Monday, August 24, 2015

Oh degree 3

Assalamualaikum, 



Semalam, saya tidur lena. Pada pukul 4.20 saya bangun.. Alhamdulillah, saya sempat menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat. Hajat saya dalam solat itu adalah supaya saya diterima untuk di tempatkan di utm.



Pagi ini pada pukul 8 saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik saya (saya dah bangun). Yup, my dad. Dia cakap tahniah sambil menghulurkan tangan (salam) and he said saya telah diluluskan oleh pihak fakulti biosains dan kejuruteraan perubatan untuk kos biologi. Seperti yang saya minta dalam surat rayuan.

Saya... Saya bersyukur. Alhamdulillah. Saya sujud syukur. Saya menangis. Seperti doa itu dimakbulkan dengan pantas. Rasa seperti tak layak dilayan begitu. Allah maha pengasih dan maha pemurah.. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Kenapa tidak pertahankan dietetik? Sebab mula-mula dulu saya memang target nak dapatkan dietetik. 3 u berlainan saya letak kos sama. Semuanya pilihan 2, 3 dan 4. Saya fikir mungkin bukan rezeki saya belajar dietetik. Daripada saya mohon yang jauh2.. Saya fikir lebih elok merayu yang paling dekat.

Tak sangka. Dulu tadika saya di utm. Sekolah agama saya di utm. Alhamdulillah dapat sambung belajar di utm. Syukur sangat. Lepas ni hari-hari boleh lunch kat rumah ( 〃❛ヮ^〃). Hee, in shaa Allah. 


Doakan semoga semua berjalan dengan lancar. Aamiin..

9 comments:

  1. Boleh sy tau tak mcm mana ikhtiar awak ni ? Rayuan ke ? Nak cuba laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat surat rayuan (surat rasmi) sertakan dokumen2 yang menyokong spt transkrip, muet etc. Then surat dan dokumen2 tu hantar direct ke dekan fakulti kos yang kita nak.

      Delete
    2. Hantar by hand atau pos ? Sijil sijil semua awk masukkan sekali ke ? Btw, thanks for reply

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Do u hv an email ? maybe we can interact cepat sikit kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hantar by hand as ayah saya pun staf kat sana and dekat jea dengan rumah. Saya sertakan salinan ic, salinan sijil spm, salinan transkrip rasmi, salinan sijil muet dan dalam kes saya, saya sertakan sekali salinan upu haritu sebab nak menyokong surat rayuan. Feel free to email me at gula_kapashh@yahoo.com. For today saya free. But esok 1 sept saya dah start daftar. Saya akan tolong jawab semampu saya.

      Delete

 
Siti Fatimah Masturah Official Blog