Saturday, December 21, 2013

Siapa sangka Masturah macam ini ♥

Assalamualaikum,

Hari bersilih ganti tetapi diri ini tetap di sini :)

Macam pernah dengar jea tajuk entry ni :) Hehe. Haihh... keluhan panjang*. Cuti sebagai seorang puteri lilin. Apalah sangat nak dijangkakan. Tambahan pula dengan ketiadaan ayah yang sekarang di Perak sehingga hari natal nanti :(.

Tak payah cakap nak keluar pagar rumah. Keluar bilik pun tak. Disebabkan ke-boringan yang terlampau sadis, hati saya terdetik menonton drama korea. What a joke? Haha, saya tak suka korean drama sebenarnya. Drama yang berkonsepkan romantik. Haha, siapa sangka. Hmm, mungkin sebab hari tu Farahin suruh tengok The heirs. Tapi baru tengok episod 1 dah tak boleh tahan. Tak faham apa yang dia ceritakan. Subtitle pun.. Haha, internet pun memang tak memberi kerjasama. Tiba-tiba rasa nak tengok Boys Over Flowers sekali lagi. Sekali.. Rasa-rasanya berkali-kali dah. Haha. Last tengok masa 2010. Hmm, entah laa kenapa kali ni air mata berjurai-jurai. Cerita korea memang macam tu kan. Tragis dan banyak konflik dalam percintaan. Saya layari maaduu. Memang tak ada loading cuma iklan yang mengambil masa beberapa saat. Tapi, tak semua drama ada kat situ. 

Saya tak suka tengok cerita korea sebab saya rasa ditipu oleh muka yang sangat handsome dan charming. Hero dan heroin yang sempurna. Malangnya, semua tu plastik belaka! Oh yea. Berbalik kepada BOF. Tu adalah drama korea yang pertama saya tonton dan saya sukakannya. Sekarang tengah proses men-download drama city hunter. Hero yang sama dalam drama BOF, Lee Min Ho. Yea, saya tahu dia kacak lagi berkarisma. Sebab tu saya tak suka tonton drama korea. Saya menyimpan hasrat dan harapan kepada seseorang yang PLASTIK? Kan.. Lepas tengok before and after dia surgery. Hati memang bagai kaca terhempas ke batu. Sadis..

Dah dah, nanti marah pula kan pecinta-pecinta aktres Korea. Hari tu, saya buat cream puff. Hasil yang positif dan sedap :D Senang gila. Dan tak payah takut kalau tak jadi. 99% mesti jadi. Masa yang singkat diambil untuk membuatnya. Resepi sini. Saya menggunakan inti kastard yang tidak mengandungi telur.

Hasil jari-jemari saya :D

Bye :3

2 comments:

  1. Cuti-cuti ni best layan k-drama..hihi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tapi jenuh juga menunggu drama habis. Panjang menjela. Satu episod 1 jam :D Haha.

      Delete

 
Siti Fatimah Masturah Official Blog