Saturday, November 30, 2013

Tawaran menggunakan keputusan Percubaan SPM

Assalamualaikum,

Saya telah mendaftar dua program iaitu asasi di UTP dan pra diploma di UTHM. Alhamdulillah kedua-duanya berjaya. Tetapi sayang, sebenarnya sijil pra diploma tidak begitu dititik beratkan. Program pra diploma hanya belajar asas dan cuma mengumpul pengalaman. 


Kalau program di UTP pula, pengambilan Januari serta Mei perlu ditapis dengan wawancara yang perlu dihadiri. Walaupun UTP swasta, tetapi mereka menyediakan biasiswa selepas program itu. Selepas keputusan SPM keluar, dan didapati keputusan itu cemerlang maka anda layak untuk mendapat biasiswa bagi sem seterusnya. Itulah sedikit sebanyak yang saya faham tentang kedua-dua program ini.

Walaupun, kemungkinan besar saya tidak menyertai kedua-dua program tersebut, saya masih tidak menolak program tersebut secara online. Saya akan menentukan semasa tarikh tamat hampir tiba. Insha Allah keputusan yang bakal saya ambil itu adalah tepat.

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...