Thursday, August 29, 2013

Rilakkuma boiled egg mold

Assalamualaikum,

Sumber dari: Cik google

Yay! Diantara koleksi saya. Memang geram kali pertama buat tak jadi. Tetapi, sekali gagal tak semestinya gagal terus. Jadi saya berusaha untuk kali yang ketiga Alhamdulillah produk akhir memang comel :3 Seronok dapat melakukan hobi dengan baik! 

Wednesday, August 28, 2013

Siapa pernah menyesal? Saya tak menyesal :(

Assalamualaikum :)
                                                                  
Aku nak jadi sepintar Amirah,
Aku nak jadi seyakin Seri,
Aku nak jadi setabah Nadia,
Aku nak jadi segembira Hazra,
Aku nak jadi sebebas Adlin.

Mereka pelengkap jigsaw puzzle hidup saya 
Terima kasih kerana menerima kesan di hati ini ;) Walaupun masa menjarakkan kita, Walaupun jodoh tak mempertemukan kita sehingga ke hari ini. All the best sayangku! Wee~

Tup tap Tup tap! Ehh, kita dah nak kahwin dah! Aiyoo :)

Siti Fatimah Masturah! 
Kaulah terbaik diantara terbaik!
Janganlah mudah merundum!
Bangkit semula bila jatuh!
Ya! Aku boleh buat tanpa kau!
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah!


{Menangislah tahap gaban sekalipun, percayalah Fatimah, tak ada orang yang nak pujuk!}

Tuesday, August 27, 2013

Siapa sangka Fatimah macam ini :)

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni, apa yang terjadi kat saya pun tak tahu. Tiga hari dah menempuh cabaran-cabaran Peperiksaan Percubaan SPM. Alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang dan yakin walaupun Kedua-dua subjek tidak study :P Tak tahu nak study apa. Cuma baca novel. Dapat meningkatkan cara penulisan kan? Hehe, Insha Allah masih berjinak-jinak lagi mencuba hobi baru Membaca novel, yalah kita perlu belajar berdiri sebelum berlari :). Perlahan-lahan supaya hobi yang dilakukan dapat diamati barulah hidup bermakna, tak gitu? Dan tak disangka-sangka, saya memilih untuk buat karangan tentang faedah hobi semasa menjawab Bahagian B BM kertas 1. Saya juga lebih memilih untuk menceritakan faedah membaca novel daripada memasak. Saya akui, peperiksaan semakin hampir dan aktiviti memasak ditangguhkan. Rancangan nak buat sushi pun tergendala. Semua bahan dah ada cuma wasabi tak.

Baru balik dari MPH, beli tiga naskah novel. Sejak baca dua naskah haritu, lebih membara pula semangat ingin membaca. Dulu, saya juga yang menolak hobi ini. Yalah, semuanya macam fairytale yang bukan kita dapat rasa secara realitinya. Buang tenaga menangis dan gelak umpamanya. Tetapi, dengan pembaacaan novel saya dapat mematangkan diri dan mampu berfikiran jauh. Saya harap hobi ini bukan sahaja melengkapkan kekosongan masa senggang malah juga dapat menjadi Siti Fatimah Masturah Binti Musa yang lebih miang baik!

Kenapa naskah ye? Bukan buah ke?

Sunday, August 25, 2013

Review novel Jangan Merajuk Sayang

Assalamualaikum,



Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh. Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah. Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya. Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah. Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri yang akan pujuk. Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah. Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat di hatinya?

“Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya.”


Novel ni secara keseluruhan agak menarik. Kenapa saya beli novel ni? Dalam novel ni tertera watak Siti Fatimah Adrianna, Datin Hjh Mariam, Siti Amirah dan Nadia Suraya. Tak sangka orang terdekat jadi watak dalam novel ni. Novel romantik dan layan :) Rating : 4.9/5 

Tuesday, August 20, 2013

Panda Bread Cutter

Assalamualaikum,
Saya dapat memiliki benda kawaii ni yay! Ini laa Mariam, roti yang saya dok bawa tu :)




Yelaa, saya suka sangat tengok benda kawaii-kawaii ni kat Youtube. Memang comel n_n

Saya? Patung Liberti? Apa kena mengenanya?

Assalamualaikum,

Peperiksaan Percubaan SPM dah bermula! Baru sahaja selesai Sejarah Kertas 3 hari ni. Tak ada rezeki dapat jawapan KBKK yang tepat. Terkial-kial juga laa jawab semasa tiga jam menjawab. Walaupun dah mencari di internet bagai nak rak! 

