Assalamualaikum,
Sebelum sem baru mula.. Saja nak #throwback and mengambil semangat. Nak cerita zaman awal2 masuk U.. U pertama yang saya masuk..
Yang mengajar saya banyak erti. Dua insan yang sangat saya sayangi ;)
Mengajar senyum dikala sedih. Mengajar berani dalam sopan. Mengajar kesungguhan yang tak berkesudahan. Mengajar senyum yang paling ikhlas.. Mengajar untuk mengingati Pencipta setiap hari..
Sungguh sentiasa aku belajar.. Hari-hari.
Yang sudi membiarkan tangannya dipegang takkala menuruni tangga kejayaan ;)
Yang kejut diri ini supaya rajin belajar
Yang menegur disaat aku tersasar sedikit
Senyumnya.. Sehingga ke detik ini.. Takkan pernah aku lupa
Suara lunak menyanyikan nasyid..
Allahu.. Sungguh aku rindu..
Semoga sifat2 mulia kalian akan sentiasa hidup dalam diri ini.. Supaya aku sentiasa biarkan darah persahabatan ini mengalir pada aku. Terima kasih kerana memberi setahun yang sangat berharga.. Terima kasih Allah untuk mereka ;)
No comments:
Post a Comment