Tuesday, October 15, 2013

Aku berdosa.. Allah, ampuni aku.

Assalamualaikum,

Pernah aku memilu hati,
Kerana dikau tiada disisi,
Sayang hatiku mati,
Tiada lagi tersisa baki.

Sungguh sukar menawan selat cinta,
Memendam rasa yang hiba,
Siapalah manusia berbanding yang Esa,
Punya perasaan dan juga jiwa.

Kalau disiram dengan kata-kata cinta..

Tidak juga mekar bunga di hati,
Kerana hati dapat mengenal cinta sejati,
Cinta sejati tidak pernah wujud di sini,
Kerana cinta sejati milik Ilahi.

Ya, aku bersedih. Sedih kerana ego meninggi. Kerana hati batu. Kerana enggan menerima hakikat. Tiada siapa yang tahu. Hanya hati yang merana. 

Kenapa harus degil dengan permainan dunia. Sedangkan ia dusta belaka. Mengapa perlu meniti jambatan curam sedangkan tangga konkrit ditawarkan? Aku bingung. Dengan diriku. Tiada lagi tiang yang berdiri, cuma hati yang mati. Tiada singa di hati. Cuma kucing di sisi. Aku sudah bersemadi dengan kehanyutan duniawi. Hanyut bersama pilu. Sampai bila? Aku tidak pasti. Tetapi, itulah sekarang yang aku hadapi. Tiada lagi aku yang dulu mahupun akan datang. Sekarang ialah sekarang. Hanyut...

Perlukah berserah? Sedangkan hari menunggu aku? Aku sudah tidak kuat. Tidak kuat melihat dunia yang meninggi sedangkan diri ini cuma memerhati. Tiada lagi penjana kuasa yang membekalkan segala bara di dalam diri. Punca kekuatan sudah tiada.. Bolehkah ikan hidup tanpa air? Bolehkah manusia hidup tanpa cinta? 

Oh tuhan, kalau aku diberi pilihan. Aku memilih menjadi ikan. Berenang dengan alunan ekor yang bernada. Tiada siapa yang larang. Sentiasa mengingati Sang Pencipta. Tetapi siapa aku mengarang takdir? Siapa aku menyongsangkan yang sudah pun tertulis. 

Kesedihan itu nikmat. Aku cuba memahami, menghayati kelazatan bersedih. Ya, Beberapa mutiara jernih menghiasi pipi milik Allah! Betapa perasaan dapat diluahkan. MasyaAllah! Setiap yang kita ada itu nikmat. Jika kita diuji sakit, itu nikmat. Allah mengikis dosa kita. Betapa terserlah keagungan Pencipta! Dia tahu segalanya. 

Jika semua menentang, aku bukan keseorangan. Aku ada agama. Agama aku Islam. Allah yang satu. Aku percaya sepenuhnya Allah adalah tuhanku, tiada lain selain Dia. Nabi Muhammad pesuruhnya. KekasihNya.

Islam itu indah. Indah. Islam itu bukan sekadar huruf I S L A M yang sering dipermainkan. Islam itu segalanya. Dari kita buka mata melihat dunia sehingga kita tutup mata ditimbus tanah.

Ya, saya ego.. Tapi cukup dilafaz dihati. Seperti terkunci suara untuk diluah. Ya, saya yang salah.. Tapi sering dilafazkan dengan air mata. Tidak terucap. Memang benar, orang yang paling berani adalah orang yang mengakui kesilapannya. Dan aku, aku tidak pasti sama ada aku yang bersalah. Aku sering dihimpit ego. Orang yang meminta maaf tidak dianggap kalah. Malah menang menentang ego. Tetapi, saya tidak tahu. Seperti berat mulut ini berkata-kata. Allah tidak menyebut Kun Faya Kun! Kerana itukah?

Kembalikanlah warna-warni kehidupanku ya Allah. Terangilah kehidupanku dengan hidayahmu. Kau luruskanlah segala jalan untukku. Kau kukuhkanlah imanku terhadapMu. Kau peliharalah aku sepertimana makna namaku. Kau jauhilah aku dari murkaMu. Sesungguhnya aku tidak sanggup dan tidak mahu menerima laknat daripadaMu. Aku bukanlah hambaMu yang sempurna. Tetapi, aku sungguh ingin dalam dakapanMu, di bawah lindunganMu. Sungguh aku mahu..



No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...