Saya SPM tahun ni

Assalamualaikum,

Cuti yang bosan kan bagi pengambil SPM tahun ini -,- Since saya punya result masih boleh bertahan lagi so far. Tapy, saya tak boleh kata keputusan itu akan kekal lama -,- Sebab baru jea US 1 kan? Hmm, tapy ada laa sikit penyesalan yang tidak berguna juga. Cuma, saya tak tahu bila nak start jadi murid yang betul-betul berjaya. Hari tu, Result SPM kat sekolah saya 19 orang dapat straight A's. Rasa macam.. Cuba bayangkan kalau saya diantara mereka? Saya rasa nak banjirkan seluruh Johor ni dengan air mata kegembiraan. Sejak saya tanya mak saya saya sesuai jadi apa, saya rasa macam tak ada apa yang saya nak kejarkan. Sebab saya takda minat nak ada kerjaya. Saya nak jadi suri rumahtangga yang berjaya mendidik anak-anak jea. Rendah sangat kea cita-cita saya? Sekurang-kurangnya dapat melahirkan zuriat yang berjaya kan? -..-" Terlalu kedepan sangat ea? Hmm, mak saya cakap saya sesuai jadi guru, pensyarah tak pun doktor. Tapy, saya berminat untuk menjadi chef yang bertauliah. Tu laa, kalau dah saya tak pandai buat pilihan masa depan yang cerah ibubapa yang patut pilihkan. Dan saya dah fikir sebenak-benaknya saya nak mencapai kearah perubatan. Abang-abang saya semua ambil jurusan komputer dan mekanikal macam ayah saya. So, saya mungkin lain dari yang lain. 

Tutup cerita pasal masa depan. Sekarang saya cuma nak cakap 'Cuba bayangkan saya bercakap/berucap kat atas pentas dekat dataran di hadapan ribuan orang'. Dapat bayangkan? Satu kepastian yang tinggi yang saya akan buat demikian. Hmm, mungkin masa tu saya sorang-sorang, tapy saya tak kesah. Allah ada tengok saya :). Tujuan? Err, saya kan pengerusi Puteri Islam jadi saya akan arahkan pasukan kawad masuk dan keluar. Ahhhh, hahaha Dapat bayangkan tak? Saya sibuk-sibuk tanya orang lain macam mana nak membina keyakinan diri. Macam mana ni T__T. But, apa yang pasti saya akan buat sehabis baik. Doakan saya :)

Comments

Popular posts from this blog

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 1 (PELAJARAN)

So, My first choice dalam UPU adalah....

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)