 

Sebelum peperiksaan bermula, saya tunggu di pintu depan dewan peperiksaan dan tertampal senarai nama dan meja semasa peperiksaan di papan kenyataan luar dewan. Perlu ditandatangan dan saya meja yang ke-73. Memang jauh -,- Ada 100 kot calon yang tersenarai. Tetapi tidak semua hadir. Alhamdulillah, sikit jea tinggal daripada berpuluh-puluh ribu! Ada dua bahagian yang perlu dijawab. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan. Masanya hanya 45 minit. Saya cukup-cukup jea. Tak susah. Sebab ia berkenaan dengan personaliti kita. Bahagian A ada dua sahaja pilihan jawapan A ata B. Manakala bahagian B ada empat pilihan jawapan. Memang sejuk sangat dewan tu. Dan serius! Macam SPM rasanya.

Next, lepas habis jea Ujian Bertulis terus pergi ke bilik lain untuk mengambil Ujian Kecergasan Fizikal. Dimulakan dengan menimbang berat badan dan ukur ketinggian di stesen 1. Berat saya 44.6 kg dan tinggi 153 cm. Saya berada dalam keadaan yang tidak normal kerana saya mempunyai BMI 16. Saya tak pasti BMI atau bukan. Sebab orang lain yang akan kirakan. Setahu saya, saya dah masuk lingkungan 18. Oke, lepas tu kita akan ke stesen 2 hingga 5. Stesen 2 ada ujian Bangkit Tubi Variasi. Saya dapat markah penuh. Stesen 3 ada ujian Kilas Sisi saya dapat 35 sahaja. Jadi saya dapat markah 12. Kalau 40 dapat markah penuh 15 markah. Saya tak sanggup nak buat percubaan yang kedua sebab penat sangat! Stesen 4 pula Quadrant Jump. Ini pun agak mencabar. Tapi dengan sekali percubaan saya berjaya mendapat markah penuh! Alhamdulillah. Kat sana memang banyak sangat abang-abang dan kakak-kakak yang akan catat markah kita. 

Dan yang terakhir... Dan yang PALING MENCABAR!!! Ujian Bleep. Ujian ni kena lari ulang-alik macam saie (Bak kata mak cik duduk sebelah saya) Mula sahaja beep terus lari.. Ada dua kon. Satu permulaan dan lagi satu tandanya tamat. Berlari dari satu kon ke satu kon tersebut. Kita perlu sampai ke kon sebelum beep berbunyi. Ujian ini ada 6 level, dalam setiap level tu ada pecahan lagi dalam 8 pecahan. Jadi 8 x 6 = 48 kali!!! Saya rasa saya tak habis level satu pun. Dah tak larat... Serius -,- Abang yang jaga saya tu support "Go UK!!" (Abang tu tanya saya banyak kali.. kod kat ic tengah-tengah 87 tu lahir kat mana. Saya cakap kat UK [Macam iklan burung murai tu. BURUNG APA? BURUNG MURAI....]). Haha, Tapi apakan daya... Setakat itu sahaja kudrat yang mampu. Lepas tu kita dah boleh balik. Dan.. Kena naik atas menggunakan tangga yang SANGAT TINGGI. Cuba banyangkan nak pengsan ni -,-

And yet.. Persaingan memang sengit! Ingat jadi cikgu senang.. Ingatkan kalau subjek yang kita suka tu dapat A yang lain tak dapat skor tak guna juga. Jadi cikgu kena sekurang-kurangnya 5A. Lepas tu kena jalani ujian yang mencabar ni. Baru saya faham, jadi cikgu itu perlukan banyak peringkat. Tak macam masuk U biasa. Dah dapat terus daftar.

Tapi, saya sangat bersyukur tak ada ujian tekan tubi!! Rasa lega sangat. Sebab 1 tekan tubi pun memang tak boleh nak angkat badan. Rebah terus. Padahal sebelum pergi ujian ni dah berlatih dulu pumping kat rumah. Semua keluarga saya boleh buat. Saya sorang jea -,- Padahal abang saya yang badan agak besar tu pun boleh buat. Saya yang under weight ni tak boleh buat -,-.

