Saturday, October 26, 2013

SPM, datanglah! Kami sudah bersedia menempuh anda!

Assalamualikum,

Haha, ayat macam apa. Bersediakah? Hmm, insha Allah. Memang dah tak sabar dah nak habiskan SPM ni. Macam konfiden? Tidak. Cuma gementar jea kan kalau hari itu belum habis. 

Saya, Mariam dan yang lain diundang ke majlis doa selamat serta bacaan yaasin di rumah Najwa. Ibu bapa Najwa mengadakannya bagi memberkati dan memudahkan kelangsungan peperiksaan besar tersebut. Insha Allah majlis yang diisi dengan kalimah tasbih ini akan memberkati peperiksaan kita bersama. Ameen.


Wallpaper wehh. Haha :D

Tuesday, October 15, 2013

Kek ekspres!

Assalamualaikum,

Bangkitlah pewaris bangsa,
Esok semuanya bermula,
Berbekalkan niat di jiwa,
Semata-mata untukNya.

Marilah kita berdampingi,
Menguatkan lagi semangat ukhrati,
Mencapai menara yang dihajati,
Sentiasa bersama disisi.

Ayuhlah kita berdiri,
Menuju ke cahaya Ilahi,
Jalan yang gemerlapan disusuri,
Cahayanya sampai dihati.

Sama-sama kita bersemangat sekolah esok! Kita niat untuk belajar kerana Allah. Segala masa di sekolah dapat pahala. Insha Allah.

I just made this super simple chocolate cake. It taste not bad. Haha, kalau teringin nak eksperimen kan.. It taste like.. I mean it just ok. 
(Background gambar transparent, kalau zoom out, memang tak nampak *sorry)

I love the way the cake raise!! It feels like OMG look at that! Succeed! Yay..

Aku berdosa.. Allah, ampuni aku.

Assalamualaikum,

Pernah aku memilu hati,
Kerana dikau tiada disisi,
Sayang hatiku mati,
Tiada lagi tersisa baki.

Sungguh sukar menawan selat cinta,
Memendam rasa yang hiba,
Siapalah manusia berbanding yang Esa,
Punya perasaan dan juga jiwa.

Kalau disiram dengan kata-kata cinta..

Tidak juga mekar bunga di hati,
Kerana hati dapat mengenal cinta sejati,
Cinta sejati tidak pernah wujud di sini,
Kerana cinta sejati milik Ilahi.

Ya, aku bersedih. Sedih kerana ego meninggi. Kerana hati batu. Kerana enggan menerima hakikat. Tiada siapa yang tahu. Hanya hati yang merana. 

Kenapa harus degil dengan permainan dunia. Sedangkan ia dusta belaka. Mengapa perlu meniti jambatan curam sedangkan tangga konkrit ditawarkan? Aku bingung. Dengan diriku. Tiada lagi tiang yang berdiri, cuma hati yang mati. Tiada singa di hati. Cuma kucing di sisi. Aku sudah bersemadi dengan kehanyutan duniawi. Hanyut bersama pilu. Sampai bila? Aku tidak pasti. Tetapi, itulah sekarang yang aku hadapi. Tiada lagi aku yang dulu mahupun akan datang. Sekarang ialah sekarang. Hanyut...

Perlukah berserah? Sedangkan hari menunggu aku? Aku sudah tidak kuat. Tidak kuat melihat dunia yang meninggi sedangkan diri ini cuma memerhati. Tiada lagi penjana kuasa yang membekalkan segala bara di dalam diri. Punca kekuatan sudah tiada.. Bolehkah ikan hidup tanpa air? Bolehkah manusia hidup tanpa cinta? 

Oh tuhan, kalau aku diberi pilihan. Aku memilih menjadi ikan. Berenang dengan alunan ekor yang bernada. Tiada siapa yang larang. Sentiasa mengingati Sang Pencipta. Tetapi siapa aku mengarang takdir? Siapa aku menyongsangkan yang sudah pun tertulis. 

Kesedihan itu nikmat. Aku cuba memahami, menghayati kelazatan bersedih. Ya, Beberapa mutiara jernih menghiasi pipi milik Allah! Betapa perasaan dapat diluahkan. MasyaAllah! Setiap yang kita ada itu nikmat. Jika kita diuji sakit, itu nikmat. Allah mengikis dosa kita. Betapa terserlah keagungan Pencipta! Dia tahu segalanya. 

Jika semua menentang, aku bukan keseorangan. Aku ada agama. Agama aku Islam. Allah yang satu. Aku percaya sepenuhnya Allah adalah tuhanku, tiada lain selain Dia. Nabi Muhammad pesuruhnya. KekasihNya.

Islam itu indah. Indah. Islam itu bukan sekadar huruf I S L A M yang sering dipermainkan. Islam itu segalanya. Dari kita buka mata melihat dunia sehingga kita tutup mata ditimbus tanah.

Ya, saya ego.. Tapi cukup dilafaz dihati. Seperti terkunci suara untuk diluah. Ya, saya yang salah.. Tapi sering dilafazkan dengan air mata. Tidak terucap. Memang benar, orang yang paling berani adalah orang yang mengakui kesilapannya. Dan aku, aku tidak pasti sama ada aku yang bersalah. Aku sering dihimpit ego. Orang yang meminta maaf tidak dianggap kalah. Malah menang menentang ego. Tetapi, saya tidak tahu. Seperti berat mulut ini berkata-kata. Allah tidak menyebut Kun Faya Kun! Kerana itukah?

