Posts

Showing posts from March, 2014

Exora Premium :)

Image
Assalamualaikum,



Kami telah pun memiliki Exora Premium ni :) Baru sampai petang tadi. Kereta Innova telah dijual dan ayah saya menggantikannya dengan Exora ni. Sebenarnya saya dan mak saya nak Exora Prime.. Tetapi disebabkan ia rugi satu seat, ada gps dan aksesori kereta yang mewah yang menjadikannya lebih mahal RM8000, jadi ayah saya rasa tidak logik dan memandangkan kami mempunyai keluarga yang besar so ini adalah hasil perbincangan kami, Exora Premium.
Kereta ni ada DVD player ditengahnya dan ada reverse camera. So far ok lah. Cuma saya rindu Innova yang dulu. Huhu, sebenarnya Innova sudahpun 7 tahun. Jadi, pelbagai ragam yang kereta itu buat. Enjin mati di tengah jalan. Cuba betulkan pun tak betul-betul. So yah, kena lepaskan. Saya cuma tak suka satu jea pasal kereta ni. Dalam kereta jenama Proton, semua warna hitam. Saya tak suka warna hitam di dalam. Kalau sakit, bertambah sakit kalau tengok warna hitam. Tak taulah. Agaknya saya baru jea baik demam kot. 
Bayangkan seminggu saya …

Home made ice-cream :)

Image
Assalamualaikum,
Hari ni saya buat ais krim sendiri di rumah memandangkan cuaca panas. Tapi, tekak tengah sakit ni. Takpalah. Memang mudah dan resepinya tidak sama dengan resepi-resepi ais krim yang lain.


Dah kena senduk dek orang. Haha, Takpalah..

Resepi ni memang mudah dan rasanya sedap. Memang tekstur dan rasa seperti ais krim vanila yang ori cuma mungkin rasa krim dia lebih kerana pakai whipping cream. Dan resepi ini berinspirasikan video di bawah:


Saya gagal..

Assalamualaikum,
Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP test hari ni. So.. Yea. Saya menaip dengan perasaan duka dan anda pun sudah tahu mengapa. Mungkin terlalu awal untuk saya mengambil KPP test ni. Dengan fizikal dan mental tidak bersedia mungkin.
Memalukan? Yea.. Sebab? Saya gagal di ujian penglihatan lagi! Yea, saya tahu. Benda yang tidak dijangka. Saya telah buat latihan di buku. Saya pun tak tahu. Masa sampai di tempat nak ambil ujian tu dikenakan bayarang RM10 untuk ambil gambar. Nama dipanggil dan pegawai di sana berkata "Komputer no 2, pilih orang awam.". Saya pun masuk dengan nervous. Komputer kat sana memang yang lama punya. Keyboard pun keras jea. Saya pun agak kekok sebenarnya nak guna komputer yang dah lama saya tak guna. Hmm, Saya isi no kad pengenalan dan pilih orang awam. Saya pun menjawab soalan. Ada 8 soalan. Dan semuanya sangat mudah. Setelah selesai menjawab 8 soalan, dia membe…

Hari pertama di institut memandu

Image
Assalamualaikum,
Yea, saya pelajar lepasan SPM yang baru sahaja nak mengambil lesen. Dan saya tahu ramai yang sudah dapat lesen pun. Tahniah. Disebabkan Mariam ingin mengambil lesen sekarang, jadi saya mengambil kesempatan untuk mengikutnya juga. Saya daftar di J.I.M.A Sdn Bhd. Saya amek lesen kereta sahaja. Ada 16 orang dalam kelas tu. Memang kita tak berkenalan sebab mereka yang lain umur berbeza-beza. Dan beberapa orang jea yang umur sama, dua orang kot campur Mariam.


Tak nak cerita panjang. Sebab hari pertama memang pagi sampai petang. So ya. Guru2 pun menerangkan secara ringkas dan kita kena baca sendiri yang lain. Saya lebih rela belajar bio satu hari.. Seriously, I mean belajar secara mendengar dan mencatat sahaja. Seriously, belajar macam orang yang dah besar. And yet, asek kena tanya soalan jea. Padahal hari pertama. Saya tak sempat buat apa-apa dan dia tanya soalan yang agak mencabar minda. Tanya kelajuan di hadapan sekolah berapa, tanya Malaysia ada berapa wilayah, tanya M…

Sambungan Jangan Baca Novel Ni?!

Image
Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, diantara hobi saya ialah membaca novel. Hobi ini sebenarnya kian merundum disebabkan beberapa faktor. Antaranya, harganya yang agak mahal dan sekarang duit mingguan yang saya dapat daripada ayah saya pun tidaklah banyak mana pun. Tambahan pula saya ni tak bekerja sepertimana rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Tanpa membuang masa, saya ingin berkongsi berkaitan dengan novel ni:

Sumber: Google Novel apakah?! Tanpa tajuk dan kulitnya hitam tanpa sepatah kata mahupun satu huruf?
Sebenarnya, novel tersebut merupakan sambungan daripada novel yang telah saya nyatakan pada tajuk di atas. Agak menarik dan saya pun baru membelinya. Saya mendapat info tentang buku ini daripada FB Fatin Diana, seorang blogger terkenal. Ni belakang buku:
Sumber: Google
Okie fine, buat teman tidur nanti :D Saya tak tahu, saya macam tertarik dengan misteri dan hantu bagai ni. Entah kenapa. Hmm, beberapa minggu yang lalu saya teringin nak tengok balik cerita seram yang say…