Sunday, March 19, 2017

Jalan berliku.

Assalamualaikum,

Jika menuju Tuhan itu jalan yang senang. Mungkin sebumi telah memilih jalan itu.

Berimankah kita dengan hari itu? Rukun iman.. Yang WAJIB dihafal.. tanpa benar-benar beriman dengannya. Apa kau bertuhankan dunia atau Tuhan yang menciptakan dunia? 

Apakah kau bertuhan manusia! Seakan manusia memegang rezekimu..

Apa kau pilih dunia berbanding syurga? 

Mengapa syahadah itu diucap untuk menjadi muslim? Tidakkah membuat kebaikan juga boleh tanpa mengucap syahadah?

Apakah kau bergantung harap kepada manusia yang Maha lemah? 

Tidak cukupkah kau hidup dengan perbohongan ini? Kenapa kau hidup di dunia ini.. Bertujuan apakah kau hidup hari-hari kau?

Rasulullah. Kenapa kau sayang sekadar bicara? Sedang kau mengaku kekasih hati..

Aku bertanya soalan.. Yang dulunya aku berfikir.. Aku juga tertipu.. Aku tidak faham.. AKU PERLU FAHAM. Kerana aku dicipta Allah dengan tujuan. Sedangkan makhluk lain dicipta Allah punya tujuan. Apatah lagi aku, manusia.. Yang dikata sebaik-baik ciptaan.

...

Oleh itu, janganlah kau kata kau lemah kerana aku.. Kerana aku bukan pemberi kekuatan.. Aku cuma boleh mencuba.

Jangan berharap aku boleh memberi yang terbaik.. Kerana aku cuma boleh mencuba.

Jangan berkecil hati dengan teguranku.. Kerana aku cuba membawamu bersama ke jalan ini. Jangan yang berliku ini.

Janganlah terus menjunamkan diri jika aku tiada.. Sesungguhnya, aku bukanlah sumber kekuatan yang abadi.. Aku hadir untuk cuba membantu kau berdiri dan kau terus.. merangkak, berjalan dan akhirnya berlari ke arah yang satu..

Kerana aku tidak berjanji selalu ada setiap masa kau terasa aku yang sepatutnya hadir.. Kerana Allahlah kau berada di jalan ini. Kepada Allah kau serahkan seluruh daya upaya kau. Kepada Allahlah kau meminta kekuatan. Kepada Allahlah kau bercerita..

Wahai pencari kebenaran.

1 comment:

  1. sangat berinspirasi...

    jom follow blog saya http://www.syesaurus.blogspot.com

    ReplyDelete

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...