Friday, December 9, 2016

It's okay not to be ok

Assalamualaikum semua :)

Sebagai seorang manusia yang normal, menjadi sunnahtullah bila seseorang itu akan merasa dirinya sangat bahagia dan ada kalanya seseorang itu akan merasakan dirinya sangat-sangat teruk.. Apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Haha..

Hmmm, ntahlaa. Bila aku fikir, takyah sangat laa jadi emosional. Macam kau jea ada emosi. Masalah kau tu kecik gila. Cer kau tengok balik pergolakan dunia yang tak habis-habis ni. Darah merupakan tatapan mereka hari-hari. Sudah ke aku mengucap kata syukur? Masih dikurniakan nyawa untuk mengumpul bekal aku untuk hari yang bakal menyusul.. Masalah dengan manusia tak pernah habis! Kenapa aku kejam sangat dengan diri aku..

Jujur dari hati.. Kesabaran saya diuji... Terima kasih Allah, jika ujian ini membuat aku dekat denganMu. Sungguh aku sangat perlukanMu. Kerana kau mahu memberi tahu aku.. Yang aku tidak boleh meletakkan harapan kepada manusia sebaliknya hanya kepadaMu sahaja aku perlu berharap. Manusia tiada kuasa.. 

Aku tak tahu nak berlari ke mana. Perlu ke aku melarikan diri?

Memang orang sekeliling tengok aku macam happy and mungkin orang tengok aku hipokrit. To be honest, yes.. It seems like saya hipokrit. But the real thing is saya nak sehabis baik menahan sabar. Kerana saya tahu.. In shaa Allah setiap kesabaran saya membuahkan pahala.. Aamiin.. Kerana Rasulullah mahu kita mengelak daripada marah.. Bayangkan orang yang kau sayang.. tak percaya kau.. 

In shaa Allah setiap keburukan yang berlaku punya hikmah yang besar dalam hidup saya. Bila difikir balik. Saya tidak nak menyesal dengan musibahyang berlaku. Kerana saya yakin Allah akan menggantikan sesebuah kesedihan itu dengan perkara yang membahagiakan yang saya sendiri tak tahu. Mungkin kalau bukan sekarang.. nanti. Sebab itu SABAR.

Nanti saya buat entry panjang sikit berkenaan dengan sem yang paling mencabar setakat ini. Mencabar mental dan fizikal saya. Buat masa ni saya minta doa dari kalian.. Semoga segala perkara yang saya lakukan menuju redhaNya. In shaa Allah.. Babai <3

Sunday, October 23, 2016

People being "people"

Assalamualaikum,

So yeah, I am a second year student now. The year which I thought I'll be ok and I can manage my time systematically. You know what. University's student came from a lot kind of people. I talk about UNIVERSITY'S STUDENT. Tak payah cakap lagi laa orang luar. Please, I know people do have problems. Siapa tak ada tu bukan hidup kot. Tak pun mental problem. Susah if sorang marah and another one pun nak marah. Just please people. You talk to a human being just like yourself. Semua orang tahu tak semua orang sempurna. It is a normal thing kalau every first timer buat salah. That will make you learn. And if there is something wrong tak perlu nak terus marah.. Tengok dari semua sudut baru salahkan orang tu. Kalau nak marah pun, cuba kita reflect semua kindness yang dia pernah buat. Janganlaa sebab satu benda pun dah nak melenting. Please people.. I am mentally and physically tired.

I do not know your background story. Maybe datang dari keluarga yang ada isu.. But still, this world need some kindness. Serius saya sendiri penat. Kalau jadi kat diri sendiri ok laa since kadang-kadang dah biasa. Tapi bila tengok keadaan sekeliling yang macam tu, I don't get it why people does not have that common sense. Dah cantik agama kita atur adab-adab. Cakap jea adab apa. Adab terhadap rakan, adab terhadap ibu bapa. Adab terhadap guru. You name it. Sebab tu laa kan, kalau kita nak belajar agama tu jangan lihat pada orang tu. Tapi lihat pada Kitab yang kita pegang. 

Korang ingat Al-Quran yang turun sejak zaman Nabi Muhammad ni untuk sahabat-sahabat dan untuk orang zaman tu je ke? Korang rasa kenapa turunnya Al-Quran tu? Dan kenapa kita kena baca? Al-Quran tu bukan nabi yang buat. Al-Quran tu daripada pencipta kita sendiri. Kenapa dia nak bagi kat kita? Supaya kita dapat menjalani hidup ini dengan cara yang dia redha. Supaya kita sampai ke destinasi yang kita semua umat Islam impikan, Syurga Allah.

