Sunday, May 11, 2014

IPG? UPU? Matrikulasi??!

Assalamualikum,

Alhamdulillah, tempat untuk saya melanjutkan pelajaran luas. Keputusan UPU saya:


Saya berpeluang ke Matrikulasi, saya berpeluang menghadiri temuduga IPG dalam bidang Sains (SK) dan Asasi Sains di UITM.

InsyaAllah solat Istikharah itu saya akan lakukan. IPG saya tidak tentu dapat. Ayah saya menyokong penuh ambil Asasi tersebut. Saya.. ragu-ragu. Sebab saya tak yakin kepada diri saya yang saya boleh lakukan yang terbaik. Sebab SPM saya pun.. Bio dapat B. Tapi, Alhamdulillah Fizik, A- dan Kimia, A+.

Ayah saya kata bolehh. Ayah saya kata pun dia tak sangka dia dapat jadi macam sekarang. Ayah saya kata budak-budak pandai semua masuk UM, UPM dll. Jadi, UITM ni boleh laaa. Saingan sesama sendiri. Hmm, Kalau tak ambil Asasi macam rugi. Kalau dapat CGPA 3.50 keatas ada peluang untuk melanjutkan ke program Farmasi, Perubatan atau Pergigian. Kalau CGPA 2.50 ada banyak program lain berkaitan Sains contohnya Sains Kesihatan. Kalau tak ambil IPG pun macam rugi.. Sebab kerja itu pasti. Dan, temuduga itu saya akan hadiri juga.

Memang kebanyakan kawan saya dapat UITM. UITM di Malaysia sangat banyak berbanding Universiti lain di Malaysia. Tetapi Asasi Sains dekat Puncak Alam. 

Semoga saya membuat pilihan tepat. Ameen.

4 comments:

  1. Sis slps tu plih apa, sbb situasi sis sbjik cam saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pilih upu.. Dapat asasi sains uitm. Alhamdulillah :). Asasi lebih banyak kelebihan berbanding matrik. Tapi kalau betul2 minat ipg pun ok sangat pilih ipg.

      Delete
  2. Akak I need your help. Sya perlukan motivasi, spm saya 6A je.... saya nak masuk palam dah ni... akak ada whatsapp tak.. nak tanya personal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email no phone kat gula_kapashh@yahoo.com :)

      Delete

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...