Monday, August 24, 2015

Oh degree 3

Assalamualaikum, 



Semalam, saya tidur lena. Pada pukul 4.20 saya bangun.. Alhamdulillah, saya sempat menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat. Hajat saya dalam solat itu adalah supaya saya diterima untuk di tempatkan di utm.



Pagi ini pada pukul 8 saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik saya (saya dah bangun). Yup, my dad. Dia cakap tahniah sambil menghulurkan tangan (salam) and he said saya telah diluluskan oleh pihak fakulti biosains dan kejuruteraan perubatan untuk kos biologi. Seperti yang saya minta dalam surat rayuan.

Saya... Saya bersyukur. Alhamdulillah. Saya sujud syukur. Saya menangis. Seperti doa itu dimakbulkan dengan pantas. Rasa seperti tak layak dilayan begitu. Allah maha pengasih dan maha pemurah.. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Kenapa tidak pertahankan dietetik? Sebab mula-mula dulu saya memang target nak dapatkan dietetik. 3 u berlainan saya letak kos sama. Semuanya pilihan 2, 3 dan 4. Saya fikir mungkin bukan rezeki saya belajar dietetik. Daripada saya mohon yang jauh2.. Saya fikir lebih elok merayu yang paling dekat.

Tak sangka. Dulu tadika saya di utm. Sekolah agama saya di utm. Alhamdulillah dapat sambung belajar di utm. Syukur sangat. Lepas ni hari-hari boleh lunch kat rumah ( 〃❛ヮ^〃). Hee, in shaa Allah. 


Doakan semoga semua berjalan dengan lancar. Aamiin..

Friday, August 14, 2015

Hmmmm

Assalamualaikum,



Saya rasa excited pulak nak uthm. Rasa tak sabar nak belajar. Macam seronok pulak food tech ni. Haha. See, sometimes saya gembira, then sedih sangat pastu melonjak gembira balik.. Well period maybe one of the factors that caused me to act like this. Haha, drama queen sangat. Semoga segala-galanya dipermudahkan Allah. Masih niat yang satu. Lillahita'ala!

Thursday, August 13, 2015

Oh degree 2

Assalamualaikum,

Semakin lama saya berfikir, semakin hiba dibuatnya.. Bukan tak bersyukur dengan apa yang saya dapat. Tetapi terlalu shock untuk saya. Saya dan ayah menjalankan ikhtiar merayu utm. Sometimes, kita rasa down sangat bila kawan-kawan yang dapat result, muet pun lebih kurang sama.. Tapi dapat UKM, UTM, UPM dan sebagainya.. Saya merasakan diri ini lebih layak untuk yang lebih baik. Bukan tak bersyukur sekali lagi. Saya cuma berusaha yang terbaik untuk diri saya serta saya ulangi ini cuma ikhtiar yang kami boleh cuba. Baru tahu jugak daripada senior food tech uthm yang kos food tech adalah baru di uthm, jadi banyak kekurangan berbanding u yang lain and she is the first batch. Mungkin kebanyakan yang saya isi haritu adalah top list program pengajian yang dipilih oleh pelajar. UTM adalah pilihan ke-6 dan ke-7 semasa saya isi upu. Mungkin ramai yang memandang serong dengan apa yang saya beritahu. In shaa Allah jika Allah sudah tulis rezeki di UTM, saya akan ke sana. Jika sebaliknya, saya akan stay di UTHM. Doakan ikhtiar ini berjalan dengan lancar.

Tuesday, August 11, 2015

Oh degree

Assalamualaikum,

Salam sayang. Masturah di sini.. Hari ini keputusan upu keluar. Pukul 12 jugak sibuk nak tekan. Dalam masa yang sama saya guna sms. And, dapat balas dari sms tadi. My first reaction like "Takkkkkk! Tak nak, rasa macam nak nangis!!". My mom pun like... "Kenapa? Kat Unisza ke?". Tak. UTHM. Ulangan suara.. UTHM. And Abang A ketawa.. seriously. Lepas tu saya cakap " Kenapa teknologi makanan, kerja kilang tu semua!". Nampak tak tak bersyukurnya aku masa tu. Mak saya ok jea. Dia kata dekat ngan rumah dan ofcoz abang A pun kat sana. 



Sejujurnya, saya pernah merasakan bahawa UTHM tak ada potensi seperti universiti-universiti yang lain. Saya sendiri lepas tu dapat masuk situ.. I was literally crying and cannot accept that for a second. But then, tiba-tiba ada suara hati membisikkan pelbagai perkara positif. Rumah ngan UTHM bukan jauh mana. So, setiap minggu boleh balik. Manalah tau kalau putus cinta ke boleh balik ngadu kat mak. Haha. Emm. Lagipun Teknologi makanan UTHM saya memang masukkan dalam list upu dan kos tu yang kesembilan saya letak. 

After banyak drama and btw period lagi (1st day kau!) , Saya terima dengan ikhlas in shaa Allah. What ever it takes! I will strive for my success! Walaupun dietetik yang diimpikan kian kecundang, I have FOOD TECHNOLOGY which is not bad for me.. Masih lagi mood seronok nak belajar. 

The funny thing is saya dah lama follow UTHM TROLL. Page yang meningkat naik ni dan tak sangka saya akan menjadi salah satu di antara pelajar di UTHM. But dari page tu jugak banyak benda yang saya dengar pasal U tu macam makanan tak bagus laa, MPP macam apa laa. Pengangkutan pun.. Mehhh.. Tu laa. Haha, IDK how I will react to be one of their student kat sana.. Rumah pun, Uitm PALAM masih tak boleh dikalahkan (Sebab haritu ikut hantar abang gi UTHM). I don't mean to be rude but still tak boleh kalahkan uitm PALAM. But in the positive side, abang A asek banggakan dengan perpustakaan UTHM dia tu..  And my sedara-mara pun banyak gak laa. Ofcoz sebab kampung I kat BP..

Oh ya.. lagi satu dan alasan memang I taknak pi sana..

Ex classmate SPM dulu dapat UTHM gak!! I mean bukan calang-calang ex classmate.. Dia dulu menaruh harapan kat saya. Then saya ni bukan layan pun. Dia siap luah perasaan bagai.. Masa tu lahh. But haritu reunion pun dia ada gak. Saya buat macam biasa jea.. And my ring tactic tu.. Waaa! Saya taknak dia fikir kita satu U kita memang ada jodoh. Now you understand kan? Huh. 

UTHM yes kat Johor jea. Well here nak kongsi apa yang akan saya belajar kalau saya amek teknologi makanan:




At the end of the day, walaupun UTHM ni masyarakat pandang tepi jea.. That's ok. Saya cuba sedaya upaya untuk buktikan walaupun saya belajar di situ, saya masih boleh berjaya. Saya ni kira bernasib baik dapat peluang melanjutkan pelajaran. Tak macam Abang U saya.. Kesian dia. Dia tak dapat memana.. Tapi I am sure that Allah have a better plan for him. Saya percaya Allah tempatkan saya kat sini adalah atas kebaikan saya sendiri. Kerja? Itu semua rezeki yang Allah akan beri. Walaupun suri rumah.. Tak salah kan? Wallahu'alam


 
Siti Fatimah Masturah Official Blog