Posts

Showing posts from October, 2013

SPM, datanglah! Kami sudah bersedia menempuh anda!

Image
Assalamualikum,

Haha, ayat macam apa. Bersediakah? Hmm, insha Allah. Memang dah tak sabar dah nak habiskan SPM ni. Macam konfiden? Tidak. Cuma gementar jea kan kalau hari itu belum habis. 
Saya, Mariam dan yang lain diundang ke majlis doa selamat serta bacaan yaasin di rumah Najwa. Ibu bapa Najwa mengadakannya bagi memberkati dan memudahkan kelangsungan peperiksaan besar tersebut. Insha Allah majlis yang diisi dengan kalimah tasbih ini akan memberkati peperiksaan kita bersama. Ameen.

Wallpaper wehh. Haha :D

Kek ekspres!

Image
Assalamualaikum,

Bangkitlah pewaris bangsa,
Esok semuanya bermula,
Berbekalkan niat di jiwa,
Semata-mata untukNya.

Marilah kita berdampingi,
Menguatkan lagi semangat ukhrati,
Mencapai menara yang dihajati,
Sentiasa bersama disisi.

Ayuhlah kita berdiri,
Menuju ke cahaya Ilahi,
Jalan yang gemerlapan disusuri,
Cahayanya sampai dihati.

Sama-sama kita bersemangat sekolah esok! Kita niat untuk belajar kerana Allah. Segala masa di sekolah dapat pahala. Insha Allah.
I just made this super simple chocolate cake. It taste not bad. Haha, kalau teringin nak eksperimen kan.. It taste like.. I mean it just ok.  (Background gambar transparent, kalau zoom out, memang tak nampak *sorry)
I love the way the cake raise!! It feels like OMG look at that! Succeed! Yay..

Aku berdosa.. Allah, ampuni aku.

Assalamualaikum,

Pernah aku memilu hati,
Kerana dikau tiada disisi,
Sayang hatiku mati,
Tiada lagi tersisa baki.

Sungguh sukar menawan selat cinta,
Memendam rasa yang hiba,
Siapalah manusia berbanding yang Esa,
Punya perasaan dan juga jiwa.

Kalau disiram dengan kata-kata cinta..

Tidak juga mekar bunga di hati,
Kerana hati dapat mengenal cinta sejati,
Cinta sejati tidak pernah wujud di sini,
Kerana cinta sejati milik Ilahi.

Ya, aku bersedih. Sedih kerana ego meninggi. Kerana hati batu. Kerana enggan menerima hakikat. Tiada siapa yang tahu. Hanya hati yang merana. 
Kenapa harus degil dengan permainan dunia. Sedangkan ia dusta belaka. Mengapa perlu meniti jambatan curam sedangkan tangga konkrit ditawarkan? Aku bingung. Dengan diriku. Tiada lagi tiang yang berdiri, cuma hati yang mati. Tiada singa di hati. Cuma kucing di sisi. Aku sudah bersemadi dengan kehanyutan duniawi. Hanyut bersama pilu. Sampai bila? Aku tidak pasti. Tetapi, itulah sekarang yang aku hadapi. Tiada lagi aku yang dulu …
Assalamualaikum,

Kisah hati, secalit duka, semanis kasih. Segala nukilan hati dipersembahkan di blog milik saya ini. Alhamdulillah. Dengan siapa lagi untuk dikongsi jika tidak laman ini. Kadangkala, perasaan tidak selalunya dapat diluahkan dengan manusia. Kerana manusia juga mempunyai perasaan. Takkala kita melepaskan geram, yang merana manusia juga. Jadi, daripada segala kemungkinan itu berlaku tidak salah jika benda dijadikan tempat meluahkan. Lebih aman. Tiada siapa yang disakiti. 
Tetapi, kita sering beralah dengan diri sendiri. Kita sering menjaga dengan teliti hati orang lain padahal hati kita sedang meronta. Adakah adil? Mereka tidak faham apa yang saya pendam. Yang mereka tahu hanya apa yang mereka pandang. Yes, thats it. Siapalah manusia. Mereka bukan tuhan yang tahu segala isi hati yang disimpan. Memang benar terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Seperti yang sedia maklum, manusia tidaklah sempurna. Saya masih mencari dan sentiasa mencari insan yang sang…

Hatiku sakit ya Allah.

