Tuesday, January 1, 2013

Post ini tiada gambar :)

Asslamualaikum,
Apa khabar semua? 
Ahad haritu, saya ada pegi KL sekejap, baru balik pukul 9 pg tadi.
Dalam perjalanan musafir, saya hendak solat Zohor di Masjid Jamek Taman Universiti. Masa tu imam tengah baca al-fatihah, jadi saya bergegas nak mengejarkan imam untuk menjadi makmum muafiq. Saya apalagi campak jea beg kat belakang lepastu terus solat. Lepas habis solat jea, adik saya datang lepastu cakap "Tady kan ada orang ambik beg kita". Tekejut kan? Tapy masa tu rasa macam lepas tu dah takda pape. Adik saya cakap dia lelaki yg umur lebih kurang macam saya. Kami pun masuk kereta nak meneruskan perjalanan. Sampai jea depan sekolah SKTU4, saya check handphone saya tak ada! Wel, saya terus bagitau bapa saya. Mak saya pun baru cerita.. Mula laa ayah saya ulang perkataan yang sama "Cuai!". Nak menangis tu memang laa. Tapy bila fikir balik, memang saya cuai pun dan nak saya nangis depan adik-beradik saya yang lain? Err, no way XD. Tapy, abang dengan mak saya kata "Takpa laa mungkin ada hikmahnya, Dia nak bagi kita yang lebih baik kut, mana kita tahu kan". Saya rasa yang lain tu ok. Tapy, nombor-nombor kawan lama saya? Err, gambar-gambar saya -,-. Saya risau sangat sebab ada gambar saya yang tidak bertudung. Dosa saya berjalan kea? Ya Allah, saya memang dah insaf saya tanak guna handphone lagi!!

Tapy, lepas ayah saya pegi servis kereta, ayah saya dah mula reda. Dia suruh saya pakai handphone lame saya. Saya tak kesah cuma sim card jea.. Abang saya cakap suruh block nombor saya yang lama tu. Lepas tu minta sim card baru tapi nombor yang sama. Err, belum cuba lagi, sebab ayah ngan mak sibuk. Abang pula dah balik tempat diorang. So, saya kena tunggu jea laa. Bukan handphone saya jea yang kena curi malahan dompet adik saya. Tapi dia cakap tak banyak pun. Saya memang tak terfikir laa pulak ada orang nak mencuri kat Rumah Allah kan? Tapi, ayah dan abang saya cakap, Masjid tu pernah kena curi sampai RM1000. Saya memang dah redha, tapi malam-malam saya mesti asek terfikir pasal kes tu. Rasa macam nak jumpa lepas tu...... -,-. 

Ni bukan kali pertama saya CUAI, tapy dah beberapa kali. Saya tidak peduli pasal benda-benda macam ni. Selama ni saya letak handphone dekat beg telekung saya, takda masalah pun. So, this is it! Benda ni tiba-tiba jadi. Saya pernah hilang dompet yang saya letak dalam beg sekolah. Dan dalam tu ada cincin persahabatan saya dan Amira. Lepas tu, pencil box saya hilang dan ada key chain saya dan amirah -,-. Sebab tu saya tak boleh salahkan sangat orang yang mencuri. Haihh, anyway buat masa ni saya guna handphone yang abang saya bagi masa melawat dia kat matrikulasi. Selama ni dia tak pernah sebaik ni dengan saya -,-. Tapy, saya terharu :D walaupun handphone yang dia bagi tu murahh jea. Tapy, saya tetap terharu!

Untuk kawan saya, sori nombor 010-70***** buat masa ni saya belum lagi convert ke sim card baru lagi. Kalau saya dah guna, saya post entry baru k. Doakan saya supaya lebih berhati-hati..

Wednesday, December 26, 2012

Mengenang kembali ;)

Assalamualaikum,
Lagi beberapa hari jea nak menjelang 2013. Saya kenang balik semua yang saya post dulu. Sebahagian post saya tunjuk, dan yang lain tu saya masih save dekat draft. Tak sangka saya dah pindah sekolah. Tak sangka aku dah tak jumpa RAINADALINSAMHAZ dan tak sangka dah tak boleh belajar dekat SMK Taman Desa Skudai lagi ;). Walaupun SMKTUN besar, terkenal dan lain-lain. Bagi aku, SMKTDS yang paling ceria dan enjoy.

Hmm, rindunya :) Haritu saya sms nad. Unfortunately, dia tak balas. Lama tak bersembang. Kalau nak jumpa, memang haram laa =^=. Apa laa cerita nad sekarang.. Teringin nak berkumpul dengan diorang.

Haihhhh, anyway good luck korang SPM 2013 k :3, korang sentiasa didalam ingatan ;#

Mathematics :)

MATHEMATICS

may not teach us how to add love or minus hate.
But it gives us every reason to hope
that every problem has a
Solution :h:
Assalamualaikum,
Cuba korang bayangkan macam mana agaknya, ikan tanpa air ? Seperti juga manusia tanpa udara dan perasaan tanpa cinta. Cewahhh, ayat memang wtf gilaa kan? Oky, ayat tu memang tak ditujukan kepada sesiapa. Terlintas kat akal nak buat macam tu. Nak belajar buat karangan laa katakan -,-. Oky, pasal post yang sebelum ni, rasa malu tu belum hilang lagi, masih terasa dan terbayang dalam fikiran. Memang aku rasa nak menangis -,-.

Nasib baik laa esok cuti kan ? Dapat laa aku pulihkan rasa bengang aku , eaaa.. Haihh, dan aku rasa tanak masuk kelas agama lagi -,- Oky, OVER. Aku tau sebab aku selalu over.

Sahabat atau kejayaan?

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Pada zaman sekolah desa dulu saya ngan Nadia selalu cakap pasal tajuk ni ' Fatimah, kalau aku kan, aku lebih rela pilih kawan. Kalau kita berjaya pun kalau takda kawan tak bermakna apa-apa pun.'. Dan saya tak fikir orang yang berjaya takda kawan. Macam mustahil kan? Well, kita kena betulkan niat, berkawan kerana Allah begitu juga dengan cinta. Cinta kerana Allah. Dan, hari ni bukan saya nak cerita pasal nonesense lagi okai. Tapi, persahabatan memang penting untuk kita melalui segala detik indah mahupun yang kurang manis. Saya pernah laluinya. Sahabat memang memainkan peranan penting dengan membentuk kita. Saya pun pernah tersalah arah untuk menentukan hala tuju saya. Sahabatlah yang membetulkan balik landasan masa depan saya.

Sahabat bukan sahaja tempat untuk kita bercerita masalah tetapi juga berkongsi rasa. Kawan biar 1000, musuh biar 1. Bhaha, saya sangat menghargai apa yang saya ada. Ada orang yang setia berdamping dengan saya dan mendengar keluhan saya yang ntah pape. Dialah yang memberi motivasi serta dorongan. Dialah yang menyokong dari belakang mahupun depan. Saya ingat lagi kawan baik masa zaman tadika dulu. Saya ingat lagi kawan yang mendampingi saya semasa saya mengalirkan air mata. Dan sekarang, saya amat menghargai korang semua. Semua sekali!

Wednesday, October 10, 2012

Saya kembali ;D

Assalamualaikum,
Dah berbulan-bulan saya menyepi, Kini saya sudah kembali :3
Macam mana new look blog saya? Tak banyak berubah pun =,=
Tukar header, gambar, background......
Tak bole 'hapdet' sangat, EXAM!

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...