Bukan itu tujuan utama saya menaip ni. Haihh, secara jujur saya dah penat dan takut apabila loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat! Saja nak lambatkan langkah yang berjalan sebenarnya, walaupun saya faham Mariam terkejar-kejar nak menaiki bas yang selalunya tidak tentu masa untuk berhenti. Tiada kawan berborak laa katakan masa tunggu Mak saya ambil. Mulalah kaku dan menjadi patung Liberti versi Malaysia dekat situ -,- Beberapa minit, seperti biasa ada yang cuba mendekatkan diri kepada saya sambil merepek meraban memecahkan kesuyian di situ. Memalukan? Ya! Bayangkan di situ semua orang melakukan hal masing-masing tiba-tiba ada lelaki setahun jagung bersama-sama rakannya cuba mengusik saya yang sedang asyik menunggu dan sekali-sekala melihat jam yang lekat di tangan. reaksi saya? Sambung jadi patung Liberti cuma kadang-kadang mimik muka berubah. Macam nak ketawa pun ada tapi sedaya upaya menunjukkan muka serius. "Boleh saya raya rumah awak?". "Dah lama saya tak nampak awak, rindulah!". "Boleh bagi nombor telefon? Nanti senanglah nak cakap dengan awak". Ya ya, saya tahu ini semua hanya jenaka lelaki remaja zaman sekarang. Mungkin pertukaran hormon kot? Perkara ni dah berlarutan. Orang kata jangan layan, nanti menjadi-jadi. Jadi akur jea laa. Takut juga sebab zaman sekarang memang tak boleh percaya.. Haihh, suruh Mak ambil awal, memang lah tak boleh. Nak duduk sekolah lama-lama? Err, Nak duduk perpustakaan tak ada kad nak masuk. Nak duduk wakaf sorang-sorang? Saya lebih memilih jadi patung Liberti depan sekolah lebih kurang 15 minit.

Itulah, ngerikan? Bukan kes tu jea yang saya alami. Kadang-kadang masa menuggu tu, lelaki sebaya saya cuma saya lebih kerdil memberi salam "Assalamualaikum, tak jawab dosa.." Mesti perempuan dah naik nyirap kan kalau nak usha pakai ayat tu? Kau tu! Tak malu ke tegur anak dara orang? Tak ada batas ke? Maunya cakap macam tu. Tapi, batas berkata-kata menghalang saya berbuat demikian. "Saya dah lama perhatikan awak, saya suka awak". "Nak nombor telefon boleh?". "Awak tak boleh cakap eh?". Nampak sangat pengakuan jejaka yang tak berkarisma ini dusta belaka. Memang perkataan yang dia lemparkan dekat saya, saya cuma berdehem dan melakukan pegerakan tangan seperti ingin menghalau. Tangan sebelah memegang buku.

Memang stress time nak balik. Cuma mengharapkan Mak ambil awal masa tu. Selalunya saya bersama dengan kawan yang muda setahun daripada saya. Tapi, selalunya dia balik lambat. Jadi, jarang jumpa masa balik. Ini memang dilema. Masalah di kelas, perang dingin dengan seseorang ni sebab telah mengaku ada rasa sesuatu dengan saya. Dulu, memang boleh kawan. Sekarang, semua dah berubah. Tak bertegur.. Cuma masing-masing buat tak tahu. Bagi saya, perasaan cinta tu tak boleh keluar sekarang. Walaupun kadang-kadang remaja perempuan ni pantang nampak lelaki yang macho, terus cair hatinya. Cuma, memang simpan jea perasaan suka kerana tahu cintaku tak berbalas :) Perlahan-lahan dibuang, akhirnya hilang!

Baru habis baca novel Kau, Aku, Kita. Memang layan! Cuma, adegan-adegan mengghairahkan tu memang agak melampau -,- Saya dah dewasa kea? Whoot Whoot~ Novel yang unik dengan romantik komedinya. Ringkas dan sweet! (Saya dapat novel ni kerana memenangi satu giveaway ni, terima kasih sponsor yang bertauliah!)


Sekarang ni, buku tu ada ditangan si comel Mariam. Sahabatku sorang ni suka baca novel cinta. Jadi, cepat-cepat saya habiskan baca lepastu terus bagi dia. Masih mood raya walaupun sedang diambang Peperiksaan yang digeruni setiap calonnya!

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...