Assalamualaikum,

Kesedihan dikalis dengan senyuman
Betapa kuatnya aura senyuman
Mampu menepis segala perasaan

Tolonglah hati, tidak selamanya kamu disakiti
Hitunglah segala bahagia yang pernah dilalui
Nescaya kesedihan dapat diatasi

Segala cemuhan itu Allah tahu
Termasuklah segala yang pilu
Berserahlah kepada Allah yang satu

Terima kasih hari ini aku masih disini
Menikmati dunia yang mengakhiri
Masih sempat untuk memperbaiki

Apa lagi untuk ditangisi
Tangisilah dosa yang meninggi
Kerana tangisan pengubat hati

Allah lebih mengetahui
Yang buruk mungkin di sini
Kerana di sana keindahan menanti


SPM, saya datang ♥

Image
Assalamualaikum,

SPM haha, what can I say? Okey, SPM memang kurang sebulan lagi. Alhamdulillah, Add Math dah tak stress dah. Thanks to Pn Law yang selalu buat kelas tambahan. Rasa macam dah bersedia nak ambik Add Math. Hehe, Insha Allah, Allah permudahkan segalanya.
Esok, Puteri Islam menghantar empat wakil pergi ke Kompleks Islam ada ceramah bersama Imam Muda Ashraf  :) And yet, I decided to go. Semoga program ini dirahmati dan selamat perjalan pergi dan balik. Ameen.
Terima kasih mak, ayah. Masturah sangat bahagia dengan segala yang telah dicurahkan. Semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita.
Pada zaman dahulu.. T__T Memang tak matang!

Ribut di luar kita nampak, ribut di hati?

Assalamualaikum,

Hati ini bukan lagi retak seribu,
Sudah hancur menjadi debu.

Mengapa saya dikelilingi harapan dusta,
Sedangkan dia bukan kepunyaan saya.

Ya Allah, engkau sahaja yang setia,
Mendampingi hambamu yang hiba.

Pakai buangkah saya?

Pilihan kedua itu saya,
Walaupun pedih tetapi itulah takdirnya.

Saya di sini dan masih di sini,
Bagi memenuhi hati awak yang sepi.

Hati calar siapa tahu?

Senyum itu pengubat duka,
Berpeganglah wahai hati saya.

Tak selamanya akan begini,
Mungkin ada benda yang menanti.

Allah itu sentiasa ada,
Buat hambanya dengan setia. ♥

La Tahzan! InnAllahha ma'ana. Terima kasih Allah, sentiasa disisi. Hati yang diibaratkan dicalar dan ditabur jus limau nipis! Persoalannya, siapa yang tahu? ALLAH ♥

Jasamu membuahkan pahala di liang lahat kelak wahai GURU :)

Image
Assalamualaikum,

Cikgu Tuan Mah, guru yang mengajar matapelajaran Matematik Moden kelas 5SN2 :) Beliau belanja kami sekelas makan KFC. Rockkkk kan cikgu. Hehe, cikgu berjanji untuk belanja kita makan sebab keputusan peperiksaan yang mana satu tak pasti ramai dapat A+. Hehe, saya dan rakan yang terdiri daripada empat orang yang lain sama-sama pergi membelinya di Jusco menaiki kereta Mercedes cikgu. And yet, saya memang sangat tidak percaya cikgu menyanyi lagu BLURRED LINES. Gila gila -,- sangat sporting. And then, you know how old she is? Saya rasa tak silap dalam lingkungan 60 tahun. Superb!
Tetapi, di Jasco tidaklah berjam-jam. Saya rasa dalam 45 minit. Kami sempat beli cool blog. As usual, my favourite blogs flavour, blue coral. Sedap.. and yang penting not too sweet like others. Kan best kalau semua guru treat us like this. Belajar pun semangat aje. Sambil ilmu meningkat, berat badan pun terus meningkat. Like, sambil menyelam minum air, atau pergi sungai sambil mandi. 
Hmm, hari pe…

Please homework! Tolonglah bekerjasama dengan saya.

