Assalamualaikum,
Pada 20 Mei yang lalu, saya telah menjalani Ujian memandu dengan pegawai JPJ. Alhamdulillah, dengan sekali percubaan saya lulus dengan mudah. Ujian di litar mengambil masa dalam 5-8 minit sahaja. Ujian memandu di jalan raya pun begitu. Allah memakbulkan doa saya supaya dimudahkan. Saya diberi jalan yang paling pendek dan saya tak sempat untuk menukar gear 2 pun. Hari saya ambil ujian ni ada 120 lebih calon. Jadi sampai petang baru laa ujian ini berakhir. Biar saya ceritakan pengalaman berharga ini.
1. Saya menguruskan pendaftaran dan mengambil no giliran. Saya dapat no 36 sesi 2. Maksudnya saya sesi yang agak jauh. Setiap sesi ada 50 lebih orang.
2. Saya menunggu di dalam bilik yang berhawa dingin. Menunggu untuk buat ujian litar. Dalam saya menunggu giliran saya, 4 orang sebelum saya semua gagal.. Saya dah rasa gundah-gulana. Ramai gagal sebab kat bukit jea dah panik. Banyak yang mengundur ke belakang balik. Diorang panik sebab lepas dah angkat tangan, pegawai tu terus suruh jalan. Memang pegawai jpj tu nak cepat sebab ramai lagi yang dia nak uji. Jadik ramai yang tak imbang betul-betul clutch dengan minyak. Tips: Tenang jea, lepas tarik handbreak, angkat tangan. Angkat clutch sikit-sikit, tambah minyak. Bila rasa kereta tu dah berganjak ke depan terus turunkan handbreak.
3. Lepas bukit, parking. Ada juga parking gagal. Biasanya diorang gagal sebab lupa step. Parking memang ada beberapa step yang perlu diikut. Step ikut yang diajar oleh cikgu korang. Sebab cikgu guna lain-lain step. Ada yang gagal sebab langgar tiang belakang. Tips: Ikut step betul-betul. Jangan main agak jea. Lepas tu tengok cermin pandang belakan masa nak mengundur nak masukkan kereta ke dalam petak parking.
4. Lepas parking, tiga penjuru. sebenarnya saya paling suka tiga penjuru ni. Sebab risikonya enjin mati atau terlebih olah gerak jea. Oke, di litar anda boleh mati enjin di mana sahaja kecuali di tiga penjuru. Jadi sesiapa yang asyik mati enjin tu jangan risau sangat untuk parking dan bukit. Tips: Kalau rasa masa angkat clutch tu bergegar macam nak mati, tekan clutch tu sikit. Pastikan hanya 3 olah gerak. Masuk, undur, keluar.
5. Oke, dah habis ujian litar. Ujian jalan raya pula. Saya tak boleh cakap banyak sangat pasal jalan raya sebab saya tidak diuji 100%. Masa saya, saya dapat kereta E, di sekolah saya semua viva. Baru-baru lagi. So, dari segi kereta mantap! Saya masuk kereta penuh debaran. Saya memberi salam "Assalamualaikum, tuan." Suasana kereta tu sejuk, radio terpasang, Pegawai yang tengah menyanyi -,-. Saya nak buat 5 perkara sebelum memandu, dia kata tak payah, saya bagi markah percuma kat awak. Sejujurnya, saya memang dapat yang sporting dan pegawai yang banyak meluluskan orang. So, saya bertuah. Jalan pun keluar dari sekolah turun bukit (sekolah saya kalau keluar memang terus turun bukit). Tak sampai habis bukit suruh U-turn balik, dekat BUKIT. Saya dah laa tak pernah nak U-turn atas bukit. Dia suruh saya pusing dan terus tekan minyak. Kalau saya terlaju dia yang brekkan. Masuk jea sekolah balik, parking dan tak payah matikan enjin. Tu jea.. Dia tick jea sembarang. Saya dapat 17/20. -,- Tips: Buat 5 perkara, kalau dia suruh jalan, ikut jea cakap dia. Tapi pakai tali pinggang keledar. WAJIB. Bagi signal nak keluar. Masa berhenti tu, garisan putih tu paras-paras dengang cermin kat dashboard tu. Maksudnya masih nampak. Lepastu penting sangat untuk lihat kanan kiri. Yang lain tu kalau jpj suruh laju kat depan sekolah, korang kena ikut cakap dia. Cakap terima kasih lepas dah habis buat.
6. Pegi kaunter, serahkan surat tersebut. Kalau nak tau gagal ke lulus selak jea kertas tu. Haha.
Begitulah pengalaman saya. Saya pun tak sangka dah dapat lesen. Tapi, saya tak sempat nak memandu lagi. Minggu depan dah masuk Uitm. Sekarang pun busy memanjang.
TIPS: Kalau anda dapat sesi yang last-last lagi bagus sebab diorang tengah malas dan suka luluskan sahaja.