Allah make me strong, and strong I will be

Assalamualaikum,

"Masturah, awaklah pemuda itu. Pemuda yang punya hasrat untuk melakukan perubahan pada umat tenat ini.. Umat yang keliru mindanya, umat yang lupa akan sejarah hebat Islam memimpin bumi milik Allah ini, umat yang tak endah akan saudara seakidahnya..

Aku tahu, kau sering menganggap dirimu sangat lemah dan tak mampu melakukan perubahan.. Namun lupakah kau akan Tuhan? Yang memberi kekuatan dan perlindungan luaran dan dalaman. Tidakkah kau hayati surah pemberian Tuhan? Ia membuka segala petunjuk juga jalan untuk kau teruskan misi hidup sebagai khalifah, wakil Allah menjaga bumi..

Dulunya, Islam itu sebidang tanah yang luas meliputi bumi.. Tidak lagi sekarang. Berpecah menjadi banyak. Banyak sampai keliru mana Islam yang sebenar.. Umat terumbang ambing tiada khalifah.. Kau biar barat memasuki jiwamu..tidak cukup alunan yang melalaikan.. mendambakan cinta yang fanak.. Mengejar dunia tak berkesudahan.. Sedangkan tempat asal kau di SYURGA. Dunia ini permainan serta ujian yang mengelirukan.. Walaupun begitu, sudahpun diberikan jawapan.. Kalamullah.

Masturah, cukuplah dengan menjaga hati manusia.. Manusia itu tak sebanding Tuhan yang patut kau risaukan. Jagalah Tuhan, supaya Dia menjaga kau daripada manusia.. Seperti surah yang kau sering baca namun tak difahamkan dengan hati sepenuhnya, Al-Falaq. 

Jawablah sahutan "Wahai orang-orang yang beriman!" sesungguhnya kau merupakan orang yang Tuhan sahutkan..  

Percayalah kau adalah salah satu batu bata yang membina.. Membina Islam yang sebenar itu.. Yang mengembalikan zaman kegemilangan Islam yang dulu.. Walaupun menangnya nanti tanpa kau melihatnya.. Cukuplah kau menjadi pemuda yang juga memulakan..

Ingat kembali TUJUAN HIDUPMU.. Ingat segala janji-janji ALLAH, Ingatlah ikrar yang kau pernah lakukan sebelum masuk ke alam rahim.. Pandukan cogan-cogan ini:


Allah Ghayatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu Sabilluna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina



Allah adalah tujuan kami
Al-Quran Pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi




Bangkitlah!
Diriku

Comments

Popular posts from this blog

Asasi Sains Uitm 2014/2015 part 1 (PELAJARAN)

So, My first choice dalam UPU adalah....

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)