Anyway, ingatkan tak ada kawan dari sekolah yang sama. Sekali ada sorang. Sarah. Dulu kelas 5SN1. Dia dapat Bahasa Inggeris, saya dapat Sains. Padahal dia tengah menjalani PLKN dia ambil cuti. Mesti penat. Saya kumpulan ke-3 PLKN. Rasa resah jea kenapa dapat kumpulan last. Ramai orang kata ada masalah disiplin kalau last-last ni. Buat takut jea -,-. Ramai yang saya tanya tak adalah yang sama kos sama dengan saya. And yet, ramai ingat saya ambil Agama Islam. Saya tak layak amek kos tu :( Saya tak ambil subjek Al-Quran dan As-Sunnah. Lelaki boleh kira dengan jari jea. Banyak perempuan melayu. So, kena compete laa. Ada sorang OKU dan ada sorang baru jea menjalani pembedahan 4 hari yang lepas. Kesian sangat.. Jalan pun sakit-sakit. Ada sorang ni pula comel. Dia kecil jea. Berat pun 37 kg tinggi 144 tak silap. Macam adik saya yang darjah 5.

Nama pun pengalaman :) Jika rezeki saya lulus UKCG ni saya akan pergi temu duga pula. Apa yang penting saya dah buat sehabis baik.  Tinggal menadah tangan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan dan diterima. Ameen.

39 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi.. saya pun ambil UKCG esok...:D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. temu duga dapat. Tapi tak pegi. Saya masuk palam :)

      Delete
  3. 6A 3B ada hrpn x nk msuk PALAM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada! Pastikan masa UPU pilih ASASI SAINS UITM first skali. Pilihlah palam. Best gila!

      Delete
  4. sis thanks alot for the sharing..it helps me alot..may Allah bless you..do pray for me ukcg for next week :)

    ReplyDelete
  5. Thanks fr sharing sis. nxt week will be my turn fr ukcg. sangat sangat membantu. thanks again :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kongsi , tahniah akak doakan saya sama k

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah :D All the best! :3

      Delete
    2. Msa bangun tubi ada org pgg kaki kita tak.

      Delete
    3. Msa bangun tubi ada org pgg kaki kita tak.

      Delete
  7. Akak. Msa bangun tubi ada org pgg kaki tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap akak laa... Ada kot.

      Delete
    2. Mass akk dlu ada org pgg tak

      Delete
    3. Akak tak ingat sebenarnya.. Tapi.. akak yakin 70% dia akan pegang..

      Delete
  8. Akak. Msa bangun tubi ada org pgg kaki tak

    ReplyDelete
  9. saya esok huuuuu :v .... weyyy ujian semua pakai omr ka ? ade x esei ?

    ReplyDelete
  10. saya esok huuuuu :v .... weyyy ujian semua pakai omr ka ? ade x esei ?

    ReplyDelete
  11. sis.. klu ujian bleep tu x smpai level 3, dlm lingkungan lvel 2 je... prlukan dlm bbrapa kli lari lg utk reach level 3 (minimum prmpuan kn?), but... ujian yg lain² tu smua full mark.. agak².. ada hrapan x lulus? :(

    ReplyDelete
  12. Jangan risau.. Ujian tu memang paling mencabar.. Kte pun berapa round jea.. Yang ujian lain tu kte dapat high mark laa. Alhamdulillah dapat jea interview :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah.. Senang nak lulus ke apa bergantung gak kepada subjek awak tu. Kalau contoh cikgu sejarah nak ramai, maybe senang dapat.. But apa2 pun, doa bebanyak ea :) in shaa Allah dapat :3

      Delete
  15. sorry interrupt again sis.. for subjek tuh.. yg kita mhon... cth rmai yg mohon sma.boleh kata majoriti .. let say, i got A+ utk subjek yg sy mohon course tuh.. rasa²... my chance ada x? n for the rest of other subject, i score well jugak. Semua A yg sy dpt tu, no A-. smua lingkungan A+ n A bulat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ok kot. Since nak masuk ipg sekarang ni susah.. But with good grades I'm sure you deserve to get the interview.. :)

      Delete
  16. hope so.. :) . thanks sis for ur feedback :D

    ReplyDelete
  17. Maaf ya,says mahu Tanya same ada section peniliai yang berada dalam Surat akuan calon perlu diisi oleh sendiri atau bagi pengawas semasa ujian untuk bertulis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak ingat laa kalau pasal borang.. tapi kalau penilai tu saya rasa orang lain yang akan isi..

      Delete
  18. Maaf,nk tnya markah llus ukcg brape ye??thu x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm, untuk markah tetap ukcg saya rasa takde sebab soalan dia lebih kepada soalan personaliti dan ujian fizikal tu.. Kalau boleh ujian fizikal tu buat betul2 kalau nak masuk ipg. Markah lulus saya tak pasti..

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...