Kalau orang cipta printer ada buku manual untuk berfungsi, samalah kita. Kita pun perlu ada manual which is Kalam Allah untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Masa hari perhitungan, Al-Quran akan tuntut hak dia.. Hak untuk dibacakan.. Korang tak nak ke Al-Quran jadi peneman kita kat kubur sorang-sorang nanti? 

Just nak cakap.. Berbaliklah kepada Al-Quran sahabat-sahabat.. Al-Quran adalah cara Allah berkomunikasi secara tidak langsung dengan kita. Cara dia nak melimpahkan kasih sayang dan menceritakan betapa kita manusia istimewa.. Peringatan untuk diri dan yang lain.

I am sorry, saya bukan nak tunjuk saya mengajar ke apa.. I am extremely tired with my everyday life yang penuh dengan hate and negativity. Since me myself pun susah nak recover from negative thought, just please people. Be kind to one another. Our prophet pbuh pun mesti sedih kalau baginda tengok kita melayan muslim yang lain macam tu kan? 

Lastly, to cool down all those masalah manusia, I want to share yesterday's program. Again, I jadi fasi for the last time ;) I feel at least something good happened to me lately. Adik-adik form 4 sangat baik. Terharu akak. Walaupun this program setiap bulan dari bulan 4 hari tu sampai Oktober.. dan saya join 2 kali jea.. I feel the great bond between me and the students.. Makasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ni especially kak Zura. Ni yang bersemangat nak jadi cikgu :3 bukan cikgu math laa. In shaa Allah cikgu bio :P Haha..

Wednesday, September 7, 2016

Tak semua orang dikurniakan hidayah dengan jalan yang mudah. Hidayah perlu dicari. Bukan turun dari langit. Mungkin Allah telah wujudkan secebis lintasan hati untuk kita berhijrah.. Tetapi itu tidak cukup. Kau ingat terus pakai tudung labuh, niqab, 1 hari 1 malam kau beribadat... Kau mampu ke buat dengan cuma lintasan tu? Cukup laa kita buat perlahan-lahan. Pokok pun melalui fasa. Sama juga dalam berhijrah. Cukuplah kita tanam nak suburkan hati yang mati. Mulalah kita berkawan dengan mereka yang cinta akan agama dan mengamalkannya. Mereka ada untuk mengukuhkan lagi lintasan yang Allah beri. Mana mungkin perjuangan berseorangan. Kita perlu bersama-sama dengan yang arif tentang agama. Dengan sumber yang dipercayai in shaa Allah. Kawan-kawan.. Hijrah itu memang tak semudah memakai stokin, hand sock. Ujian dia.. Allah saja yang tahu. Mungkin sebelum kita berhijrah.. Sahabat keliling pinggang, tetapi tidak selepas berhijrah. Mungkin lebih banyak fitnah yang tertabur setelah kita berhijrah. Tak hairan semua tu kerana benar kita berada di akhir zaman. Mereka yang solehah dituduh macam-macam. Perkara yang dosa sudah sebati dengan masyarakat muslim harini. Yang salah dibetulkan, yang betul disalahkan. Kerna itu cukupkan ilmu serta sucikan hati. In shaa Allah kita dilindungi dari terjebak ke arah "kesesatan orang2 akhir zaman" yang lahiriahnya muslim tetapi hatinya jahil. Allahu. Aku jauh dari sempurna. Tercari-cari jalan yang samar, dipenuhi ranting berduri. Semoga kita sama-sama dilindungi oleh Allah. Aamiin

Sunday, June 19, 2016

I am done with my junior year!

Assalamualaikum,

So, who else excited that finally! FINALLY final dah habis.. Yeahh I am so relived it was over.. Because serious dah 2 minggu I stress.. I start 5th june sampai 16th june. I hope tak basi lagi lah kan nak cerita.. Although today dah 19th -__- I took Cellular and Molecular Biology, Cellular Biochemistry and Metabolism, Analytical Chemistry, Introduction to Bioscience, Institusi Islam dan English. Lab saya adalah Metabolism and Analytical Chemistry. The lab test went a little bit on the worst side.. Just a tiny bit.. I hope so. Haha.. My group members for Metabolism's lab were me, kak akma, eija, hajar and jayson. While ana chem, I was coupled with hajar :) 

Kak akma, saya, sya, keyra, fahda and dayana (she's not in the pic but always in my heart <3)

