Kini sendiri berpimpinkan memori

Assalamualaikum,

Aku tak pernah penat cerita tentang 2 sahabat aku yang sangat aku kasihi.. 

Wahai sahabat dunia akhirat,
Berpisah kita secara adat,
Namun hati kita sangat dekat.

Wahai sahabat penyeri hari,
Semoga kita berjumpa nanti,
Melepas rindu terbuku dihati.

Wahai sahabat yang sempurna,
Selama ini tidak pernah meminta,
Cuma memberi dengan senyum dimuka.

Wahai sahabat yang ku cintai,
Yang tak pernah melihat buruk diri ini,
Menerima aku dengan luas hati.


Wahai sahabat satu dalam seribu,
Dirimu itu sukar diganti.. Aku masih disini tenggelam dengan memori. Susur realiti pahit untuk aku jalan seorang tanpa lagi sahabatku kiri dan kanan..
Salam sayang,
Masturah

Comments

Popular posts from this blog

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 1 (PELAJARAN)

So, My first choice dalam UPU adalah....

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)