Wednesday, December 26, 2012

Sahabat atau kejayaan?

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Pada zaman sekolah desa dulu saya ngan Nadia selalu cakap pasal tajuk ni ' Fatimah, kalau aku kan, aku lebih rela pilih kawan. Kalau kita berjaya pun kalau takda kawan tak bermakna apa-apa pun.'. Dan saya tak fikir orang yang berjaya takda kawan. Macam mustahil kan? Well, kita kena betulkan niat, berkawan kerana Allah begitu juga dengan cinta. Cinta kerana Allah. Dan, hari ni bukan saya nak cerita pasal nonesense lagi okai. Tapi, persahabatan memang penting untuk kita melalui segala detik indah mahupun yang kurang manis. Saya pernah laluinya. Sahabat memang memainkan peranan penting dengan membentuk kita. Saya pun pernah tersalah arah untuk menentukan hala tuju saya. Sahabatlah yang membetulkan balik landasan masa depan saya.

Sahabat bukan sahaja tempat untuk kita bercerita masalah tetapi juga berkongsi rasa. Kawan biar 1000, musuh biar 1. Bhaha, saya sangat menghargai apa yang saya ada. Ada orang yang setia berdamping dengan saya dan mendengar keluhan saya yang ntah pape. Dialah yang memberi motivasi serta dorongan. Dialah yang menyokong dari belakang mahupun depan. Saya ingat lagi kawan baik masa zaman tadika dulu. Saya ingat lagi kawan yang mendampingi saya semasa saya mengalirkan air mata. Dan sekarang, saya amat menghargai korang semua. Semua sekali!

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...