Friday, October 16, 2015

Resepi Sheperd Pie versi Sardin :D

Assalamualaikum,




Basically sheperd pie adalah gabungan kentang lecek (mashed patotoes) dengan daging kambing cincang yang dimasak dengan beberapa bahan yang lain seperti lobak, peas, salt pepper and etc. 

Tapi harini, saya nak share resepi sheperd pie sardin yang senang. The difficulty rate 2 out of 5 which is quite easy XD. Okay-okay, straight to the ingredients.

Bahan-bahan (4- 6 orang)

Kentang lecek


1. 8 biji kentang (dikupas)
2. 2 sudu kecil garam (untuk rebus bersama kentang)
3. 1 cawan susu segar (saya larutkan susu tepung dengan air jea)
4. 2 sudu besar mentega/majerin
5. 2 sudu kecil Maggi secukup rasa (boleh guna garam, ikut citarasa)
6. 1/2 sudu kecil lada hitam halus

Sardin

1. 1 tin sardin
2. 1/2 bawang besar (potong dadu)
3. 2 ulas bawang putih (cincang halus)
4. 1 sudu besar minyak masak

Hiasan

1. Keju Cheddar (disagat)
2. Daun parsley kering


Cara-cara


1. Rebus kentang bersama garam sehingga empuk. Cucuk guna garfu untuk memastikan kentang sudah empuk


2. Sementara menunggu kentang empuk, boleh potong bawang besar dan cincang halus bawang putih.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih. Setelah itu masukkan sardin dan tuangkan sedikit sosnya (jangan terlalu banyak, supaya tak terlalu berkuah). Pecah-pecahkan sardin sehingga dapat ketulan yang kecil. Masak sehingga kuahnya kering sedikit. Matikan api.

4. Selepas kentang empuk, buangkan air rebusan. Dalam periuk yang sama, masukkan mentega, susu, Maggi secukup rasa dan lada hitam. Lecekkan kentang tersebut dengan menggunakan "masher".

Masher

5. Setelah kentang lecek dan sardin dah siap, ratakan sardin ke dalam bekas kaca yang tahan haba. Diikuti dengan sedikit taburan keju di atas lapisan sardin tadi.

6. Ratakan pula kentang lecek di atas taburan keju. Letak sekali lagi keju di atas kentang lecek dan taburkan sedikit daun parsley kering.


7. Panaskan ketuhar pada 180 darjah celsius. Setkan haba di bahagian atas sahaja. Setelah ketuhar panas, masukkan sheperd pie sardin ke dalam ketuhar dan masak sehingga keju bertukar warna kuning keemasan.

8. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan sekejap. Setelah itu boleh hidangkan :D

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...