Tuesday, August 20, 2013

Saya? Patung Liberti? Apa kena mengenanya?

Assalamualaikum,

Peperiksaan Percubaan SPM dah bermula! Baru sahaja selesai Sejarah Kertas 3 hari ni. Tak ada rezeki dapat jawapan KBKK yang tepat. Terkial-kial juga laa jawab semasa tiga jam menjawab. Walaupun dah mencari di internet bagai nak rak! 

Bukan itu tujuan utama saya menaip ni. Haihh, secara jujur saya dah penat dan takut apabila loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat! Saja nak lambatkan langkah yang berjalan sebenarnya, walaupun saya faham Mariam terkejar-kejar nak menaiki bas yang selalunya tidak tentu masa untuk berhenti. Tiada kawan berborak laa katakan masa tunggu Mak saya ambil. Mulalah kaku dan menjadi patung Liberti versi Malaysia dekat situ -,- Beberapa minit, seperti biasa ada yang cuba mendekatkan diri kepada saya sambil merepek meraban memecahkan kesuyian di situ. Memalukan? Ya! Bayangkan di situ semua orang melakukan hal masing-masing tiba-tiba ada lelaki setahun jagung bersama-sama rakannya cuba mengusik saya yang sedang asyik menunggu dan sekali-sekala melihat jam yang lekat di tangan. reaksi saya? Sambung jadi patung Liberti cuma kadang-kadang mimik muka berubah. Macam nak ketawa pun ada tapi sedaya upaya menunjukkan muka serius. "Boleh saya raya rumah awak?". "Dah lama saya tak nampak awak, rindulah!". "Boleh bagi nombor telefon? Nanti senanglah nak cakap dengan awak". Ya ya, saya tahu ini semua hanya jenaka lelaki remaja zaman sekarang. Mungkin pertukaran hormon kot? Perkara ni dah berlarutan. Orang kata jangan layan, nanti menjadi-jadi. Jadi akur jea laa. Takut juga sebab zaman sekarang memang tak boleh percaya.. Haihh, suruh Mak ambil awal, memang lah tak boleh. Nak duduk sekolah lama-lama? Err, Nak duduk perpustakaan tak ada kad nak masuk. Nak duduk wakaf sorang-sorang? Saya lebih memilih jadi patung Liberti depan sekolah lebih kurang 15 minit.

Itulah, ngerikan? Bukan kes tu jea yang saya alami. Kadang-kadang masa menuggu tu, lelaki sebaya saya cuma saya lebih kerdil memberi salam "Assalamualaikum, tak jawab dosa.." Mesti perempuan dah naik nyirap kan kalau nak usha pakai ayat tu? Kau tu! Tak malu ke tegur anak dara orang? Tak ada batas ke? Maunya cakap macam tu. Tapi, batas berkata-kata menghalang saya berbuat demikian. "Saya dah lama perhatikan awak, saya suka awak". "Nak nombor telefon boleh?". "Awak tak boleh cakap eh?". Nampak sangat pengakuan jejaka yang tak berkarisma ini dusta belaka. Memang perkataan yang dia lemparkan dekat saya, saya cuma berdehem dan melakukan pegerakan tangan seperti ingin menghalau. Tangan sebelah memegang buku.

Memang stress time nak balik. Cuma mengharapkan Mak ambil awal masa tu. Selalunya saya bersama dengan kawan yang muda setahun daripada saya. Tapi, selalunya dia balik lambat. Jadi, jarang jumpa masa balik. Ini memang dilema. Masalah di kelas, perang dingin dengan seseorang ni sebab telah mengaku ada rasa sesuatu dengan saya. Dulu, memang boleh kawan. Sekarang, semua dah berubah. Tak bertegur.. Cuma masing-masing buat tak tahu. Bagi saya, perasaan cinta tu tak boleh keluar sekarang. Walaupun kadang-kadang remaja perempuan ni pantang nampak lelaki yang macho, terus cair hatinya. Cuma, memang simpan jea perasaan suka kerana tahu cintaku tak berbalas :) Perlahan-lahan dibuang, akhirnya hilang!

Baru habis baca novel Kau, Aku, Kita. Memang layan! Cuma, adegan-adegan mengghairahkan tu memang agak melampau -,- Saya dah dewasa kea? Whoot Whoot~ Novel yang unik dengan romantik komedinya. Ringkas dan sweet! (Saya dapat novel ni kerana memenangi satu giveaway ni, terima kasih sponsor yang bertauliah!)


Sekarang ni, buku tu ada ditangan si comel Mariam. Sahabatku sorang ni suka baca novel cinta. Jadi, cepat-cepat saya habiskan baca lepastu terus bagi dia. Masih mood raya walaupun sedang diambang Peperiksaan yang digeruni setiap calonnya!

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...