Sunday, March 17, 2013

Aku dahagakan cinta dari-Mu ya Allah. Campakkanlah hidayah-Mu agar daku dapat merasakan percikan kasih sayang-Mu yang akan membawa hamba-Mu ke Syurga. Dengan kasih-Mu sahaja ku dambakan. Dengan Kuasa azali-Mu yang dapat mengubah masa depanku. Aku berharap, merayu dan bersujud untuk melihat-Mu. Golongkanlah aku di tempat golongan muslimat yang mendapat syafaat-Mu ya Muhammad, kekasih Allah. Aku tahu di setiap detikku terdapat liang-liang yang dipenuhi dengan dosa dan maksiatku. Sesungguhnya, Engkaulah yang pemurah, lagi Maha penyayang. Tiada tempat ku bergantung selain Kau yang Maha Esa lagi berdiri sendiri. Hanya Engkau yang layak diPujakan dan diSujudkan. Sesungguhnya, hambalah yang lemah dan dan kerdil. Kasihilah daku ya Allah. Engkau sahaja yang mendengar segala pujukan dan rayuanku. Ameen..

{Tak tahu kenapa hati kecilku berkata aku bersalah}

1 comment:

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...