Kembalikanlah warna-warni kehidupanku ya Allah. Terangilah kehidupanku dengan hidayahmu. Kau luruskanlah segala jalan untukku. Kau kukuhkanlah imanku terhadapMu. Kau peliharalah aku sepertimana makna namaku. Kau jauhilah aku dari murkaMu. Sesungguhnya aku tidak sanggup dan tidak mahu menerima laknat daripadaMu. Aku bukanlah hambaMu yang sempurna. Tetapi, aku sungguh ingin dalam dakapanMu, di bawah lindunganMu. Sungguh aku mahu..



Monday, October 14, 2013

Assalamualaikum,

Kisah hati, secalit duka, semanis kasih. Segala nukilan hati dipersembahkan di blog milik saya ini. Alhamdulillah. Dengan siapa lagi untuk dikongsi jika tidak laman ini. Kadangkala, perasaan tidak selalunya dapat diluahkan dengan manusia. Kerana manusia juga mempunyai perasaan. Takkala kita melepaskan geram, yang merana manusia juga. Jadi, daripada segala kemungkinan itu berlaku tidak salah jika benda dijadikan tempat meluahkan. Lebih aman. Tiada siapa yang disakiti. 

Tetapi, kita sering beralah dengan diri sendiri. Kita sering menjaga dengan teliti hati orang lain padahal hati kita sedang meronta. Adakah adil? Mereka tidak faham apa yang saya pendam. Yang mereka tahu hanya apa yang mereka pandang. Yes, thats it. Siapalah manusia. Mereka bukan tuhan yang tahu segala isi hati yang disimpan. Memang benar terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Seperti yang sedia maklum, manusia tidaklah sempurna. Saya masih mencari dan sentiasa mencari insan yang sangat istimewa. Saya ingin berjumpa dengan manusia yang boleh mengawal kemarahan. Manusia yang mampu bersabar dengan apa jua ujian. Saya mahu jumpa! 

Orang yang dapat menahan amarahnya adalah orang yang paling hebat. Yang sentiasa tersenyum ikhlas dengan musibah yang menimpa. Siapalah yang memiliki keperibadian begitu?

Manusia bukan pengadil yang boleh mengadili dengan apa yang mereka lihat sedangkan yang merasa itu bukan mereka. Yang menghadapi itu bukan mereka. Benar, yang buruk dimata kita itulah yang terbaik. Kerana Allah itu maha tahu. Tiada takdir untuk dipersalahkan. Tolonglah wahai hati, buang segala ego. Kerana ego hanya memakan hati. Kerana ego, kamu kecundang.


Kehidupan kita tak semestinya dihiasi dengan hari-hari bahagia. Tetapi bahagia sering dilapisi duka. Itu, barulah erti kehidupan. Setiap kesedihan mampu merubah dunia menjadi gelap gelita. Pada masa itu, baru kita sedar, betapa sepinya hidupku.. Kita mati nanti juga.. seorang diri.

Saturday, October 12, 2013

Hatiku sakit ya Allah.

Assalamualaikum,

Kesedihan dikalis dengan senyuman
Betapa kuatnya aura senyuman
Mampu menepis segala perasaan

Tolonglah hati, tidak selamanya kamu disakiti
Hitunglah segala bahagia yang pernah dilalui
Nescaya kesedihan dapat diatasi

Segala cemuhan itu Allah tahu
Termasuklah segala yang pilu
Berserahlah kepada Allah yang satu

Terima kasih hari ini aku masih disini
Menikmati dunia yang mengakhiri
Masih sempat untuk memperbaiki

Apa lagi untuk ditangisi
Tangisilah dosa yang meninggi
Kerana tangisan pengubat hati

Allah lebih mengetahui
Yang buruk mungkin di sini
Kerana di sana keindahan menanti


Friday, October 11, 2013

SPM, saya datang ♥

Assalamualaikum,

SPM haha, what can I say? Okey, SPM memang kurang sebulan lagi. Alhamdulillah, Add Math dah tak stress dah. Thanks to Pn Law yang selalu buat kelas tambahan. Rasa macam dah bersedia nak ambik Add Math. Hehe, Insha Allah, Allah permudahkan segalanya.

Esok, Puteri Islam menghantar empat wakil pergi ke Kompleks Islam ada ceramah bersama Imam Muda Ashraf  :) And yet, I decided to go. Semoga program ini dirahmati dan selamat perjalan pergi dan balik. Ameen.

Terima kasih mak, ayah. Masturah sangat bahagia dengan segala yang telah dicurahkan. Semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita.

Pada zaman dahulu.. T__T Memang tak matang!

Thursday, October 10, 2013

Ribut di luar kita nampak, ribut di hati?

Assalamualaikum,

Hati ini bukan lagi retak seribu,
Sudah hancur menjadi debu.

Mengapa saya dikelilingi harapan dusta,
Sedangkan dia bukan kepunyaan saya.

Ya Allah, engkau sahaja yang setia,
Mendampingi hambamu yang hiba.

Pakai buangkah saya?

Pilihan kedua itu saya,
Walaupun pedih tetapi itulah takdirnya.

Saya di sini dan masih di sini,
Bagi memenuhi hati awak yang sepi.

Hati calar siapa tahu?

Senyum itu pengubat duka,
Berpeganglah wahai hati saya.

Tak selamanya akan begini,
Mungkin ada benda yang menanti.

Allah itu sentiasa ada,
Buat hambanya dengan setia. 

La Tahzan! InnAllahha ma'ana.
Terima kasih Allah, sentiasa disisi. Hati yang diibaratkan dicalar dan ditabur jus limau nipis!
Persoalannya, siapa yang tahu? ALLAH 

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...