Monday, January 28, 2013

Penyesalan yang tidak berguna (part 2)

Assalamualaikum,
{Dalam entry ni saya akan menggunakan 'aku'}

Aku tau, nasi telah menjadi bubur. Tapi, lepas aku tau jea perkara ni aku rasa penyesalan tu makin bertambah! Kau tahu, handphone aku yang hilang tu (Nokia Classic 6120) sama ngan handphone miraa. Aku memang S A A A A Y A N G gilaa dengan handphone bekas ayah saya Bukan apa, aku cuma rasa (Hey, tak sangka kau punya handphone sama dengan aku :D *teruja*) Sebab selama ni aku tak tahu pun kau guna handphone apa mira. Dia punya ibu dia yang bagi. Dia putih aku hitam :3 Takpaa laa bukan rezeki tu namanya -..- sob sob..
Ini Amirah punya :3

Ini saya punya (bukan lagi) =^=


Sunday, January 27, 2013

Berat badan saya dah naik *^*

Tahun lepas dari 36kg sekarang 41kg 
Beri tepukan kepada Siti Fatimah Masturah *claps*
Tahniah sebab tambah lemakk! T..T

Terima kasih ;D

Assalamualaikum,
Hari ni ada maulidur Rasul, aktiviti sekolah tapi dibuat di Masjid Taman U. Terima kasih Amirah, sudi teman kita pergi :3 Saya rasa bahagia dapat bersama awak hari ni. Dah 1 tahun kita tak jumpa kan? Saya rasa, awaklah kawan yang paling romantik yang pernah saya ada (^_^)


Tau muka aku ntah pape XP

Saturday, January 26, 2013

Untitled

Assalamualaikum,
Blog dibuat bukan untuk maksiat. Dan juga bukan untuk diceroboh T^T.

Friday, January 25, 2013

Komik oh komik!

Assalamualaikum,
Kemestian sebelum tidur mestilah baca ayatul kursi, doa tidur kan? Tapy, sebelum saya buat semua tu saya harus baca buku komik untuk mempercepatkan saya mengantuk. Saya ni bukan penggemar komik, novel or something else yang berkenaan dengan kisah cinta. Tapy, saya ada baca satu komik yang comel, lucu dan memang romantik. Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan komik tu 



Semua jilid saya dah ada. Actually tu bukan bukan buku saya pun. Adik saya punya. Pada awalnya saya minta kat dia, dia cakap saya tak sesuai baca buku tu sebab saya tak minat pasal cinta =^=. Jadi saya ambil secara senyap! HOHO XD

Terbongkar rahsia kitab-kitab agama lain

Assalamualaikum,
Semalam 12 Rabiulawal kan? Maulid (bukan Maulud oke, maulud maksudnya 'bayi' Nabi yang teragung kita Nabi Muhammad SAW. Semasa program Nilai Murni di sekolah saya, ustaz Rifqi memberikan penerangan tentang nabi kita yang Sempurna, Cantik, Hebat dan Budi. Memang menarik bila ustaz bercerita. Saya syok dengar tak berkelip pun mata. Ustaz ada cerita pasal Nabi Muhammad termasuk dalam kitab-kita agama lain. 

1. Nabi Muhammad dalam kitab Hindu

Terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tar” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar ertinya adalah “utusan terakhir”.

Ayat–ayat Hindu yang jelas menyatakan tentang Nabi Muhammad SAW ialah:
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bererti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
-Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
-Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
-Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.

2. Nabi Muhammad dalam Zorester (Majus) Parsi

Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:

“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat

3. Nabi Muhammad dalam Agama Yahudi (Kitab Taurat)
Taurat
Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:

“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.”

4. Nabi Muhammad dalam Agama Kristian
a)  Nabi Muhammad Dalam Kitab Injil Yahya

Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.


B.  Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas

Petikan di dalam Injil Barnabas

Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.”

Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia.”  (sama dengan TuhanInjil Bamaba, 163).

Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, ketika manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah SAW. Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).

5. Nabi Muhammad dalam Agama Buddha


Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.

Persamaan-Persamaan Lain Buddha

Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.

”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)

Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu.”







Thursday, January 24, 2013

Penyesalan yang tidak berguna

Assalamualaikum,
Hari ni, yang saya tunggu-tunggu sangat laa kan 'Kejohanan Merentas Desa' kali ke-11. Dan saya sangat sedih sebab tak dapat menyumbangkan apa-apa untuk rumah hijau (ofcoz laa, sebab saya bukannya lari, tapy berjalan XD). Serius! Saya rasa tak boleh lari. Saya lari dalam 100m lepas tu jalan. Memang lari tu tercungap-cungap macam nak minta air -..-. Mungkin saya tak buat latihan pernafasan and some other latihan yang lain. Saya memang tak kuat. Firstly, memanglah saya lari ngan mariam, tapy takkan laa saya biarkan dia asek stay dengan perangai saya yang dah tak boleh berlari ni kan? So, mariam pun pergi lari untuk menyumbangkan mata untuk pasukannya, biru. And, perkara tu membuahkan hasil. Mariam dapat tempat yang ke-86. Wee~ jelesnya -..-. Takpa laa memang layak pun mariam dapat. Sementara saya dan Amalina hanya berjalan. Hoho, masa dalam perjalanan saya asek cerita pasal kucing :3 dia ada kucing. So, saya interested nak tahu pasal kucing dia (Saya peminat kucing yang TEGAR!) Haha.

