Wednesday, September 7, 2016

Tak semua orang dikurniakan hidayah dengan jalan yang mudah. Hidayah perlu dicari. Bukan turun dari langit. Mungkin Allah telah wujudkan secebis lintasan hati untuk kita berhijrah.. Tetapi itu tidak cukup. Kau ingat terus pakai tudung labuh, niqab, 1 hari 1 malam kau beribadat... Kau mampu ke buat dengan cuma lintasan tu? Cukup laa kita buat perlahan-lahan. Pokok pun melalui fasa. Sama juga dalam berhijrah. Cukuplah kita tanam nak suburkan hati yang mati. Mulalah kita berkawan dengan mereka yang cinta akan agama dan mengamalkannya. Mereka ada untuk mengukuhkan lagi lintasan yang Allah beri. Mana mungkin perjuangan berseorangan. Kita perlu bersama-sama dengan yang arif tentang agama. Dengan sumber yang dipercayai in shaa Allah. Kawan-kawan.. Hijrah itu memang tak semudah memakai stokin, hand sock. Ujian dia.. Allah saja yang tahu. Mungkin sebelum kita berhijrah.. Sahabat keliling pinggang, tetapi tidak selepas berhijrah. Mungkin lebih banyak fitnah yang tertabur setelah kita berhijrah. Tak hairan semua tu kerana benar kita berada di akhir zaman. Mereka yang solehah dituduh macam-macam. Perkara yang dosa sudah sebati dengan masyarakat muslim harini. Yang salah dibetulkan, yang betul disalahkan. Kerna itu cukupkan ilmu serta sucikan hati. In shaa Allah kita dilindungi dari terjebak ke arah "kesesatan orang2 akhir zaman" yang lahiriahnya muslim tetapi hatinya jahil. Allahu. Aku jauh dari sempurna. Tercari-cari jalan yang samar, dipenuhi ranting berduri. Semoga kita sama-sama dilindungi oleh Allah. Aamiin

 
Siti Fatimah Masturah Official Blog