Serius, this is nightmare -,-
Saturday, July 27, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Perkara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh bibir ialah 'SENYUM' :)
Assalamualaikum,
Masih entry refleksi diri. Yelah siapa lah kita ni kan? Nak kata sempurna tu memang tidak. Sebagai seorang calon SPM yang sudah sedia dengan akal yang tajam mestilah dah tak bimbang kan hari itu makin hampir -,- Alhamdulillah Allah kurniakan saya kawan yang sangat prihatin ;) Terima kasih. Sampai sekarang membanting tulang dan berhempas pulas menyedarkan saya yang terpegun melihat dunia yang sementara ni. Sentiasa set di minda yang positif jea. 9A, tak mustahil -,-. Tapi, tadi baru masuk sekejap SN1, mereka semua beratur nak tanya soalan yang tak faham kat cikgu. Fuiyoh! kan? Semangat berkobar-kobar. Nampak sangatlah kan bakal-bakal generasi cemerlang kan? Tak lah macam saya ni. Seperti pahat dengan penukul. Diketuk baru nak jalan.
After apa yang berlaku dekat saya lately, banyak mengajar erti kehidupan yang tak seberapa yang patut kita hargai. Pasal perasaan yang timbul daripada hati yang paling dalam? Terpaksa dibuang tanpa melakukan sebarang pembedahan kerana ia rumit daripada yang dijangka kan? Haha.. Memang hari esok tak dapat dijangka. Penuh dengan konflik dan misteri. Sejujurnya, Terima kasih Mariam, sebab sentiasa berada di mana sahaja saya berada. Melayan kerenah ngada-ngada saya yang tak menentu ni kan :P Pergi tandas pun nak ikut kan. Hmm, yelaa. Hehe, sejujurnya, saya memang janggal bersendirian. Yelah takut jalan sorang-sorang nanti 'terpleot' kea kan. Sekurang-kurangnya, kalau saya terpleot pun, tak lah malu sangat sebab ada pendamping ♥ kan Mariam?
Kehidupan yang penuh onak dan duri ni toksah dianggap dugaan. Anggap sebagai cabaran dan tempuhi dengan senyuman. Sebab, itu sahaja benda yang paling baik yang bibir kita boleh lakukan, bukan? Walaupun asek kena 'sound' dengan cikgu fizik, anggap ia sebagai satu perkara biasa tanpa menyimpan dendam -,- Hoho.. Yelaa Kalau dah tersenarai sebagai PELAJAR PANDAI 'LAH SANGAT', automatik dah jadi tumpuan guru. So, kalau markah teruk memang akan dimalukan -,- di hadapan pelajar lain. Takpa takpa nasib baik kawan saya tak malu dapat kawan macam saya. Memang terharu. Siap ada kembar lagi.
Selepas dicuci hati dan otak oleh kaunselor, memang nekad nak jadi Fatimah yang baru. Err, Emm, haha -,- Buat terapi jiwa siap pasang lagu lagi. Yang menusuk kalbu. Insha Allah, perkara dimudahkan oleh Allah. Dia yang menilai setiap usaha kita. Bukan orang lain yang tahu menilai dengan markah yang kita dapat. Orang lain tak faham usaha kita..
Seri! Saya sayang sangat sekolah lama. Suka tengok entry-entry Seri yang membangunkan semangat saya. Seri yang bercita-cita tinggi :) Yehh!
Sunday, July 21, 2013
Auxin (Biology form 5)
Assalamualaikum,
Hoho, satu nota kecil tentang auxin :3
Hoho, satu nota kecil tentang auxin :3
Auksin dihasilkan daripada apical meristem yang terletak di tip of shoot. Jangan salah faham dengan gambar rajah ini. Actually, gambar tu adalah 'SHOOT OF PLANT'. Wee~
*Sedang tampal dalam buku nota :d
Friday, July 19, 2013
Bukan itu yang ku cari.
Assalamualaikum,
Lama betul tak tulis entry kan -,- Yoo lee SPM nak dekat. And, sori kalau tak balas kunjungan. Entry ni pun hanya untuk luahan rasa yang terpendam. Bagi aku, tak de benda yang penting sekarang daripada berbakti kepada ibubapa. Bagi aku, mencari cinta dan menerima cinta bukan sekarang masanya. Semua ni cuma mengganggu konsentrasi dan emosi semasa belajar. Bagi aku, biarlah tunda dulu semua perasaan itu. Apabila berjaya nanti, baru lah bersemangat kan? Dah takde apa lagi nak dikejar dari mencari sepotong hati lagi. Haihh, bebudak zaman sekarang macam takde benda lain kan nak cakap -,- Tolong laa buang perasaan tu jauh-jauh, aku dah tak larat nak terima semua ni.
