Posts

Showing posts from April, 2014

My favourite youtubers :)

Image
Assalamualaikum,

Mereka merupakan antara penyeri hari saya yang kadang kala membosankan :D
(Klik gambar untuk link)

1. Its Judys Life
Hari-hari saya tonton daily vlog dia 



2. Grav3yardgirl
Selalu membuat hari saya lebih baik
3. Sam Tsui
Dia penyanyi youtube yang berbakat. :) 
Dan selanjutnya adalah saluran masakan:
4. Simple Cooking Channel 5. Cookies Cupcakes and Cardio 6. My Cupcake Addiction 7. How To Cook That 8. Nerdy Nummies 9. yoyomax12 10. Ochikeron




IPG? Matrikulasi? UPU?!

Assalamualaikum,
Saya dapat masuk ke Matrikulasi :) Sejak saya dapat tahu bahawa markah koko saya dapat C, saya tak menjangka dan tak berharap dapat masuk ke Matrikulasi. Tetapi, kalau dah rezeki tak kemana. Jadi di sini saya ingin memberi tahu bahawa walaupun anda dapat markah koko C, itu  bukan the end dan putus asa. Kawan saya berbangsa india dia memperoleh keputusan SPM yang lebih baik daripada saya dan markah kokonya B pun tak dapat masuk ke Matrikulasi. Saya rasa Matrikulasi memberi peluang luas kepada bumiputera.
Saya ditempatkan di Matrikulasi Johor, seperti pilihan utama yang saya minta. Dan, saya pun menetap di negeri tersebut. Jadi, saya rasa bersyukur sangat. Masa perjalanan dalam 1 jam lebih. 
Oke... Tapi di sini saya ada kekeliruan. Saya memang nak masuk IPG. Haritu saya dah menjalani UKCG. Sekarang, cuma menunggu keputusan jika saya layak untuk menghadiri temu duga tersebut. Dalam kalendar yang telah disediakan, keputusan kelayakan masuk ke IPG pada 10-22 JUN. Walhal p…

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum,
Hari ni saya telah pun pergi ke UKCG di IPG Kampus Temenggor Ibrahim. Ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Kecerdasan Fizikal. Saya tiba di sana pukul 7.30 pagi dan ujian bermula pada 8.30 pagi. Calon tidak perlu berdaftar dulu dan terus masuk ke dewan peperiksaan. Benda yang boleh bawa cuma pensel, pemadam, surat tawaran, surat slip kedatangan dan ic sahaja. 
Sebelum peperiksaan bermula, saya tunggu di pintu depan dewan peperiksaan dan tertampal senarai nama dan meja semasa peperiksaan di papan kenyataan luar dewan. Perlu ditandatangan dan saya meja yang ke-73. Memang jauh -,- Ada 100 kot calon yang tersenarai. Tetapi tidak semua hadir. Alhamdulillah, sikit jea tinggal daripada berpuluh-puluh ribu! Ada dua bahagian yang perlu dijawab. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan. Masanya hanya 45 minit. Saya cukup-cukup jea. Tak susah. Sebab ia berkenaan dengan personaliti kita. Bahagian A ada dua sahaja pilihan jawapan A ata B. Manaka…

Gila lilin :D

Image
Assalamualaikum,

Sebelum saya bercerita tentang lilin saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Saya berdoa dan berharap agar dapat diterima masuk ke maktab. Ini baru sahaja langkah pertama. Ada beberapa langkah lagi yang diperlukan sebelum dapat masuk ke maktab. Doakan terbaik buat saya kerana saya akan menduduki Ujian Bertulis dan Ujian Kecerdasan Fizikal 15 April ini.

Okie dokie! Saya pun tak tahulah ini merupakan hobi baru atau sekadar suka sementara sahaja. Yea.. Saya suka lilin wangi or aromatic candle etc. Seriously, saya pegi AEON saya rasa macam nak beli lilin. Dan saya beli. Haha, lepas tu, tengah clearance sale pulak :D Cantek!! Haha, so saya pun beli dan terus pasang kat bilik saya. Saya pasang 2 di sebelah katil, 2 di sebelah meja dan 1 di bilik air. Bukan yang besar. Yang comel-comel tu :3


Bila bau lilin ni.. rasa sangat nyaman. Tak macam sesetengah pewangi atau air freshener tu. Terlampau sangat. …

Saya lulus ujian berkomputer!!!!

Assalamualaikum,

Pagi tadi pukul 7.30 pagi dah bersiap untuk pergi ke tempat ujian ini dijalankan pukul 8.10 pagi kakak Siti datang jemput saya dan saya mula mengambil ujian dalam pukul 9 lebih. Saya semak kerana saya tak nak pisang berbuah dua kali. Dalam 17 minit terakhir tu saya menamatkan ujian saya dengan tangan yang gentar nak tekan 'Ya'. Kumpul tenaga dengan lafaz Bismillah saya tekan. dan dia keluar 'Keputusan'. Saya tekan dan......
I GOT 49/50!!!!
Alhamdulillah. Oke fine, over excited. Ini baru langkah kedua. Lepas ni kene pegi Teori pula. Kena jumpa cikgu garang lagi kat JIMA. Sampai tengahari pula tu. Saya keseorangan dan tidak bersama Mariam. Saya budak baru belajar. Saya baru nak kenal erti kehidupan dan kehidupan luar yang baru saya nak terokai. Jadi.. saya tak tahu sama ada saya boleh survive dengan kehidupan yang banyak liku, onak dan duri ni. Well, itulah yang perlu kita lakukan sebagai seorang manusia yang meningkat usia dan sudah tiba masanya untuk be…

Saya bebas daripada rabun warna :D

Assalamualaikum,
Hari ni saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah sebenarnya Klinik Mahmoodiah sebagai pesakit luar bagi mengesahkan saya rabun warna atau tidak. Alhamdulillah there's nothing wrong with my eye. Actually, sebelum saya pergi jumpa doktor pun saya dah google tentang rabun warna ni dan sebenarnya perempuan mempunyai peratusan yang sangat rendah untuk mendapat penyakit rabun warna ni. Lelaki kebanyakan akan menghidap penyakit ini. Kalau nak informasi lanjut sila google kenapa. Kerana ia berkaitan dengan masalah gene.
Klinik kerajaan.... Ramai gila orang dan seriously, bukan kena pegi satu bilik dan satu kauter. Kena pergi  beberapa. Bilik nurse dan baru boleh jumpa doktor. Actually, doktor cuma buat pengesahan. Kita kena menjalani pemeriksaan dengan nurse dulu. Nurse yang suruh kita baca tu dan tengok tu. Ermm, dia suruh saya buat test yang penglihatan 6 meter. Yang huruf tertera kat cermin tu. So far, my eyes do it so well. Dia suruh kita tutup mata kanan dan baca. Lep…