Okey, cerita ntah pape kan saya? Okey, lepas habis jea merentas desa, ada laa anugerah untuk pemenang mengikut ketagori. Oke, tanak banyak cerita pasal tu sebab saya tak dapat apa-apa -..-. Stress. Macam S I A - S I A jea kan? Err, ikhlaskan diri. Think positive, saya turun 1kg, Woo~ Anyway, Hijau di tangga yang ke-6 maksudnya hijau membelakangi pasukan yang lain >.< Haha, takpa laa saya cuba yang terbaik nak sumbang mata macam saya sumbang mata dulu kat rumah ungu. Tunggu kat padang dengan cahaya mataharinya yang dah sebati dengan saya telah menyebabkan kulit dah jadi BELANG. Wee, yang paling ketara kat tangan saya. Nampak sangat perbezaan warna. Bra dengan Spender saya pun dah basah gilaa XD. 

Saya nak kembalikan tona kulit yang sekata. 

Monday, January 21, 2013

Saya bukan seperti yang anda sangka


Assalamualaikum,
Kadangkala saya merasakan kata hati saya mengatakan ada yang tak kena dengan saya. Ada orang yang tak puas hati dengan saya? Err, tu saya tak tau. Tapy, itulah yang saya rasa. Takpa laa, lupakan :) Saya tak sabar nak tunggu merentas desa hari Rabu ni. Actually, ditukarkan pada hari rabu ni sebab Sabtu haritu DIBATALKAN. Saya sedih sebab hari sabtu hari tu saya terlebih excited so masa hujan lebat tu saya pergi juga tapy malangnya dibatalkan. Terpaksa call ibu yang baru jea sampai rumah. Dan ini kali ke-2 saya akan pergi merentas desa. Kali pertama saya pergi masa form 1 dan Rabu ni untuk form 5 -,-. Larian 1 Malaysia tak termasuk.

Apa yang saya rasa bila ada di tingkatan 5:
a) Hari-hari kena buat Homework yang bertimbun-timbun.
b) Rasa tak tinggi-tinggi lagi walaupun umur dah meningkat -,-
c) Rasa kehilangan sahabat di SMKTDS ;|
d) Rasa lebih berkeyakinan dari tahun lepas (biasa laa, tahun lepas jadi pelajar baru :P)
e) Dah kenal mana satu kelas saya. (masa hari pertama kat situ, tersilap kelas 'malunyee~')
f) Guru yang sangat hebat, terima kasih cikgu jasamu sentiasa dikenang.
g) Kawan-kawan yang terhebat, although baru jea kenal :)
h) Stress? tanganinya dengan banyak SENYUM :)

Thursday, January 17, 2013

Aku masih berharap =^=


Saya tersenarai dalam calon SPM yang mendapat markah cemerlang? 
Haha, BOO~ -,-

Wednesday, January 16, 2013

Tolonglah sedar!


Assalamualaikum,
Saya cuma nak cakap yang sama TER-indu seseorang yang saya baru TER-ingat dia hari ni. Ingat lagi suasana Desa Skudai. Persekitaran yang sangat berbeza dengan sekarang, sangat berbeza ;x Saya kekal dalam kelas yang sama. Tak naik kelas -..-" Alhamdulillah

Sunday, January 6, 2013

Sim card dah dpat balik :)

Assalamualaikum,
Merujuk pada tajuk post, simcard saya dah buat semalam pukul 11 pagi. Kat maxis taman u. Mula-mula tu diorang ambil cap jari saya, lepas tu tak dapat detect dengan i/c. Rupanya jari ibu tangan kiri baru boleh. Err, tatau kenapa kan? Takpa laa yang penting saya dah dapat numb. lama saya. Fyi, ini adalah numb. saya yang kedua. Dulu pakai numb. 017-7289590. Tapy, nombor tu dah direject sebab lupa password lepas tu pandai-pandai jea tekan banyak kali -,- Tapy saya memang sayang sangat numb. tu. Nombor tu mirip dengan numb. Amirah. 017-726****. Nombor 8 yang saya merahkan tu mewakili bulan kelahiran saya. Begitu juga dengan nombor 6 kat numb. Amirah. Tapy, sayang kan? Lupakan kisah yang dulu ;)

Wednesday, January 2, 2013

Aku rasa berdosa.


