Kisah hati, secalit duka, semanis kasih. Segala nukilan hati dipersembahkan di blog milik saya ini. Alhamdulillah. Dengan siapa lagi untuk dikongsi jika tidak laman ini. Kadangkala, perasaan tidak selalunya dapat diluahkan dengan manusia. Kerana manusia juga mempunyai perasaan. Takkala kita melepaskan geram, yang merana manusia juga. Jadi, daripada segala kemungkinan itu berlaku tidak salah jika benda dijadikan tempat meluahkan. Lebih aman. Tiada siapa yang disakiti.
Tetapi, kita sering beralah dengan diri sendiri. Kita sering menjaga dengan teliti hati orang lain padahal hati kita sedang meronta. Adakah adil? Mereka tidak faham apa yang saya pendam. Yang mereka tahu hanya apa yang mereka pandang. Yes, thats it. Siapalah manusia. Mereka bukan tuhan yang tahu segala isi hati yang disimpan. Memang benar terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Seperti yang sedia maklum, manusia tidaklah sempurna. Saya masih mencari dan sentiasa mencari insan yang sangat istimewa. Saya ingin berjumpa dengan manusia yang boleh mengawal kemarahan. Manusia yang mampu bersabar dengan apa jua ujian. Saya mahu jumpa!
Orang yang dapat menahan amarahnya adalah orang yang paling hebat. Yang sentiasa tersenyum ikhlas dengan musibah yang menimpa. Siapalah yang memiliki keperibadian begitu?
Manusia bukan pengadil yang boleh mengadili dengan apa yang mereka lihat sedangkan yang merasa itu bukan mereka. Yang menghadapi itu bukan mereka. Benar, yang buruk dimata kita itulah yang terbaik. Kerana Allah itu maha tahu. Tiada takdir untuk dipersalahkan. Tolonglah wahai hati, buang segala ego. Kerana ego hanya memakan hati. Kerana ego, kamu kecundang.
Kehidupan kita tak semestinya dihiasi dengan hari-hari bahagia. Tetapi bahagia sering dilapisi duka. Itu, barulah erti kehidupan. Setiap kesedihan mampu merubah dunia menjadi gelap gelita. Pada masa itu, baru kita sedar, betapa sepinya hidupku.. Kita mati nanti juga.. seorang diri.
No comments:
Post a Comment