Assalamualaikum semua :)
Sebagai seorang manusia yang normal, menjadi sunnahtullah bila seseorang itu akan merasa dirinya sangat bahagia dan ada kalanya seseorang itu akan merasakan dirinya sangat-sangat teruk.. Apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Haha..
Hmmm, ntahlaa. Bila aku fikir, takyah sangat laa jadi emosional. Macam kau jea ada emosi. Masalah kau tu kecik gila. Cer kau tengok balik pergolakan dunia yang tak habis-habis ni. Darah merupakan tatapan mereka hari-hari. Sudah ke aku mengucap kata syukur? Masih dikurniakan nyawa untuk mengumpul bekal aku untuk hari yang bakal menyusul.. Masalah dengan manusia tak pernah habis! Kenapa aku kejam sangat dengan diri aku..
Jujur dari hati.. Kesabaran saya diuji... Terima kasih Allah, jika ujian ini membuat aku dekat denganMu. Sungguh aku sangat perlukanMu. Kerana kau mahu memberi tahu aku.. Yang aku tidak boleh meletakkan harapan kepada manusia sebaliknya hanya kepadaMu sahaja aku perlu berharap. Manusia tiada kuasa..
Aku tak tahu nak berlari ke mana. Perlu ke aku melarikan diri?
Memang orang sekeliling tengok aku macam happy and mungkin orang tengok aku hipokrit. To be honest, yes.. It seems like saya hipokrit. But the real thing is saya nak sehabis baik menahan sabar. Kerana saya tahu.. In shaa Allah setiap kesabaran saya membuahkan pahala.. Aamiin.. Kerana Rasulullah mahu kita mengelak daripada marah.. Bayangkan orang yang kau sayang.. tak percaya kau..
In shaa Allah setiap keburukan yang berlaku punya hikmah yang besar dalam hidup saya. Bila difikir balik. Saya tidak nak menyesal dengan musibahyang berlaku. Kerana saya yakin Allah akan menggantikan sesebuah kesedihan itu dengan perkara yang membahagiakan yang saya sendiri tak tahu. Mungkin kalau bukan sekarang.. nanti. Sebab itu SABAR.
Nanti saya buat entry panjang sikit berkenaan dengan sem yang paling mencabar setakat ini. Mencabar mental dan fizikal saya. Buat masa ni saya minta doa dari kalian.. Semoga segala perkara yang saya lakukan menuju redhaNya. In shaa Allah.. Babai <3
Sayangku fatimah masturah. Allah will not burden a soul beyond it can bear. Allah tahu awak kuat thats why Dia uji. Sabar lah selagi daya. Wanita syurga takkan mengeluh. A reminder for us:)
ReplyDelete