Sebaik-baik ciptaan. Kita.

Assalamualaikum :)

Bila dikira-kira, hampir setahun aku dijalan menuju matlamat hidup. D&T. Yang dulunya aku anggap aku cuma insan kerdil tiada apa yang boleh aku lakukan untuk dunia. Cukup untuk aku, keluarga.. Mungkin masyarakat? Tidakku sangka, mungkin sahaja jika tidak aku faham kenapa aku ini dijadikan Tuhan sebagai Khoiru ummah (sebaik-baik umat), umat ini akan menjadi semakin tenat. Kenapa sahaja disuruh Syaitan dan Malaikat tunduk kepada tanah liat. Andai sahaja sekarang aku tidak tahu kenapa.. Kenapa aku disebut tuhan sebagai yang istimewa itu. Padahal kejadianku dari satu bentuk yang hina tapi dimuliakan.

Apa yang dimuliakan Tuhan aku ini? Nak dikata punya keajaiban, aku cumalah jasad yang perlukan rehat, makan, air, kasih sayang. Jasadku tidak mulia..

Kemudian.. apa.. apa yang membuatku mulia?

Lupa aku. Manusia punya 2 unsur:

1. Jasadi
2. Rohani

Rohani aku, kau, dan kita. Ia dari Tuhan. Cebisan Tuhan yang kita ada. ROH ITU YANG DIMULIAKAN.
[15:29]

Roh itu yang punya pilihan, kita manusia ISLAM IKHTIARI.. Yang boleh memilih antara patuh atau ingkar berbeza dengan harakat alam buana (spt gunung, tumbuh-tumbuhan etc) yang islam ijbari (taat yang dipaksa/dimestikan kepada Allah)

Alam ini sangat taat kepada Allah, sedangkan manusia di bumi ini.. melanggar hukum tuhan. Tidak sejajar. Maka akan berlaku pertembungan. 

Jika tidak kerana manusia-manusia yang masih menjalankan kerja yang ditetapkan Allah (abid dan khalifah) bahawasanya hancurlah bumi. Dengan hadirnya orang beriman inilah bumi ini masih bergerak. Kerana alam ini dicipta untuk manusia. Manusia dicipta untuk memakmurkannya. Bukan untuk bercanggah dengan hukum Tuhan.

Bersama-samalah dengan alam.. Lihatlah alam dari sisi Al-Quran.

.

Sesungguhnya, hanya 2 pilihan yang kita punya. Adakah kita mahu tergolong sebagai tentera Allah atau tentera Syaitan. 

Jika kita tidak memilih berada dalam tentera Allah, mungkin sahaja kita berada di barisan tentera Syaitan yang pengakhirannya adalah Jahannam. Nauzubillahhiminzalik.. Semoga kita dijauhkan.

[40: 50-52]

Semoga kita berada di gerabak yang sama. Semoga roh pemberian tuhan ini dapat menjalankan yang Haq di bumi Allah. Kerana kita itu yang sebaik-baik ciptaan. Bukanlah Malaikat, Syaitan, Bintang, Gunung-gunung.. Mana mungkin sebaik-baik ciptaan itu tidak punya tujuan yang penting. Bersama-sama kita dengan alam buana ini berkerja. Menegakkan Syahadah yang tertangguh di bumi seluruhnya. Laksanakanlah khalifah. 

Mulia aku kerana dakwah. Tanpa dakwah aku cuma lebihan dunia.


Janganlah kita menjadi sia-sia setelah kita diberi title sebaik-baik ciptaan. Saya menyeru kalian, bersama-sama turut serta menegakkan yang Haq, dan menjatuhkan yang batil. 

Bersama-sama 

Comments

Popular posts from this blog

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 1 (PELAJARAN)

So, My first choice dalam UPU adalah....

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)