Saturday, March 23, 2013

Bukan nak mengata, cuma meluahkan

Assalamualaikum,
Saya nak meluahkan ;') Boleh kan?

Saya terasa,
Mereka tidak memahami apa yang saya rasa,
Yang mereka tahu hanya mengadu domba,
Pemusnah semangat, Penghapus jiwa.

Saya tak faham,
Kenapa tuhan tidak memberi ilham?
Mungkin hati mereka hitam,
Dapat sedikit pahala terus terpadam.

Mereka rasa,
Sayalah penyebabnya,
Tanpa tanya dan bicara,
Sedih, hiba dan hampa.

Mungkin kebenaran akan tiba,
Tetapi bukan sekarang masanya,
Sabar dan bertawakal hanya pada-Nya,
Kerana Dia yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...