Lelaki berkarisma takkan buat macam tu kan? Lagipun dia lelaki sepatutnya sedar atas tanggungjawabnya. Lagi-lagi dia yang akan memberi nafkah kan? Sepatutnya, yang difikirkan sekarang ialah belajar. Bukan main-main perasaan. Sangat marah dengan lelaki yang tak nak berusaha. Susah nak terangkan. Lelaki memang keras kepala T^T
Sekarang ni, markah ujian setara 2 memang ada peningkatan. Tapi memang tak memuaskan sebab aku jangka lebih daripada tu. Kena berusaha lagi! Insha Allah aku boleh buat.
Wednesday, July 3, 2013
Menjadi hambaMu pun tak layak ;|
Assalamualaikum,
Entry ni untuk refleksi diri. Anda boleh skip entry ni. Kita sering kata kita ni Khalifah di muka bumi ni, tapi sebenarnya hamba pun kita tak layak. Masa azan ada kita terkejar-kejar pergi masjid bagi lelaki. Perempuan pula ada terkejar-kejar solat? Hamba kan ikut segala perintah tuhanNya? Allah bukankah suruh kita jangan melengah-lengahkan solat? Allah suruh tutup aurat bukan? Jadi, kita nak jadi HAMBA pun tak pass :(
Rasa berdosa dengan kisah lama. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha dan bergantung kepada Allah untuk dia menilai. Ya Allah aku dah cuba untuk memperbetulkan diri. Tolonglah terima diri yang hina ini.
___________________________________________________________
Sebagai calon SPM tahun ni. Persediaan tu memang ada sedikit demi sedikit. Risau sangat dengan markah koko yang 'agak' tidak memberangsangkan. Tak tahu pula perpindahan sekolah menjejaskan markah koko. Semasa perpindahan, buku koko tak terselit dalam fail data diri. Jadi, markah koko tingkatan 3 saya dapat markah minima 36% E. Tambah dengan markah koko tingkatan 4 dapat C. Kalau ditambah lagi dengan perhitungan kasar dengan tingkatan 5 baru dapat 58% ! Walaupun menyandang jawatan pengerusi dan ajk papan kenyataan tak mengubah peratusnya :( Macam mana ni.. Nak masuk matrikulasi atau IPTA sekurang-kurangnya kena dapat B. Saya perlukan beberapa peratus jea lagi untuk dapat B.
Alhamdulillah saya masih dalam kalangan top 100 pelajar dapat markah yang memberangsangkan didalam lingkungan semua pelajar tingkatan 5. Takda laa top 10 saya dapat. Saya yang ke-35 -,-. Oky, tahu tak bagus pun sebenarnya kan? Ye laa memandangkan Peperiksaan pertengahan tahun haritu dapat 4A sahaja. Tak sampai separuh pun A kan? Lepas tu 4A tu pun subjek biasa bukan subjek sains. Nampak sangat tak boleh jadi doktor :P. Insha Allah akan tingkatkan usaha. Tak sangka jadi guru muda untuk program In Team Kimia. Siap dapat makan percuma dari cikgu. Cikgu bagi kupon makanan sebanyak RM3.00 dan boleh tebus di kantin sekolah sahaja. Hehe, saya share dengan BFF, Mariam :).
___________________________________________________________
Terima kasih sebab kehidupan lebih baik daripada sebelum ini :), kau kurniakan daku keluarga sakinah dan memberi peluangku hidup dengan pendamping dan pendengar setia setiap masalah. Sejujurnya Mariam, tanpa awak siapalah saya ;) Tanpa SERAINADALINSAMHAZ siapalah saya. Penyokong hidupku. Wee~ Sekian.
Sebelum tu saya akhiri dengan santapan gambar-gambar yang telah disediakan. Jangan salah sangka yaaa. Saya bukan menunjuk-nunjuk tapi saya mempunyai hobi iaitu mengumpul barangan comel dan masker pelbagai. Untuk kepuasan hati :).
Edit di Line Camera :D
Monday, July 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Abidullah
Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...
-
Assalamualaikum, Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP tes...
-
Assalamualaikum, Hari ni saya telah pun pergi ke UKCG di IPG Kampus Temenggor Ibrahim. Ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Bertulis ...
-
Assalamualaikum, Terlalu banyak pengalaman di Uitm PALAM ni sebagai pelajar asasi. Tak payah berdrama sebab minggu lepas dah. Haha. Orait...