Sunday, October 23, 2016

People being "people"

Assalamualaikum,

So yeah, I am a second year student now. The year which I thought I'll be ok and I can manage my time systematically. You know what. University's student came from a lot kind of people. I talk about UNIVERSITY'S STUDENT. Tak payah cakap lagi laa orang luar. Please, I know people do have problems. Siapa tak ada tu bukan hidup kot. Tak pun mental problem. Susah if sorang marah and another one pun nak marah. Just please people. You talk to a human being just like yourself. Semua orang tahu tak semua orang sempurna. It is a normal thing kalau every first timer buat salah. That will make you learn. And if there is something wrong tak perlu nak terus marah.. Tengok dari semua sudut baru salahkan orang tu. Kalau nak marah pun, cuba kita reflect semua kindness yang dia pernah buat. Janganlaa sebab satu benda pun dah nak melenting. Please people.. I am mentally and physically tired.

I do not know your background story. Maybe datang dari keluarga yang ada isu.. But still, this world need some kindness. Serius saya sendiri penat. Kalau jadi kat diri sendiri ok laa since kadang-kadang dah biasa. Tapi bila tengok keadaan sekeliling yang macam tu, I don't get it why people does not have that common sense. Dah cantik agama kita atur adab-adab. Cakap jea adab apa. Adab terhadap rakan, adab terhadap ibu bapa. Adab terhadap guru. You name it. Sebab tu laa kan, kalau kita nak belajar agama tu jangan lihat pada orang tu. Tapi lihat pada Kitab yang kita pegang. 

Korang ingat Al-Quran yang turun sejak zaman Nabi Muhammad ni untuk sahabat-sahabat dan untuk orang zaman tu je ke? Korang rasa kenapa turunnya Al-Quran tu? Dan kenapa kita kena baca? Al-Quran tu bukan nabi yang buat. Al-Quran tu daripada pencipta kita sendiri. Kenapa dia nak bagi kat kita? Supaya kita dapat menjalani hidup ini dengan cara yang dia redha. Supaya kita sampai ke destinasi yang kita semua umat Islam impikan, Syurga Allah.

Kalau orang cipta printer ada buku manual untuk berfungsi, samalah kita. Kita pun perlu ada manual which is Kalam Allah untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Masa hari perhitungan, Al-Quran akan tuntut hak dia.. Hak untuk dibacakan.. Korang tak nak ke Al-Quran jadi peneman kita kat kubur sorang-sorang nanti? 

Just nak cakap.. Berbaliklah kepada Al-Quran sahabat-sahabat.. Al-Quran adalah cara Allah berkomunikasi secara tidak langsung dengan kita. Cara dia nak melimpahkan kasih sayang dan menceritakan betapa kita manusia istimewa.. Peringatan untuk diri dan yang lain.

I am sorry, saya bukan nak tunjuk saya mengajar ke apa.. I am extremely tired with my everyday life yang penuh dengan hate and negativity. Since me myself pun susah nak recover from negative thought, just please people. Be kind to one another. Our prophet pbuh pun mesti sedih kalau baginda tengok kita melayan muslim yang lain macam tu kan? 

Lastly, to cool down all those masalah manusia, I want to share yesterday's program. Again, I jadi fasi for the last time ;) I feel at least something good happened to me lately. Adik-adik form 4 sangat baik. Terharu akak. Walaupun this program setiap bulan dari bulan 4 hari tu sampai Oktober.. dan saya join 2 kali jea.. I feel the great bond between me and the students.. Makasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ni especially kak Zura. Ni yang bersemangat nak jadi cikgu :3 bukan cikgu math laa. In shaa Allah cikgu bio :P Haha..

No comments:

Post a Comment

 
Siti Fatimah Masturah Official Blog