Image
Assalamualaikum,

Seperti diketahui semua, SPM just around the corner. And yeah, usaha digandakan. Berlambak kertas-kertas kerja. OMG, hanya Allah jea yang tahu betapa saya tak sempat nak siapkan. Kadang-kadang, kalau kerja tak siap rasa macam nak nangis jea. Sebab masa cikgu bincang soalan tu, saya terkial-kial nak salin jawapan. Sekarang ni, memang kertas Add Math bertalu-talu dapat. Nak pecah otak nak jawab. Kertas 1 dan kertas 2 sekali. But saya mengaku memang Add Math saya tak bagus pun. Percubaan haritu pun baru jea dapat 61% atau kata lainnya C+. Serius, saya memang tengah stress. Nak nangis! Please, enough for me. Kalau kita jawab soalan yang kita tak tahu memang tertekan kan? 
Saya pun ada masalah laa Encik. Matematik Tambahan. Tak payah suruh saya pula selesaikan masalah awak. Nak cari x laa. Pergilah cari sendiri -,-.

 Please :(
I really need something that gives me inspiration untuk terus berdiri 
Ya Allah, berilah kekuatan menghadapi ujian dunia ini. Walaupun ini ilmu duni…

Sam Tsui :D

Image
Assalamualaikum,

Sudah, penyakit Sam Tsui memang sudah meleret keseluruh badan saya -,- Dia sangat awesome! I thought takda yang tahu sangat pasal dia. Tak sangka Malaysian pun suka dia :) 
Memang sempurna sungguh ciptaan Allah kan? Hehe, sekarang saya jadi peminat tegar dia! Yay.. Although nama dia baru jea nak melonjak naik. Saya sokong dia :3 Sebenarnya, kali pertama saya lihat video dia, memang sudah jatuh hati. Mula-mula buka video lagu cups by anne kendrick dan tak sangka terkeluar juga video yang dia cover tu. Dari situ saya ingin mengenalinya secara meluas. And yet, sekarang dia dah ada album sulungnya pertama. Hebat kan lelaki berjiwa waja ni. You know what, dia buat saya macam tak keruan sebab asek nak menjerit jea kalau orang sebut nama dia. I love him I love him I love him. Thanks sebab jadi bahan hiburan tak kala hati diseliputi pilu ;)

Diantara lagu dalam video dia, my favourite :)

Bukan aku orangnya, aku tahu..

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini susah untuk diramalkan tentang perasaan saya ni. Entah kenapa sekarang saya kena demam Sam Tsui :3. I don't know. Pandangan serta suara lunaknya memukau hati sanubari ini. Hoho, poyo gila! Kan? Serius, study mesti ada video dia depan mata. Kat sekolah asek-asek cakap pasal dia. Its all about him. Salahkah kalau untuk menghiburkan hati yang lara? Hehe, sangat keterlaluan ea.. Hmm, tu laa, kalau dah kena wabak lagu ni.. memang susah nak sembuh. Sekurang-kurangnya saya sedaq sikit memang impossible untuk suka kepadanya haha.. Yea saya tahu sangat-sangat mustahil. Bukan apa pun, saya minat sahaja..
Bercakap tentang lelaki, saya memang tidak terlepas daripada memendamkan perasaan terhadap seseorang. Sebenarnya, saya memang tak hingin perasaan ini terus menular dalam diri saya kerana saya ingin mengekalkan prinsip yang selama ini saya pegang. Sekarang bukan waktu untuk saya menggatal atau kata lainnya mencari pasangan. Sangat tidak! Belum sampai wa…