Entry ni untuk refleksi diri. Anda boleh skip entry ni. Kita sering kata kita ni Khalifah di muka bumi ni, tapi sebenarnya hamba pun kita tak layak. Masa azan ada kita terkejar-kejar pergi masjid bagi lelaki. Perempuan pula ada terkejar-kejar solat? Hamba kan ikut segala perintah tuhanNya? Allah bukankah suruh kita jangan melengah-lengahkan solat? Allah suruh tutup aurat bukan? Jadi, kita nak jadi HAMBA pun tak pass :(
Rasa berdosa dengan kisah lama. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha dan bergantung kepada Allah untuk dia menilai. Ya Allah aku dah cuba untuk memperbetulkan diri. Tolonglah terima diri yang hina ini.
___________________________________________________________
Sebagai calon SPM tahun ni. Persediaan tu memang ada sedikit demi sedikit. Risau sangat dengan markah koko yang 'agak' tidak memberangsangkan. Tak tahu pula perpindahan sekolah menjejaskan markah koko. Semasa perpindahan, buku koko tak terselit dalam fail data diri. Jadi, markah koko tingkatan 3 saya dapat markah minima 36% E. Tambah dengan markah koko tingkatan 4 dapat C. Kalau ditambah lagi dengan perhitungan kasar dengan tingkatan 5 baru dapat 58% ! Walaupun menyandang jawatan pengerusi dan ajk papan kenyataan tak mengubah peratusnya :( Macam mana ni.. Nak masuk matrikulasi atau IPTA sekurang-kurangnya kena dapat B. Saya perlukan beberapa peratus jea lagi untuk dapat B.
Alhamdulillah saya masih dalam kalangan top 100 pelajar dapat markah yang memberangsangkan didalam lingkungan semua pelajar tingkatan 5. Takda laa top 10 saya dapat. Saya yang ke-35 -,-. Oky, tahu tak bagus pun sebenarnya kan? Ye laa memandangkan Peperiksaan pertengahan tahun haritu dapat 4A sahaja. Tak sampai separuh pun A kan? Lepas tu 4A tu pun subjek biasa bukan subjek sains. Nampak sangat tak boleh jadi doktor :P. Insha Allah akan tingkatkan usaha. Tak sangka jadi guru muda untuk program In Team Kimia. Siap dapat makan percuma dari cikgu. Cikgu bagi kupon makanan sebanyak RM3.00 dan boleh tebus di kantin sekolah sahaja. Hehe, saya share dengan BFF, Mariam :).
___________________________________________________________
Terima kasih sebab kehidupan lebih baik daripada sebelum ini :), kau kurniakan daku keluarga sakinah dan memberi peluangku hidup dengan pendamping dan pendengar setia setiap masalah. Sejujurnya Mariam, tanpa awak siapalah saya ;) Tanpa SERAINADALINSAMHAZ siapalah saya. Penyokong hidupku. Wee~ Sekian.
Sebelum tu saya akhiri dengan santapan gambar-gambar yang telah disediakan. Jangan salah sangka yaaa. Saya bukan menunjuk-nunjuk tapi saya mempunyai hobi iaitu mengumpul barangan comel dan masker pelbagai. Untuk kepuasan hati :).
Edit di Line Camera :D
No comments:
Post a Comment