Well, as always.. Rasa tak percaya dah masuk u and yet habis first year. Feel surreal.. Kelas saya one of the earliest yang habis exam.. Ada lagi yang tak habis.. Haha, unlike sem lepas.. Kitorang macam yang akhir-akhir balik. So, yeah.. This time is a little bit different than last sem's final. Since, obviously berlaku pada bulan yang barakah :D and this time we all not having a study group. It's quite hard.. Since sem 2 ni lebih cepat berbanding sem 1. Presentation, assignment, test, lab test, quiz.. Tu semua nak dekat study week bertubi-tubi x__x

We are matching row <33 We were all accidentally purple on that day 

Sem ni a little bit better than the previous one since I had roomate :) and I had a good friends for sure. Although kekadang tu macam masuk air XD But yeaa.. This sem does not have a lot of numbers, counting and involving calculator.. To be honest, I feel so weird.. Haha, masa nak study tu.. Baring-baring.. Sebab tak ada math kan.. Banyak kena faham dan hafal. 

My final went ok.. Boleh laaa. Not too hard yet not too easy.. The killer subject I would say Metabolism and maybe Analytical Chem.. And there was an unfortunate incident happened.. I don't want to talk about it here.

Guess who she is XD My cutie roomie bear :3 She's the one who taking care of me and in shaa Allah sem depan we are still be a roomie. Yay~~

Serius cepat rasa sem ni.. Yang I nak highlight mungkin pasal I join sukarelawan tadika, jadi usher MPG and fasi kem math tu.. I don't get involve a lot.. But that quite ok laa kan for 1 sem.. I will join a lot of this kind of activity hopefully :D Next Oh yeah, HBB (my analytical chemistry lecturer) He invited us to his house for makan-makan.. I adore his family.. So harmony. With berdinda-kanda. Berayahanda-bonda.. So cute.Masa final berjalan.. I asked my parents to bring along En. Viva.. Then my parents kata ok.. Ok memang tak laa I bawak kan.. So, Keyra.. She is the one that bawak kitorang gi venue exam.. So yeah. Thanks alot keyra :) And please, if anyone read this.. Doakan saya supaya berani and cekap memandu.. Tipulah kan cakap takde keinginan. Senang laa I nak balik.. Takyah setiap minggu call parents suruh amek sebab rumah pun jauh mana jea. 7 minit apart. And I pun membesar kat sini. There should be no problem interms of jalan.. The problem is with me :/

(saya, kak sikin, atilea) Kami berkunjung ke rumah lecturer kami, HBB 

I bawak my all time favourite food, mashed patatoes with some chicken with bolognese sauce on the bottom (kind of lasagna but different) to our mini iftar (lepas habis final).. Fahda bawak awesome carbonara with bubur lambuk. We gathered together like 9 people in my room. What a great day to end our last day of 1st year ;)

Doakan yaa! This 3 months break saya nak mahir drive~~~ I just finished Erased anime. It was so good XD

Tuesday, June 14, 2016

30 000 views XD

Assalamualaikum,




Just a cute short post. I am quite proud that we made it to 30 000 page views for about 5 years now. I know, for a typical bloggers, I am little bit way behind. Since, I am not a full time blogger and most of my post is not so informational.. Haha, so yeah :3 

Tinggal satu paper jea lagi awakkkkk! kyaaaaaa~~ X3

Sunday, May 22, 2016

MPG 2016 dan KEMMOTIK 2016

Assalmualaikum,

Yay! 2 in 1 blogpost. Kte harap post ni tak panjang sangat. Dan post ini tak formal. And I like to use kte instead of saya. So be prepared :3

First thing first, kte nak cakap pasal Kemmotik dulu laa. Sebab I like this one better. So, kem ni basically for form 4 student. Kem belajar laa ni. Kem ni kerjasama antara KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara). Sebenarnya, ada iklan yang diorang perlukan fasi. So kte fikir laa boleh kot jadi fasi.. So yea. Kte pun join. 


So, program ni berjalan semalam. Pukul 6 pagi bertolak dari UTM ke Bandar Tenggara. Lebih kurang 45 minit masa perjalanan. Kenderaan disediakan. Elaun untuk jadi fasi RM50 untuk hari tu jea. Berbaloi sangat. Kebajikan *thumbs up. Kan kte kata tadi bertolak pukul 6 pagi.. Hari sebelumnya kte jadi usher untuk MPG (Malam Permata Gemilang Kolej 9 dan 10). Kte sibuk dari pukul 9 pagi sampai pukul 2 pagi -__-". So, ini membawa maksud kte tidur berapa jam jea. Serius kat kereta tidur jea. Sampailah kte sampai kat Bandar Tenggara tu.

