Masih entry refleksi diri. Yelah siapa lah kita ni kan? Nak kata sempurna tu memang tidak. Sebagai seorang calon SPM yang sudah sedia dengan akal yang tajam mestilah dah tak bimbang kan hari itu makin hampir -,- Alhamdulillah Allah kurniakan saya kawan yang sangat prihatin ;) Terima kasih. Sampai sekarang membanting tulang dan berhempas pulas menyedarkan saya yang terpegun melihat dunia yang sementara ni. Sentiasa set di minda yang positif jea. 9A, tak mustahil -,-. Tapi, tadi baru masuk sekejap SN1, mereka semua beratur nak tanya soalan yang tak faham kat cikgu. Fuiyoh! kan? Semangat berkobar-kobar. Nampak sangatlah kan bakal-bakal generasi cemerlang kan? Tak lah macam saya ni. Seperti pahat dengan penukul. Diketuk baru nak jalan.
After apa yang berlaku dekat saya lately, banyak mengajar erti kehidupan yang tak seberapa yang patut kita hargai. Pasal perasaan yang timbul daripada hati yang paling dalam? Terpaksa dibuang tanpa melakukan sebarang pembedahan kerana ia rumit daripada yang dijangka kan? Haha.. Memang hari esok tak dapat dijangka. Penuh dengan konflik dan misteri. Sejujurnya, Terima kasih Mariam, sebab sentiasa berada di mana sahaja saya berada. Melayan kerenah ngada-ngada saya yang tak menentu ni kan :P Pergi tandas pun nak ikut kan. Hmm, yelaa. Hehe, sejujurnya, saya memang janggal bersendirian. Yelah takut jalan sorang-sorang nanti 'terpleot' kea kan. Sekurang-kurangnya, kalau saya terpleot pun, tak lah malu sangat sebab ada pendamping ♥ kan Mariam?
Kehidupan yang penuh onak dan duri ni toksah dianggap dugaan. Anggap sebagai cabaran dan tempuhi dengan senyuman. Sebab, itu sahaja benda yang paling baik yang bibir kita boleh lakukan, bukan? Walaupun asek kena 'sound' dengan cikgu fizik, anggap ia sebagai satu perkara biasa tanpa menyimpan dendam -,- Hoho.. Yelaa Kalau dah tersenarai sebagai PELAJAR PANDAI 'LAH SANGAT', automatik dah jadi tumpuan guru. So, kalau markah teruk memang akan dimalukan -,- di hadapan pelajar lain. Takpa takpa nasib baik kawan saya tak malu dapat kawan macam saya. Memang terharu. Siap ada kembar lagi.
Selepas dicuci hati dan otak oleh kaunselor, memang nekad nak jadi Fatimah yang baru. Err, Emm, haha -,- Buat terapi jiwa siap pasang lagu lagi. Yang menusuk kalbu. Insha Allah, perkara dimudahkan oleh Allah. Dia yang menilai setiap usaha kita. Bukan orang lain yang tahu menilai dengan markah yang kita dapat. Orang lain tak faham usaha kita..
Seri! Saya sayang sangat sekolah lama. Suka tengok entry-entry Seri yang membangunkan semangat saya. Seri yang bercita-cita tinggi :) Yehh!
Rindu Fatimahhhhhhhhhh :(
ReplyDelete