Monday, May 18, 2015

Let be serious here..

Assalamualaikum,


Ingin aku menyendiri,
Setelah aku sakit hati,
Menyedari kau tiada disisi,
Sungguh aku rasa sepi.

Sakitnya cinta cuma sehari,
Esok lusa cari pengganti,
Tidakkah engkau sedar diri,
Kehadiran kau cuma ulangan lagi.

Hmm, umur saya dah nak masuk 19 tahun ogos ni. Mak saya berkahwin pun umur 19 tahun. Today I want to talk about love, based on my opinion.

I have to say that I have not much knowledge about love. Lawak lah kalau saya kata saya tak pernah jatuh hati kat teruna. Perasaan cinta itu nafsu. Nafsu perlu dikawal. For me, tak ada alasan yang kukuh untuk bercinta masa alam persekolahan. Masa sekolah menengah, saya pun adalah kenalan lelaki dan kitorang selalu bermesej. Sehari kadang-kadang 100+ (Ini bukan zaman whatsapp ok, satu mesej 10 sen) dan saya nak cakap yang saya menyesal setiap mesej yang saya hantar kat dia. Although kita cuma berkawan. Dia jea.. Dan saya menyesal. Sebab saya rasa saya dah melakukan sesuatu yang tak bermanfaat. Dah jadi trend yang sangat popular berpasang-pasangan yang cuma menjanjikan cinta. Cinta yang dikatakan sejati.. Walaupun dah terucap perkataan itu berkali-kali pada manusia yang berbeza. Lawak kan?

Pernahkah saya mempunyai pasangan? Tidak. Setakat ini tidak. Alhamdulillah. Jadi saya tak pernah mendengarkan janji manis yang diucapkan kepada saya. Saya cuba sedaya upaya untuk keluar dari persoalan "Boleh berkenalan?". Soalan tu.. huh. For me, lelaki kena faham. Lelaki akan memegang tanggungjawab yang sangat besar. Masa yang sesuai untuk lelaki mencari pasangan adalah ketika kewangannya stabil. Akhlak dan imannya terjaga. Kalau nak berkenalan dengan anak orang pun, pergilah berkenalan dengan ibu bapa pihak perempuan. Minta izin dulu supaya ibu bapa perempuan tahu anaknya berhubung dengan siapa. Tak gitu? Well, sebagai lelaki.. kenalah berani kalau nak. 

Kalau awak tu (lelaki) masih belajar.. Dah janji macam-macam kat pasangan.. Sanggup ke pasangan tu tunggu? Dah laa tak halal lagi. Hmm. Saya tak bijak berkata-kata. Saya pun tak ada pengalaman. 

Kadang-kadang saya intai pemuda-pemuda kat masjid.. Yang ciputt tu. Semua dah kahwin. Nak cari lelaki yang boleh menjamin syurga? Susah. Kalau anda lelaki, tak pandai baca doa qunut. Korang rasa layak ke korang nak ajar anak bini korang supaya hidup dengan agama? Hmm, daripada cari anak dara orang dalam umur yang tak matang lagi ni.. lebih baik kukuhkan agama dalam diri. 

Saya juga.. Sedang mencuba dan in shaa Allah istiqamah nak menjadi muslimah yang lebih baik. Kat sini saya cuma nak cerita yang saya dikejutkan dengan panggilan seorang lelaki. Terkejut sangat. Telefon saja-saja. Mintak alamat. Kata nak kacau. Eh tolonglah, banyak benda lagi yang boleh dia buat daripada mengacau. Ada FB pun tak secure. Hmm.. Rimas. Sebab tu tak nak ada laman sosial.  Cuba faham wahai kaum lelaki.

1 comment:

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...