Tuesday, August 27, 2013

Siapa sangka Fatimah macam ini :)

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni, apa yang terjadi kat saya pun tak tahu. Tiga hari dah menempuh cabaran-cabaran Peperiksaan Percubaan SPM. Alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang dan yakin walaupun Kedua-dua subjek tidak study :P Tak tahu nak study apa. Cuma baca novel. Dapat meningkatkan cara penulisan kan? Hehe, Insha Allah masih berjinak-jinak lagi mencuba hobi baru Membaca novel, yalah kita perlu belajar berdiri sebelum berlari :). Perlahan-lahan supaya hobi yang dilakukan dapat diamati barulah hidup bermakna, tak gitu? Dan tak disangka-sangka, saya memilih untuk buat karangan tentang faedah hobi semasa menjawab Bahagian B BM kertas 1. Saya juga lebih memilih untuk menceritakan faedah membaca novel daripada memasak. Saya akui, peperiksaan semakin hampir dan aktiviti memasak ditangguhkan. Rancangan nak buat sushi pun tergendala. Semua bahan dah ada cuma wasabi tak.

Baru balik dari MPH, beli tiga naskah novel. Sejak baca dua naskah haritu, lebih membara pula semangat ingin membaca. Dulu, saya juga yang menolak hobi ini. Yalah, semuanya macam fairytale yang bukan kita dapat rasa secara realitinya. Buang tenaga menangis dan gelak umpamanya. Tetapi, dengan pembaacaan novel saya dapat mematangkan diri dan mampu berfikiran jauh. Saya harap hobi ini bukan sahaja melengkapkan kekosongan masa senggang malah juga dapat menjadi Siti Fatimah Masturah Binti Musa yang lebih miang baik!

Kenapa naskah ye? Bukan buah ke?

2 comments:

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...