Wednesday, August 21, 2019

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :)

Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan semoga ia juga menjadi pedoman kepada kita semua:

"Panggillah aku hanya dengan, wahai hamba-Nya"
Ia adalah namaku yang paling mulia"

Bila Allah telah memberi manusia status hamba.. Itulah status yang mulia di sisi manusia.. Sedang apa yang kita fikir dari seorang hamba adalah mereka yang bersujud pada manusia. Dengan erti tunduk dan patuh sentiasa pada manusia. Hina neraca dunia yang telah menggambarkan seburuk-buruk tempat manusia..

Tetapi bila Allah telah menggunakan perkataan hamba dalam kebanyakan ayat-ayat di dalam Al-Quran, sungguh itulah tempat yang mulia.

Menjadi hamba tiada yang rugi walau perlu mengorban diri. Bukan mengorban tapi bersabar.. Kerana menjadi hamba kepada Yang Esa tidaklah menyujud tanpa makna.. Malah ia membuka ruang kelemahan hamba untuk menyandar pada yang Maha Kuat.. Justeru kelemahanku akan menguatkanku.

Bila sudah menerima status hamba, maka yakinilah yang akan jaga adalah Pemilik Hamba.

Jadi, itulah matlamat agung yang Allah beri kepada makhluknya.. Dan yang paling teristimewa...

Manusia. Abidullah.


Friday, August 16, 2019

Pulau Besar, Melaka

Assalamualaikum,

Pada 14 Ogos 2019 yang lepas, kami telah menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang penuh dengan sejarah islam yang dikenali sebagai pulau besar. Melayari bahtera sejarah sudah tentu ada perkaitannya dengan kita pada setiap individunya. Dan Alhamdulillah Allah telah memberi kesempatan kepada kami berenam untuk mengoreksi sedikit sebanyak sejarah yang berada di salah sebuah pulau di Melaka. 



Infomasi tentang Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail


Dan ada beberapa tempat yang lainnya seperti gua yunus yang sempat kami singgah.

Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh baca artikel ini: 

Perkaitan yang boleh ana konggsikan daripada sudut pandang ana adalah.. Memang benarlah misi islam  pada dahulunya adalah untuk disebar.. Daripada tanah arab ke seluruh dunia sehingga tiada fitnah seperti firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39:

Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.
Islam adalah sebuah agama yang suci.. Malah syahadah kita disetiap hari telahpun menunjukkan kesucian agama yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Setelah sahaja Nabi Muhammad wafat, bermulalah kehidupan manusia pada akhir zaman..

Di mana, zaman yang akan penuh dengan fitnah dan lama kelamaan ia mula mengelamkan cahaya yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada dunia..

Tidak lupa juga sang negeri di tanah malaya ini yang menjadi tapakan ulama yang menyebar syiar islam.. Yang membenih harapan baru kepada masyarakatnya. Sudah tentu sangat dihargai.. Pelbagai aktiviti khurafat menodai islam yang sekian lama bertapak di sini..

Ada kubur berhadapan dengan kubur Sultan Arifin. Tak dikenal pasti kuburan milik siapa.

Lembaran surah yasin yang berada di perkarangan kubur Sultan Arifin.


Kami berpeluang untuk berjumpa dengan penduduk pulau yang mengenali selok belok sejarah tentang Pulau Besar ini. Ummi panggilannya.. Menceritakan perkara yang diada-adakan di pulau ini yang sebetulnya tiada dalam sejarah.

Mendengar kisahnya yang penuh dengan hati yang cuba ummi sampaikan.. Dan melihat kami dengan harapan kami juga dapat mengembangkan islam. Huu,

Besar harapan ummah kepada kami.. Dan di saat telah meterainya pilihan untuk menjadi pelopor agama ini.. Maka, tanggungjawab tak usah dikata..

Rasanya memang kami datang untuk meneguhkan lagi kenapa kami memilih jalan ini.

Thursday, August 8, 2019

Hari ini..

Assalamualaikum ;)


Tiada yang dapat lari daripada ketetapan Allah yang berkuasa meletakkan segalanya pada kadar yang tepat. Setiap renek pokok kepada kepanasan yang masih boleh menghangatkan binatang-binatang di gurun pasir tanpa membakarnya. Cukup sempurna pada setiap kadarnya. Allah tidak memerlukan thermometer pada ukuran hanya 0℃ hingga 100℃. Untuk matahari yang telah melebihi hadnya. masih tidak membakar manusia, sudah tentu pada kadar jarak dan posisi yang tidak sedikit pun terlebih dan terkurang. Perkadaran yang jika ia terlari pada ketepatannya.. Akan binasa akibatnya..

Dan begitulah fitrah kadar manusia yang Allah juga telah cipta. Meletakkan kapasiti manusia untuk mendapat dua matlamat hidup. Menjadi hamba [surah ke-51, ayat ke 56] dan menjadi pemakmur bumi [surah ke-2, ayat ke 30]. Jika tiadalah salah satunya, bumi ini hilang perkadarannya. Jauh dari keseimbangan yang berjalan seiring dengan kadar ketaatan mereka yang ijbari. Seperti bumi yang punya matahari tanpa bulan. 

Seperti itulah, binasalah manusia menghamba diri kepada bumi ;( Keluar dari ukuran Allah. Untuk mereka yang keluar dari perkadaran ini, tidak pernah dihukum selari.. Tetapi dibuka harapan lagi. Tak pernah Allah berlaku zalim kepada kita kerana manusiawi yang telah leka dan alpa sentiasa. Mengejar bumi yang tiada makna dan akan hilang nyatanya.. Sudah buta diberi huluran.. Lambat laun supaya dapat mengenal erti melihat semula. Itulah sifat Allah kita.

Yang tidak pernah meninggalkan dan kekal setia. Menemani mereka yang cuba dalam mentaati dan mereka yang melakukan dosa sentiasa. Tiadalah Allah se-nano saat pun pergi. Dan masih lagi manusia memilih buta sebagai pancaindera yang utama.. Bergelumang ria diheret tuhan nafsu yang berdiri di hati. Menjadi hamba ikhtiari jauh tak kesampaian ke jiwa fitrahnya..


Relakanlah hati dipimpin Yang Maha Melihat, kerana sudah hakikat.. Suluhan mata manusia jauh dari kejelasan menjernihkan jiwa yang sentiasa kotor. 
Dan seperti semalam.. Ia telah pergi. Allah telah menukar angka pada detik yang menghabisi 1440 minit.. Dan sinar si hamba purnama yang setia di tengah kelam.. Masih berdiri harapan.. Dan sentiasa akan ada harapan pada mereka yang meyakini islam.

Peganglah hati itu pelan-pelan, dan relakan ia dijernihkan dan disulam Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia di dalam kelam. Sudahpun Al-Quran itu telah sampai kepada mereka dalam bentuk Kalam. Hanyasanya manusia perlu percaya bukan sahaja pada waktu kecewa tapi segenap penjuru usia.. Selamat menghimpun usia yang disulam kasih olehNya.. Ketahuilah pada saat kita melarikan kaki sejauh cinta dariNya.. Dia setia merangkul dosa untuk dihapuskanNya..


Allah pilih. Dan tetaplah ya Rabb memilih <3 

"Orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang beriman. Allah adalah pelindung orang-orang beriman."
[3: 68]




Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...