Kita sedang berjual-beli dengan Allah.. Segala pengorbanan yang kita lakukan didunia untukNya.. Masa, harta, tenaga.. Semua itu bukan percuma jika kita buat hanya untuk Allah. Apalah harga dunia berbanding akhirat.. Kalau ujian itu sakit, sakit kita bukan sia-sia.. Kalau terjatuh, bangunlah.. Masih lagi tersisa baki nak bayar mahalnya Syurga Firdausi tu. Dunia ini cuma tempat persinggahan yang jauh berbeza dengan akhirat. Sabarlah kalian.. Janganlah mengalah lagi.. Kerana impian kita semua akan manis in shaa Allah..
Meninggalkan jahiliyah yang sudah sebati dengan ummat ini memang sukar.. Banyak pengorbanannya.. Percayalah.. Setiap pengorbanan itu lah jual beli kita dengan Allah.. Nak ke kita jumpa dengan Allah dengan keadaan diri yang kotor. Sebab itu kita kena memberus, menyental semua jahiliyah2 yang masih melekat di dalam diri.. Penyucian jiwa bukanlah boleh dibuat semalaman.. Ia adalah proses.. Sabarlah melangkaui proses ini..
Yang pengakhirannya malaikat menjemput kita kesyurga dengan perbuatan kita di dunia.. ♥
Bersabarlah kalian <3 Syurga itu mahal.