Thursday, November 28, 2013

SPM saya dah habis :D

Assalamualaikum,
Muka saya terlalu lega. Jadi lebih baik tidak ditunjukkan. Last day beb pakai seragam sekolah ni ;)

Dengan berakhirnya Biologi kertas 3, maka berakhirlah SPM yang sangat ditunggu-tunggu selama ini. Banyak cerita yang nak dikongsi dalam blog ni.

So far, exam macam biasa tak susah sangat tak senang sangat. Macam peperiksaan yang selalu saya lalui. Dah laa, tutup cerita periksa. Buka cerita pasal selepas periksa. Hmm, lepas habis jea last paper, kami ditahan untuk berjumpa dengan PK HEM. Kami semua seperti sudah tahu yang beliau akan menyajikan kami dengan bebelan panjang oleh kerana kami bakal bergelar pelajar lepasan SPM. Sangkaan kam semua salah. Apa yang berlaku sebenarnya? PK HEM memberitahu bahawa kelas kami SN1 dan SN2 TERBAKAR dan sebahagian meja rosak. Kelas kami merupakan kelas tambahan yang dibina sekolah iaitu sebuah kabin dan terpisah dengan blok sekolah. Kami semua memang terkejut. Siapalah yang nak memusnahkan memori yang tersimpan dalam kelas itu? Sangat tidak berhati perut. Selain itu, ada contengan BABI di belakang kabin serta huruf yang tidak dapat dikenal pasti apa maksud tersiratnya. PK HEM menyuruh kami memberi maklumat tentang kejadian yang sangat memilukan ini. Yaa, sangat menyedihkan kelas suka duka saya.. Hmm.

Cerita seterusnya tentang saya terpilih untuk menghadiri sesi wawancara bagi program UTP EDUCAMP. Tak silap satu program foundation ataupun asasi. Tetapi, bidangnya kearah kejuruteraan serta elektrik. Saya kalau boleh tak nak ambil FIZIK yeaa. Haha, ayah saya kata tak payah pergi. And, saya pun setuju. Jauh :( Perak. Pemilihan dilakukan berperingkat-peringkat. Daripada beribu akan menjadi beratus sahaja yang layak. 



Selepas habis kertas 3 Biologi kami diarahkan memulangkan buku teks yang dipinjam. Berapa buah buku? 22 Buah semuanya. Hoho, saya mengambil keputusan untuk membawa buku tersebut selepas habis Bio. Maksudnya, saya tidak membawa buku tersebut awal pagi lagi. Abang saya akan menghantarnya ke sekolah. Korang tahu tak sekolah kami ini mempunyai susur gajah yang panjang gila. Hoho, dapat bayangkan tak saya yang bagai angkat sekampit beras dari pintu pagar ke bilik SPBT -,-. And yet, masa dalam perjalanan yang sangat memenatkan itu, ramai yang cakap dengan saya, kenapa tak suruh masukkan jea kereta kat dalam sekolah. Saya macam... Emmm, Aaa.. saya dah separuh jalan dah pun. Hoho, nak menangis sebenarnya dengar macam tu. Manalah saya tau boleh masuk :(. Ain pun buat macam saya. Dari pintu pagar ke bilik SPBT. And again, masa tengah berjalan dengan timbunan buku ditangan ada seorang gentleman menawarkan khidmatnya dengan serius sambil menghulurkan tangannya. Saya... saya cakap takpa takpa terima kasih dengan nada yang agak marah dan menjauhkan buku tesebut? Saya tak bermaksud pun. Tapi, cuba bayangkan saya tercungap-cungap angkat buku, dia tegur. Mestilah suara saya agak berbeza daripada yang biasa. Tapi, yaa. I don't know him. Mungkin dia daripda kelas Perakaunan? Bagus lelaki macam tu. Keep it up. Hoho.

Tetapi, lelaki yang saya harapkan hanya melihat saya yang bersusah payah!!!! Memang terus tawar hati. Dia tu lelaki kea? Kenapa dia buat-buat tak nampak saya? Sudahlah, awak memang lelaki yang tak boleh menawan hati saya. Terima kasih. Sakit hati hilang!

Nevermind ;) Anyway saya memang suka dengan bakat penyanyi YouTube Sam Tsui. Saya tidak menafikan bahawa bukanlah semua lagu dia sedap. Tapi kebanyakannya covers dan original dia best dan memuaskan hati saya. Peminat Malaysia dia pun dan bertambah! Saya pun tidak terkecuali. Hehe, paling macho sekali masa dia nyanyi lagu Hold it against me by Britney Spears. Sangat macho :3. Saya juga seringkali mendengarkan lagu Shadow, Just a dream dan Just give me a reason. Cair saya. Dan nyanyiannya juga sudah dimaikan di radio Malaysia seperti Hitz fm pada slot Hitztube pada hari Sabtu 2 petang dan ulangannya pada hari Ahad pukul 8 malam. Stay tune yea! Hitztube merupakan slot yang memainkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Youtubers such as SAM TSUI!!!



Abang saya menawarkan khidmat mengajar memandu kereta dengan kereta vivanya. Hoho, takpelah.. Kalau rajin, nanti belajarlah yeaa.. dengan guru memandu yang tidak diiktiraf :)

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...