Adik-adik grup 2 <3

Okay. Memang masa bangun tu pening sangat. Sebab tak cukup tidur pluss tak cukup makan kot XP Haha.. So yeaa. Sampai sana kte pun jumpa laa dengan fasi-fasi lain. Like seriously -,- Diorang Dr, Phd, Tahun 4.. And kak akma 21 tahun. So, yea.. I am the cutest and the youngest among them XD Haha, jk jk. Cumanyalah, fasi2 lain anggap kte ngan kak akma tahun 3 jugak.. Sebab sebenarnya fasi ni untuk senior2. Disebabkan kekurangan fasi.. So iolls pun terjoin. Begitulah. Ada 3 fasi lelaki dan 5 perempuan. Ketiga-tiga lelaki tu tahun 4 mechanical engineering. And I assumed they are very genius. Like seriously.


Kte ngan adik-adik :3. Kte pun cam adik gak XD


First-first tu kte tengok diorang like mehhh.. Haha.. But bila diorang dah bukak mulut.. I was like OMG *impressed. Haha. And weirdly to say that I am comfortable to talk to them. Selalunya kte akan fikir dua kali untuk berbual ngan lelaki. But with them, I was so natural. Sebab, to me.. They just like my brothers. They just talk about something educational. Nothing about stupid stuff. And for the first time in my life, bila kte tanya satu soalan yang kte tak faham, diorang berbincang dan berfikir lama untuk dapatkan jawapan. Lepas tu sebelum aktiviti ni dijalankan.. Kak Zura bagi dulu soalan yang akan dijawab oleh pelajar so kitorang boleh laa study. But not for them. Diorang tau soalan masa hari kejadian. Without study ke apa.. Like *impressed again. Kte ngan kak akma pun buat bape hari untuk fahamkan T_T.. Haihhh.. Engineering kot.. Basic math always kena ingat. Diorang pandai jaga budak2 form 4 ni.. Diorang kelakar.



Ok enough pasal fasi. Pasal budak2 pulak. Haha. First thing, kte dengan budak2 tu macam tak ada beza. Sama jea. Tak pun lagi tinggi. Fasi akan handle 8 orang untuk 1 grup. And kte dapat grup 2. Budak2 tu semua baik. Alhamdulillah kte boleh ajar diorang. Cuma struggle kte.. Nak terangkan sesuatu dalam bahasa melayu. Intersect jadi bersilang. cm3 jadi cm padu. Haha, banyak lagi.. Lagi satu susah nak fokus kat budak2 lemah. Sebab diorang sangat perlukan perhatian. Kadang2 ada yang tanya soalan, so budak2 lemah ni dibiarkan sekejap.. Haa begitulah. All in all, akak gembira berkongsi ilmu :)

Program ni start pukul 8 pagi sampai 3.30 petang. Lepas habis, kitorang singgah kat gerai makan goreng pisang and cendol. Tak sangka. Baru jea kenal tapi kitorang dah mesra. 

Ok, I want to go back pasal fasi lelaki tu. Diorang banyak tanya pasal Bio since diorang engineering kan. And, first time dalam sejarah kte dengar diabetes tu penyakit kekurangan darah putih XD haha. Serius lawak gila. Banyak soalan ntah pape diorang tanya. But ofkoz kak akma yang bijak terangkan. Iolls tambah2 laa. Tanya bakteria boleh hidup kat bulan laa. Kat marikh. Nyamuk ada darah ke tidak laa. Cemana pokok kita nampak hijau. And banyak lagi. A lot of new info kitorang tau. Pasal diorang punya engineering pun.

 MPG 2016 (Tema: Multicultural Wedding)

Me wif my cute fwen, ati nama dia. She so cute XD

So, Alhamdulillah. first time kte jadi fasi and first time jadi usher (and I hope it was the last). Semuanya berjalan dengan lancar. Although yang usher tu a bit like mehhh.. Haha, but Kem math tu mengubat hati sedikit sebanyak. Kte pulang ke UTM dengan rasa gembira.. Yay :3

Saturday, April 16, 2016

Hari Sukan Tadika Ihsan 2016 :D and..

Assalamualaikum,

"Cikgu Masturah" sini :) Ok. Pagi tadi berlangsungnya Hari Sukan Tadika Ihsan! And yea.. SO what kan? Haha.. Actually saya jadi sukarelawan untuk program ni.. Since, Iolls senpai (senior) kan dari tadika tu XD Okok.. I am so high right now. Baru bangun. 