Assalamualaikum,
Pernahkah anda rasa orang mempergunakan 'gambar' anda untuk kepentingan dirinya sendiri? Saya alaminya! Saya rasa sangat-sangat-sangat menyesal sebab masa saya ada facebook, ada orang senyap-senyap copy gambar saya. Bukan 1 tapy lebih daripada tuu :| Saya rasa macamm, yea laa masa saya masukkan gambar saya tak terfikir pun benda ni berlaku. Saya memang salah! Sebab tu saya dah delete account facebook. Lagipun website tuu buat saya tambah dosa jea. Kadang-kadang gambar yang dia ambil tu tak tutup aurat dengan sempurna. Saya rasa menyesal sangat. Kadang-kadang rasa macam nak menangis jea.. Saya memang dah trauma nak letak gambar solo saya lagi. Actually, ada orang yang buat fake account facebook, myspace dan twitter. Tak suka kan orang COPYCAT? Grr!




Adakah saya akan diampunkan? Allah maha mendengar, Jadi teruslah berdoa >.<"


Tuesday, January 1, 2013

Post ini tiada gambar :)

Asslamualaikum,
Apa khabar semua? 
Ahad haritu, saya ada pegi KL sekejap, baru balik pukul 9 pg tadi.
Dalam perjalanan musafir, saya hendak solat Zohor di Masjid Jamek Taman Universiti. Masa tu imam tengah baca al-fatihah, jadi saya bergegas nak mengejarkan imam untuk menjadi makmum muafiq. Saya apalagi campak jea beg kat belakang lepastu terus solat. Lepas habis solat jea, adik saya datang lepastu cakap "Tady kan ada orang ambik beg kita". Tekejut kan? Tapy masa tu rasa macam lepas tu dah takda pape. Adik saya cakap dia lelaki yg umur lebih kurang macam saya. Kami pun masuk kereta nak meneruskan perjalanan. Sampai jea depan sekolah SKTU4, saya check handphone saya tak ada! Wel, saya terus bagitau bapa saya. Mak saya pun baru cerita.. Mula laa ayah saya ulang perkataan yang sama "Cuai!". Nak menangis tu memang laa. Tapy bila fikir balik, memang saya cuai pun dan nak saya nangis depan adik-beradik saya yang lain? Err, no way XD. Tapy, abang dengan mak saya kata "Takpa laa mungkin ada hikmahnya, Dia nak bagi kita yang lebih baik kut, mana kita tahu kan". Saya rasa yang lain tu ok. Tapy, nombor-nombor kawan lama saya? Err, gambar-gambar saya -,-. Saya risau sangat sebab ada gambar saya yang tidak bertudung. Dosa saya berjalan kea? Ya Allah, saya memang dah insaf saya tanak guna handphone lagi!!

Tapy, lepas ayah saya pegi servis kereta, ayah saya dah mula reda. Dia suruh saya pakai handphone lame saya. Saya tak kesah cuma sim card jea.. Abang saya cakap suruh block nombor saya yang lama tu. Lepas tu minta sim card baru tapi nombor yang sama. Err, belum cuba lagi, sebab ayah ngan mak sibuk. Abang pula dah balik tempat diorang. So, saya kena tunggu jea laa. Bukan handphone saya jea yang kena curi malahan dompet adik saya. Tapi dia cakap tak banyak pun. Saya memang tak terfikir laa pulak ada orang nak mencuri kat Rumah Allah kan? Tapi, ayah dan abang saya cakap, Masjid tu pernah kena curi sampai RM1000. Saya memang dah redha, tapi malam-malam saya mesti asek terfikir pasal kes tu. Rasa macam nak jumpa lepas tu...... -,-. 

Ni bukan kali pertama saya CUAI, tapy dah beberapa kali. Saya tidak peduli pasal benda-benda macam ni. Selama ni saya letak handphone dekat beg telekung saya, takda masalah pun. So, this is it! Benda ni tiba-tiba jadi. Saya pernah hilang dompet yang saya letak dalam beg sekolah. Dan dalam tu ada cincin persahabatan saya dan Amira. Lepas tu, pencil box saya hilang dan ada key chain saya dan amirah -,-. Sebab tu saya tak boleh salahkan sangat orang yang mencuri. Haihh, anyway buat masa ni saya guna handphone yang abang saya bagi masa melawat dia kat matrikulasi. Selama ni dia tak pernah sebaik ni dengan saya -,-. Tapy, saya terharu :D walaupun handphone yang dia bagi tu murahh jea. Tapy, saya tetap terharu!

Untuk kawan saya, sori nombor 010-70***** buat masa ni saya belum lagi convert ke sim card baru lagi. Kalau saya dah guna, saya post entry baru k. Doakan saya supaya lebih berhati-hati..
 
Siti Fatimah Masturah Official Blog