Me, Keyra, Fahda, Kak Akma

Kitorang start datang-datang tadi pukul 7 dan program tu start pukul 9.. Iolls jaga ruma biru. Keyra jaga kuning, Fahda jaga hijau and Kak Akma jaga merah. So kitorang berpakat laa pakai tudung ikut rumah sukan. And yes. Kitorang bahagian jaga khemah laa gitu. So, if adik-adik nak kencing ke, minum ke and all berkaitan jaga diorang kita lah kena uruskan. Haha, dah bape round ntah ulang-alik tandas hantar diorang gi tandas.. First-first nervous gak kan.. Cemana nak "kencingkan" diorang ni.. Lagi-lagi yang lelaki XD Iolls tak banyak pengalaman. Adik lelaki sorang jea. Tu pun dah besar dah.. But yea. Ok jea.. Haha, walaupun kadang-kadang tu kena bukakkan seluar dorang.. Ada tu pulak terkencing dah kat khemah.. -,- Cikgu panggil mama dia.. Haha

Rumah Kuning

Rumah Hijau

Rumah Merah


Ok enough kencing.. Budak-budak ni ok jea.. Comey lotey gitu.. Panggil kte cikgu pulak tu. Malu kte :3 Budak-budak ni sekejap"Cikgu-cikgu, nak basuh tangan" "Cikgu-cikgu, bukakan jajan ni" "Cikgu, saya nak abang saya *nak nangis" "Cikgu-cikgu nak tisu" "Cikgu-cikgu nak belon" (Dah laa diri ni like NO NO with belon -,-) Iolls like "Mintak cikgu tudung kuning tu" Haha.  

Ni rumah saya :D

Comel-comel sungguh :3

Ada tu pulak international student tu.. Dia pemalu and 4 tahun.. Mati-mati laa Iolls speaking.. Nak akhir-akhir tetiba dia buka mulut "Cikgu I want Balloon" "Share with your friend ok" "Malu".. And then the rest she talked in malay. I was like @_@ LOL. Haha.. Bilkis nama dia.. Eishhh.. Macam-macam XD

"Cikgu-cikgu" wif anak buah

And..........

Saya, dapat first kiss saya #`_`# Haha.. I don't even expect to get a first kiss in such young age *blushing.. Ok enough. Ok, ada sorang budak special dalam kumpulan biru ni. Dia seorang autistik. And sejujurnya, I tak tau handle sebenarnya. I mean cikgu pun susah nak handle. Dia tak boleh mengikut arahan, tak boleh bercakap.. So if suruh duduk, memang tak laa. Comel budak tu. Zaki nama dia :) And yea. Saya sebagai "Cikgu rumah biru" pun try laa mendekati and layan kan.. He seems that he's liking me. So I rasa lega laa since dia tak laa memberontak or tak nak kat orang. 

Suddenly, dia memang nak mintak peluk.. And saya tak faham sangat memula tu.. But then, I ok jea. Sambil I duduk bersila tu dia peluk jea. And btw,mak dia memang tak boleh berenggang langsung dengan dia. Mesti mak dia kat sebelah. So mak dia kat sebelah saya.. Lepas dia peluk kte erat, dia tengok saya. Angkat sikit tudung saya.. Tutup hidung dan kebawah (like pakai purdah gitu) and kissed me on my lips *_* My gaddddd.. Haha. Itulah cerita first kiss saya. Although dia budak-budak, saya rasa sedikit awkward.. But yea. Mak dia kat sebelah be like " Zaki, dah Zaki".. Saya tak pernah jaga budak autistik.. And, terima kasih Zaki. I feel the love. In unique way I think. Not that kiss ea. I mean dia peluk erat-erat. Macam nak saya tenangkan dia.. Gitu laa. When you hug, I feel the warmth.. Cikgu jaga rumah merah pun kena first kiss. That kind of technique jugak. Lapik tudung. Haha XP But sebelum first kiss, cikgu suruh Zaki kiss pipi saya without any lapik laa. Haha..

I am a proud teacher c:


Yay, cikgu Masturah with Bilkis :D

Ok, at the end saya rasa gembira dapat jadi sukarelawan sekolah lama saya. Tapi cikgu-cikgu saya dulu dah takde dah.. Semua cikgu-cikgu baru. And yet, this is my new experience and I am proud to be one of the volunteers :D
 
Siti Fatimah Masturah Official Blog